Monday, 5 October 2015

Ceramah Mahathir di Tawau hanya 1500 yg hadir sedangkan Najib 50 K?


Tahukah anda saya baru sahaja balik dari menghadiri dan mendengar akan inti pati ucapan dari Mantan Perdana Menteri Selama 22 tahun memerintah Malaysia. Sebelum  dan semasa menunggu kehadiran YA Tun perasaan saya agak berkobar-kobar kerana belum pernah melihat TUN secara dekat dan "Live". IAnya di tambah lagi dengan kehadiran ramai hadirin yang saya nampak kebanyakkan nya orang  dari luar Tawau.

Tahukah anda, di awal ucapan TUN, dia berterimakasih kerana yang hadir menurutnya ada yang dari Kota Kinabalu, Labuan dan dari sekitar daerah yang ada selalin dari Tawau sendiri. Suaranya agak sedikit tersangkut-sangkut mungkin saja Tun agak kepenatan menaiki jet peribadi yang munkin milik sendiri ataupun di pinjam dari rakan-rakan nya.

Tahukah anda diawal ucapannya juga dia mengumumkan bahawa makan dan minum tidak disediakan dan bas-bas pun tiada di sediakan tetapi apa yang saya nampak banyak bas-bas yang tertera permitnya datangnya dari luar Tawau. Dia juga menyatakan ini kali kedua dia datang ke Tawau, bukan nya dia tidak sudi tetapi tiada jemputan dari Umno Tawau dan Umno Negeri. Terdengar aku bisik-bisik di belakang ku berbunyi " dulu jadi PM selama 22 tahun baru sekali saja menjejakkan kaki ke Tawau , itu pun berapa kali kanak tunda, sekarang dah tak ada jawatan pandai pulak cakap tak ada jemputan".

Tahukah anda di awal ucapan TUN, dia menyatakan kedatangan Najib baru-baru ini dan menarik pengunjung seramai  50 k hanyalah ciptaan semata-mata, tetapi menurut pemerhatian saya pada hari Najib datang hampir 40K-50K pengunjung yang hadir. Ini membuktikan bahawa fakta dan  angka yang TUN ucapkan adalah salah.

Tahukah anda , menurut ucapan dari Tun tadi  Najib menyatakan padanya yang berbunyi, kita tak payah turun padang jumpa rakyat kita bagi saja duit 500 ringgit kalau tak cukup kita bagi 1000 pasti mereka akan undi Umno dan BN. Kalau mengikut dari pemikiranku yang waras tak mungkin Najib akan emgucapkan sedemikian  sebab dalam waktu yang sesingkat ini hampir 10 kali Najib sudah turun Tawau dan Sabah. " Kalau ketua bahagian kita bayar saja satu milion" itu sharil yang cakap" bukan saya menurut Tun. Yang saya tahu pemberian RM 500 ringgit adalah di mulakan oleh Tun Abdullah melalui BRIM dengan tujuan untuk membantu rakyat yang memerlukan bagi mengurangkan beban hanga minyak di Malaysia yang tidak menentu.

Tahukah anda menurut Tun, Najib tunduk kepada Singapura sehingga membatalkan pembinaan Jambatan bengkok. Apalah juga istimewa nya jambatan bengkok sehinggakan dimana-mana sahaja ianya diucapkan dimana-mana sahaja . Kenapa tidak Tun ungkitkan akan pembinaan jambatan Semporna ke Pulau Bum-Bum  bukan kah itu lebih penting untuk orang Semporna khas nya.

Tahukan anda ada banyak lagi yang di ucapkan oleh Tun, tapi semuanya isu-isu berulang dan sudah di tahu kesahihan nya. Tahu kah anda rakyat akan dapat menilai jika Tun sealau diundang ke majlis sebegini dan rakyat juga akan dapat menentukan siapa yang bersalah.

tahukah anda Tun sudah agak keletihan, berilah dia peluang yang sebaik nya agar dia merasa senang dan puas.




Mantan PM Malaysia, kedatangannya hanya di urus oleh bekas Calon Star yang kalah di Sebatik PRU 13 !!


Tahu kah anda  Tawau bakal dikunjungi oleh seorang yang pernah menjadi Pemimpin nombor 1 Malaysia dan di khabarkan akan tiba pada pukul 12-1 tengahari di lapangan terbang Tawau.

Tahukah anda , selama menjadi pemimpin Nombor 1 dalam Malaysia hanya sekali dia menjejakkan kaki ke bumi peladang Tawau. Seingat saya waktu itu saya masih berada di sekolah rendah dan ter[aksa berbaris dan memegang bendera kecil dalam hujan semata-mata hendak melihat pemimpin yang disayangi ramai secara dekat dan "live".

