Saturday, 22 August 2015

SABAH TATAP BERSAMA BN #KerisSabah

Dengan laungan , dengan semangat yang penuh dari para hadirin yang hadir menunjukkan bertapa semangat setia kawan dan semangat kesatuan masih tinggi dan utuh di kalangan sayap-sayap Parti di setiap Bahagian UMNO yang ada di Sabah.

Hampir ratusan para peserta yang hadir mewakili sayap Parti di setiap bahagian masing-masing datang untuk menunjukkan  bertapa mereka sanggup menunjukkan sokongan kepada pemimpin tertinggi Parti terutamanya Datuk Seri Musa Hj Aman yang menjadi tunggak kekuatan UMNO di negeri Sabah. Menjawat sebagai pengerusi Perhubungan Negeri Sabah, UMNO Sabah bertambah mantap dan utuh dalam segenap bahagian yang ada.

KERIS 2314 mewarisi semangat kepahlawanan bangsa Melayu iaitu:

1. Berani
2. Tangkas
3. Bijaksana
4. Satria
5. Mahir bertarung
6. Berjiwa mulia
7. Beradab dan bersopan-santun
8. Menyanjungi adat dan nilai-nilai perjuangan bangsa
Dengan semangat sebegini Barisan Nasional tiada masalah untuk menawan an terus memerintah Sabah pada PRU 14 yang akan datang.

Syabas UMNO Sabah di bawa kepemimpinan YAB atuk Sri Musa HJ Aman..
UMNO terus "MARA" untuk rakyat Malaysia.

Thursday, 20 August 2015

JIKA BENAR, AKAN RAMAILAH JANDA KAYA !!

      Terasa seperti agama hanya di gunakan semasa keadaan terdesak untuk mencapai sesuatu matlamat atau pun jawatan. Jikalau dahulu sebelum menjawat apa-apa jawatan dalam PAS mereka berani bersumpah “Ba’iah” jika meninggalkan parti maka jatuh lah talak tiga seperti yang di syaratkan dalam sumpah mereka .


      Itu hanya di kaitkan dengan ADUN atau MP PAS yang keluar dari Parti semasa menjawat jawatan. Bagaimana pulak dengan wanita adakah mereka pun sama ataupun tidak di kecualikan dari sumpah tersebut?

      Jika keadaan ini benar akan ramailah wanita muslimah yang terpaksa menjanda dek kerana sumpah suami mereka yang begitu dahagakan jawatan dalam politik, dan jika para muslimah dalam PAS pun bersumpah semasa ingin mendapatkan jawatan akan ramailah lelaki-lelaki yang terpaksa “menduda” kerana kerakusan isteri yang begitu tamak dengan jawatan olitik hingga sanggup mempermainkan hokum allah.

      Kepada sang isteri yang suami-suami mereka sudah mengangkat sumpah redha saja lah mungkin suami-suami puan akan kahwin baru dan kepada sang suami yang bakal di tinggalkan sabar dan berserah saja pada allah, mana tahu ada hikmah di sebalik nya.

      Selamat ber ba’iah ADUN dan MP PAS.






Wednesday, 19 August 2015

KEIKHLASAN DAN KESETIAAN DIUTAMAKAN DALAM PENTADBIRAN-MUSA AMAN

Keamanan dan keharmonian yang ada kini hendak lah sentiasa di pelihara dan di kekalkan dalam memastikan rakyat sentiasa berada dalam keadaan aman dalam segala hal.  Bukan saja aman dan harmoni dalam kehidupan seharian tetapi aman dari segi ekonomi keluarga, ekonomi setempat dan segalanya.

Dalam memastikan ianya terus berkekalan kita sebagai penduduk Sabah hendaklah sentiasa bekerjasama dalam segenap bidang yang di ceburi. Kesetiaan kepada pemimpin juga amat penting dalam memastikan segala yang di rancang dapt berjalan dengan lancer dan seering dengan kemajuan semasa.

Dewasa ini wujud kumpulan yang sengaja mengadu domba kesejahteraan dan keamanan yang kita kecapi selama ini. Mereka-mereka ini adalah dari kumpulan yang tersangat kecewa dengan apa yang kita kecapi selama ini.  Sebaiknya mereka-mereka ini haruslah di pinggirkan dan di halang dari terus meracun pemikiran rakyat. Sekiranya mereka dibiarkan  adalah di khuatiri akan membuatkan penduduk Sabah terus terjebak dengan gejala-gejala yang tidak di ingini.

