Dengan senyuman yang sering terukir di bibirnya memudahkan rakyat jelata mendekati dan seterusnya mencurahkan segala permasalahan yang di hadapi.
Merupakan Ketua Menteri Sabah yang ke 14 setelah menggantikan yang amat Berhormat Tan Sri Chong Kah Kiat. Telah menjadi Ketua Menteri Sabah hampir 13 tahun menjadikan Sabah sebuah Negeri yang kukuh dari segi kewangan nya.
Di cemburui oleh rakan-rakan yang ada dalam Parti sendiri dek kerana kehebatan nya dalam memimpin Sabah, kehebatan dan ketenangan nya dalam menangkis segala tomahan yang di lontarkan kepada nya.
Terkini beberapa blog yang ada menulis tentang nya tetapi itu semua hanyalah asam garam dalam berpolitik. Tapi diam Musa Aman bukan ibarat cangkol, Diam nya Musa Aman ialah diam yang penuh dengan strategi dan penuh dengan perancangan yang rapi dalam memastikan Sabah sentiasa harmoni, Sabah sentiasa makmur di bawah pemerintahan beliau.
Sibuga42.