Tahukah anda setelah hampir 20 tahun dia dijadualkan bakal menjejakkan kaki sekali lagi ke Daerah Tawau yang mungkin dia fikir ianya terletak dalam peta Indonesia kerana Tawau sangat asing baginya. Dia di jadualkan bakal memberikan ceramah di depan audion/penonton yang hanya dalam beberapa ratus orang sahaja.  Iyanya akan di adakan di sebuah hotel yang sangat terkemukan dan kalau dalam keadaan penonton berdiri ianya dapat menampung dalam lingkungan 2000 oang dan kalau dalam keadaan duduk ianya dapat menampung jumpalah hadiri 800-1000 orang?

Tahukah anda, selalunya dalam acara sebegini ataupun kedatangan mantan pemimpin tertinggi negara, ianya selalu di atur oleh orang-orang besar ataupun bekas pemimpin besar dalam kerajaan Malaysia, tapi sejarah baru akan tercipta hari ini, kedatangan Mantan Perdana Menteri yang sukarela melepaskan jawatan nya hanyalah diuruskan oleh bekas calon pembangkang pada PRU 13 yang baru lalu. Paling menarik lagi ianya diuruskan oleh bekas calon STAR kawasan sebatik dan yang paling bersejarah dia kalah dalam pemilihan tersebut. Paling menarik lagi konon nya acara ini diatur bagi menyelamatkan UMNO yang dikatakan kini kian lemah. Setahu saya yang lemah hanyalah di selangor, penang dan Kelantan sedanagkan di Sabah Barisan Nasional menang dengan Mejoriti yang tinggi.

Tahu kah anda PM yang ada sekarang di pilih oleh beliau dengan hati yang sangat tenang tanpa sebarang gangguan atau[u pengaruh dari mana-mana pihak waktu itu tapi kini keadaan dah sangat berubah.

Apa pun kita tunggu saja kehadiran nya ke Tawau yang pernah mencatat sejarah di mana semasa kehadiran PM baru-baru ini ianya dapat menarik pengunjung sehingga 40K  dan pada perjumpaan kali ini engan Mantan PM dapt menarik sekurang-kurangnya seribu pendengar!!

Jangan saja ada yang membaling telur baru, jangan saja ada yang bertanyakan soalan sehinggakan menggaanggu kesihatan mantan PM Malaysia selama 22 tahun.

Saya syorkan selepas saja ceramah ini selesai , penganjur dapat membawa mantan PM ke restoran Sri Titingan menikmati hidangan makanan laut yang sanga murah dan sedap.

Tahukah anda semasa menilis saya berada di dalam bas Tung Ma dalam perjalanan dari KK ke Tawau semata-mata ingin melihat dan mendengar apakah amanah yang akan Mantan PM umukan.

Sunday, 4 October 2015

JANGAN PERCAYA DAP FITNAH KE ATAS ISLAM , JANGAN PERCAYA DAP

Artikel oleh seorang jemaah haji tahun ini:

Ok. Sekarang saya dah pulang,  paling kurang sudah 48 jam tadi (baru selamat sampai Malaysia),  dan melihat kepada komen-komen isu di Mina oleh orang awam secara umum. Maaf cakap, tapi salah sangka orang kita berkenaan isu rempuhan di Mana benar-benar jauh menyimpang dan ia semuanya mencipta 2 impressi 1) mematahkan semangat orang untuk pergi menunaikan haji (dengan memburukkan Saudi), 2) menyebarkan kebencian di kalangan sesama Muslim. 

Biar saya ceritakan kronologi peristiwa yang berlaku.

1. Bermula dengan insiden kren yang menjadi tajuk utama media asing seperti BBC, Economist dan Times of India, semuanya mengkritik pembesaran Masjidil Haram yang memakan kos US 60 billion. Point dari saya ialah negara mana yang boleh mengagak dan bersedia untuk insiden seperti tsunami, hujan kilat, banjir besar, dan ribut taufan? Saya adalah antara saksi utama semasa kren itu tumbang, dan percaya atau tak ia adalah kategori Takdir Tuhan. Semuanya berlaku dalam sekelip mata dan menyapu habis semua yang ada didepan nya. Kren yang tumbang itu adalah yang kedua terbesar di dunia dan di pasang di luar kawasan Masjidil Haram namun ia tidak dapat menahan kekuatan angin yang kuat dan juga tenaga elektrik yang kuat dari kilat yang menyambar,dan anda pasti terkejut melihat kren kedua terbesar itu tumbang ibarat sekeping kertas melayang di udara. Memandangkan saya katakan ia adalah Takdir Tuhan, jemaah yang bersolat tidak berhenti dari solat mereka, begitu juga jemaah yang sedang melakukan tawaf, dan saya salah seorang dari mereka. Kerajaan Saudi pula tidak mahu situasi panik berlaku dan pintu terus ditutup dalam masa setengah jam dan cepat cepat membersihkan mayat mayat dan mangsa mangsa yang tercede. Pihak berkuasa tidak mengaktifkan sistem kecemasan agar jemaah tetap meneruskan ibadah mereka.

