Walaupun berlainan ideologi politik tapi demi memastikan keadaan Sabah sentiasa aman dan damai kesepakatan telah di capai melalui undian di DUN Sabah kelmarin. Diantara Usul yang di cadangkan dan telah di buat undian ialah:
1. ESCOMM di pertingkatkan
2. Nurul Izzah dan Tian Chua di larang menjejakkan kaki di bumi Sabah kerana bertemu dgn Musuh Negara Jacel Kiram di Manila
3. Siasatan dilakukan terhadap Nurul Izzah dan Tian Chua dan diambil tindakan undang2 .
4. Mana-mana pihak yg bersekongkol dgn pengganas Kiram yg menceroboh Sabah diharamkan masuk ke Sabah
Hasil undi Belah Bagi untuk meluluskan Usul2 diatas seperti berikut:
Meyokong 47
Tidak Menyokong 0
Berkecuali 3
Cuma masih ada lagi pihak yang was-was ataupun malu-malu kucing di dalam pengudian kelmarin dan masih bersifat ataupun memilih dalam keadaan berkecuali. Tiga ADUN yang berkecuali itu pula ialah mereka-mereka yang sering melaungkan Hak-hak Sabah konon tapi dalam hal keselamatan sebegini mereka mengambil keputusan yang berkecuali!!.
Adakah mereka-mereka ini sanggup mengadaikan keselamatan Negeri Sabah demi kesinambungan politik mereka ataupun hanya bersuara untuk kepentingan diri masing-masing?.
Kepada yang berkenaan , rakyat Sabah akan tetap mengingati apa yang sahabat baik mu telah lakukan kepada kami di Sabah, ianya sudah terpahat di hati sanubari kami dan ketahuilah kami sudah memahami arah tuju politik ataupun tujuan sebanar mereka menceburkan diri dalam politik. Ianya tiada lain dan tidak bukan hanyalah untuk memcapai matlamat ingin menjadi pemimpin tertinggi Malaysia yang tak mungkin akan kesampaian sehingga sanggup menggadaikankan keselamatan dan kehormatan anak-anak negeri Sabah.