Semenjak kepemimpinan YAB DSP Hj Musa Aman Sabah sudah standing dengan negeri-negeri yang ada di Semenanjung Malaysia. Sabah juga diiktiraf sebaga sebuah Negeri yang terbaik dalam mentadbir urus kewangan negeri Sabah. Dengan perbelanjaan yang berhebah, dengan tadbir urus yang telus ianya memastikan Sabah mempunyai simpan tunai yang banyak.

Yang nyata di sebalik kemelut yang di hadapi,  UMNO Sabah semangkin bersatu padu, semangkin kuat di bawah kepimpinan DSP Musa Hj Aman. Semasa merasmikan masyuarat Bahagian UMNO beliau menasihatkan  ahli Umno mesti mengutamakan kesetiaan seperti yang di amalkan selalu, di samping keikhlasan dan perjuangan dalam memperkuatkan kekuatan Parti.

Adalah di harapkan UMNO Sabah akan sentiasa terbaik akan sentiasa bersatu padu di bawah kepemimpinan YAB DSP Hj Musa  Aman.

Monday, 17 August 2015

Langkah Kajang, langkah kecundang


HARAKAHDAILY | .
Alhamdulillah, kes saman fitnah yang saya failkan terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berakhir pada Jumaat lepas setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikannya secara baik.

Mahkamah Tinggi Shah Alam merekodkan Penghakiman Persetujuan di mana Datuk Saifuddin selaku defendan pertama dan PKR defendan kedua telah menyatakan rasa kesal mereka dan memohon maaf kerana mengeluarkan dan mengedarkan satu laporan 91 mukasurat yang mengandungi pelbagai tuduhan fitnah terhadap saya.

Mereka mengakui bahawa laporan tersebut telah dikeluarkan dan diedarkan bagi menjelaskan mengapa saya perlu dilucutkan dari jawatan Menteri Besar Selangor dan bukanlah satu bukti muktamad bahawa saya telah melakukan kesalahan seperti fitnah yang disebut.

Mereka turut menyatakan rasa kesal dan mengakui bahawa penyataan di dalam laporan tersebut tidak sepatutnya diperkatakan serta memberi akujanji tidak akan mengulangi tuduhan serta fitnah tersebut.

Sebagai seorang Islam, saya menerima penyataan maaf dan kesal PKR serta Datuk Saifuddin dan mengambil semangat bulan Syawal yang mulia ini untuk memohon maaf zahir dan batin jika saya ada menyinggung perasaan beliau serta mana-mana ahli PKR yang lain.

Sama seperti kes saman fitnah yang saya failkan sebelum ini, saya sentiasa mengambil pendekatan berlapang dada dengan tidak mahu memanjangkan persengketaan jika pihak yang membuat tuduhan mengakui kesilapan mereka. Pada saya penyataan maaf sudah mencukupi untuk menebus maruah saya yang tercalar dengan fitnah-fitnah yang dilemparkan.

Saya akui, kes yang terakhir ini telah memberi tamparan yang amat hebat kepada saya dan pasukan saya di pejabat Menteri Besar yang sentiasa mementingkan amalan berteraskan ketelusan, pertanggungjawaban, dan kemahiran pengurusan selama saya menerajui pentadbiran kerajaan Negeri Selangor. Tidak dinafikan juga bahawa kami berasa amat kecewa kerana ditewaskan oleh fitnah meskipun setelah bekerja keras selama 6 tahun melakukan reformasi pentadbiran khusus untuk kesejahteraan rakyat.

Langkah Kajang telah berjaya mengaibkan saya yang akhirnya menyebabkan saya kehilangan jawatan. Namun, lebih malang lagi, strategi politik yang tidak bermoral ini telah turut menyebabkan keretakan dalam pemuafakatan antara parti komponen Pakatan Rakyat akibat sikap politik retorik dan hipokrit.

Akibatnya PAS, sebuah parti politik yang mempunyai kekuatan “grassroots” dan tenaga mereka kongsi sepenuhnya pada setiap pilihan raya telah diketepikan dan dipecah-belahkan; bahkan pemimpin mereka turut terpalit dan diaibkan.