2. Insiden di Mina. Pengurusan di Mina kali ini adalah lebih baik. Lebih dari 100 ribu askar dan volunteers ditempatkan di banyak kawasan. Beribu tangki air minuman sejuk dan tandas disediakan dengan jarak beberapa meter diantaranya. Untuk mengatasi suhu panas, pihak berkuasa telah meletakkan alat pancuran air di setiap tiang lampu di sepanjang jalan, beribu kemudahan bergerak air, jus jus, dan air sejuk dalam lori disediakan untuk kegunaan para jemaah. Operasi keretapi dan bas bas telah disediakan untuk mengangkut orang. Yang paling penting pihak berkuasa telah meletakkan pemeriksaan ketat untuk memantau kemasukan haram bagi mengelakkan kesesakan. Walau bagaimanapun,  Takdir Tuhan tetap akan berlaku jika itu telah ditulis. Cuaca mula semakin panas dari suhu 37 kepada 48. Pada malam pertama di Mina,  ada kejadian angin ribut disertakan dengan kilat. Tapi kali ini angin yang datang membawa haba panas dan air sangat sejuk. Subhanallah. Pada keesokan harinya para jemaah menyaksikan hari paling panas di Arafah.  Semua alat penghawa dingin menjadi liabiliti kerana ia menyedut masuk udara panas, dan akhirnya para jemaah merasa sangat letih dan kehausan. Perjalanan dari Arafah ke Mina sedang menanti. Saya sendiri menyaksikan kesan dari cuaca panas itu dengan melihat ribuan orang yang pengsan. Dan bas 5 bintang kami, mengalami kerosakan gear pada waktu malam dan terpaksa berhenti. Kami terpaksa berjalan.pada hari rusuhan sebanyak 3 juta jemaah berjalan dalam laluan segala namun tidak seperti tahun lepas, udara panas pada kali ini tidak mengira masa. Dengan pengalaman dua hari dalam suasana panas dan keletihan, adalah sukar untuk menuju ke tempat Jamarat. Saya percaya rusuhan berlaku adalah disebabkan oleh suasana panas melampau, rasa lemas dan para jemaah mula hilang kesabaran disebabkan kepanasan. Semuanya berlaku. Pihak pihak yang membuat konspirasi seperti jemaah Iran yang menjadi punca rusuhan, atau kononnya ada konvoi putera raja, atau kerana kesalahan askar; hanya ingin memberi salah faham kepada seluruh umat Islam dan membantu Non Muslim untuk menyerang kita kembali. Saya percaya cara pihak berkuasa Saudi menyediakan kemudahan untuk para jemaah tidak dapat ditandingi oleh mana mana negara lain walaupun US. Cuba bayangkan kenapa kerajaan Saudi ingin melakukan projek pembesaran Masjidil Haram sehingga mencecah angka US 60 billion? Loji kuasa yang disediakan untuk menjana elektrik di Masjidil Haram adalah 18000 mw, tenaga elektrik yang jauh lebih besar yang dijana untuk seluruh Pakistan. 

Saya menyeru seluruh umat Islam untuk melihat isu ini sebagai Takdir Tuhan. Keimanan saya menyatakan Allah sedang menguji seluruh umat Islam samaada mereka akan takut untuk mengerjakan haji di masa akan datang, atau mereka akan tetap melaksanakan rukun Islam yang kelima itu. Dalam masa yang sama media asing yang cemburu dengan kita akan berterusan cuba untuk.membentuk pemahaman kita melalui fakta fakta yang salah dan tiada asas, agar terbentuk perbezaan di antara kita sesama Muslim. Maka keputusan adalah di tangan kita (samaada mahu percaya berita dari mereka, atau mahu mengambil fakta dari media kita sendiri).

Nota: Di Malaysia DAP adalah musuh Islam di belakang tabir. DAP belanja banyak wang sponsor parti Dan NGO Islam yang terpedaya.  Kat sini

"Kalau Menang atas tiket pembangkang, nanti saya lumpat pigi Umno"

Hari ini saya terdengar beberapa urang Mantan Urang kuat UMNO Sabah dan kini sudah mengumumkan untuk menyertai Parti Pembangkang.  Pada ...