Permainan politik yang begitu dasyat ini hanya merugikan rakyat terutama di Selangor di mana isu-isu pokok telah diabaikan. Penstrukturan Air Selangor masih belum dapat dilakukan dengan lancar sebagaimana sepatutnya, tanah Selangor diserahkan kembali kepada golongan “rentier” yang hanya mengaut laba atas angin, masalah sampah masih berleluasa serta hala tuju pentadbiran negeri yang masih kabur.

Sebagai seorang ahli parlimen dan Adun yang dipilih secara sah oleh rakyat, saya mahu berusaha untuk mewujudkan satu suasana politik yang menguntungkan rakyat.

Justeru setelah maruah saya ditebus dengan kenyataan maaf oleh PKR lantas terbukti bahawa segala tohmahan yang dilemparkan ke atas saya ternyata fitnah semata-mata maka saya kini boleh memberi tumpuan penuh untuk melakukan usaha ini.

Terima kasih saya ucapkan kepada barisan peguan saya Edmund Bon, Joshua Tay dan Lee Shee Pin dari BON Advocates atas khidmat guaman professional yang telah diberikan.

Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada penyokong-penyokong saya yang tidak jemu-jemu memberi sokongan dan kata semangat kepada saya dari bermulanya kemelut Langkah Kajang sehinggalah ke hari ini.

Saya sedar ramai yang agak kecewa apabila saya menyelesaikan kes ini dengan menerima pernyataan maaf dari para defendan namun pada saya ini adalah tindakan terbaik yang perlu dilakukan apatah lagi kita masih berada di dalam bulan Syawal, bulan kemenangan bagi umat Islam.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan Adun Pelabuhan Klang - HARAKAHDAILY 16/8/2015

Sumber :http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/36940-langkah-kajang-langkah-kecundang.

Sunday, 16 August 2015

Jawatan PM, Presiden UMNO Perlu Sokongan Kuat Untuk Negara Terus Maju

GERIK, 16 Ogos – Jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO perlu sokongan kuat untuk negara terus kukuh dan berjaya, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO berkata kedua-dua institusi itu memerlukan sokongan rakyat terutama anggota UMNO supaya ia dihormati dan disegani, dan bukan atas kapasiti peribadi.
“Perdana Menteri dan Presiden UMNO hanya kuat jika ahli UMNO beri sokongan penuh,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Gerik di Dewan Serbaguna Gerik di sini hari ini.
Najib berkata beliau sentiasa bersedia menerima teguran dalam mentadbir negara dan parti tetapi teguran itu perlu dibuat secara beradab.
“Saya nak terangkan sebagai presiden, bahawa dalam organisasi mesti ada adabnya, mesti ada disiplinnya, bukan tak boleh beri pendapat berbeza. Berbeza pendapat secara tertutup. Kalau menteri, timbalan perdana menteri berbeza pendapat, datang jumpa dapatkan maklumat, beri pandangan kontra pun tiada masalah. Tetapi di luar kita mesti cakap satu nada, satu suara. Ini disiplin parti.
“Kalau nak kawal organisasi kita mesti ada disiplin, baru parti kuat. Tapi saya tak kata tak boleh ditegur. Saya manusia biasa, saya boleh ditegur secara beradab kerana ini prinsip parti UMNO. Dan bila kita keluarkan fakta mesti ada asas-asas,” katanya.
Najib berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) sering kali berhadapan dengan masalah tetapi ia dapat diatasi dan beliau mengambil contoh peristiwa pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan yang memberi kesan kepada beliau pada pilihan raya umum (PRU) 1999.
“Saya terima bahang sebab di Pekan merata gambar mata (Anwar) lebam. Hasilnya majoriti undi saya hanya 241 undi. Tapi kita berjaya pulihkan dan pada PRU 2004, kita dapat lebih 24,000 undi majoriti,” kata Najib yang merupakan anggota Parlimen Pekan.
Perdana Menteri berkata apabila kalah, UMNO dan BN akan menyusun semula strategi parti untuk menguatkan parti dan memberikan sokongan kepada pucuk pimpinan parti.
Najib berkata dalam pemilihan UMNO pada 1987, separuh daripada anggota parti tidak mahukan kepimpinan ketika itu sehinggakan presiden parti hanya menang dengan 41 undi dan membawa kepada UMNO diharamkan.
“Kita terpaksa tubuhkan parti UMNO baharu. Saya ketua Pemuda ketika itu. Kita yakin pada pucuk kepimpinan kita, bila kita yakin kita bergerak dalam satu saf yang jitu. Krisis besar berjaya dilepasi oleh UMNO dan menjadi parti yang perkasa,” katanya.
Najib berkata selagi beliau berkuasa, beliau mahu membantu Malaysia mencapai negara maju dan dengan sokongan rakyat dan anggota UMNO, Malaysia akan lebih maju.
“Tiada UMNO berkuasa terbangsatlah bangsa Melayu di bumi ini. Saya sebagai presiden akan lakukan supaya UMNO dan Barisan Nasional terus berkuasa di bumi bertuah ini,” katanya.
Perdana Menteri berkata kerajaan akan menambah peruntukan kepada anggota Parlimen yang kini sebanyak RM5 juta setahun pada tahun depan.
“Dulu RM1 juta, sekarang RM5 juta. Tahun depan tambah lagi. Saya akan umumkan apa-apa yang boleh kita bantu,” katanya.
Najib yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan kelulusan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi membina stadium terbuka di Gerik.

Usul Pemuda Semporna,Bukan Suara Sebenar Akar Umbi



Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda Umno Bahagian Semporna yang berjalan dalam keadaan tidak lancar. Bilangan Perwakilan yang hadir amat mengecewakan dan sebahagian besar ahli -ahli jawatankuasa pergerakan pemuda meninggalkan mesyuarat kerana membantah usul - usul yang dibentangkan.

Semporna, 14 Ogos 2015 : Tiga usul tergempar yang dikemukakan pada mesyuarat agung tahunan pemuda umno bahagian semporna hari ini, bukan suara dan kemahuan sebenar perwakilan dan sebilangan besar ahli - ahli jawatankuasa pergerakan pemuda bahagian tersebut.

Demikian yang dinyatakan oleh sebilangan besar perwakilan dan ahli -ahli jawatankuasa Pergerakan Pemuda Bahagian Semporna.Antara usul -usul yang dibentangkan ialah, Perdana Menteri diminta bercuti, Isu 1MDB disiasat dengan segera dan penangguhan pemilihan Umno sebelum ini, dibatalkan.
Usul -usul tersebut juga, dibentangkan tanpa diberi ruang untuk dibahaskan, dan tidak mendapat persetujuan atau keputusan sebulat suara pemuda bahagian tersebut, seperti mana yang digambarkan melalui media -media sosial sebelum ini.

Sebahagian besar ahli -ahli jawatankuasa pemuda yang diberi mandat pada pemilihan lepas, dilihat meninggalkan mesyuarat kelmarin sebagai tanda bantahan mereka kepada usul -usul yang mereka sifatkan, sebagai usul yang tidak masuk akal dan tidak mewakili kehendak sebenar pemuda bahagian tersebut.

Menurut mereka, usul -usul tersebut mempunyai niat serong untuk memperjuangkan kepentingan individu dan membelakangkan kepentingan ahli -ahli umno bahagian secara keseluruhan dan didalangi sendiri oleh Ketua Pergerakan Pemuda bahagian itu.

Jumlah kehadiran para perwakilan pemuda pada mesyuarat kali ini juga dilihat sebagai mengecewakan, apabila lebih daripada separuh bilangan perwakilan tidak hadir dalam mesyuarat kali ini.

Kewujudan sentimen awal, bahawa mesyuarat kali ini, hanya akan dijadikan sandiwara untuk menlegitimasi usul -usul yang akan dipanjangkan ke mesyuarat bahagian, adalah penyebab utama kurangnya kehadiran perwakilan - perwakilan pemuda.

Semua -usul -usul yang dikemukakan itu juga tidak pernah dibincangkan dalam mana -mana mesyuarat pemuda sebelum ini, dan tindakan menggambarkan usul - usul tersebut sebagai keputusan sebulat suara adalah tindakan yang amat tidak bertanggungjawab.

Ketua bahagian, Dato Seri Shafie Apdal tidak memberi sebarang ulasan berkenaan perkara ini, dan beliau berpendapat ini adalah suara akar umbi sebenar yang perlu di ambil perhatian.

Sumber : Pemuda Umno Semporna

Sumber :disini

"Kalau Menang atas tiket pembangkang, nanti saya lumpat pigi Umno"

Hari ini saya terdengar beberapa urang Mantan Urang kuat UMNO Sabah dan kini sudah mengumumkan untuk menyertai Parti Pembangkang.  Pada ...