Saturday, 6 August 2016
Shafie tidak bertanggungjawab- Sabah for Sabahan.
Hampir 25 tahun Shafie Apdal memegang Jawatan Sebagai Ketua Umno Bahagian Semporna dan hampir juga dia memegang Jawatan Sebagai Timbalan perdana Menteri jika segala perancangan nya berjalan dengan lancar tetapi sayang ianya tersekat di tengah jalan yang menyaksikan dia meletak jawatan di kala dia sedang di gantung dari Jawatan dan keahlian dalam Umno.
Selama beliau memegang tampuk tertinggi dalam hiraki Umno apakah kemajuan yang nyata yang telah di usahakan olehnya. Jangan cerita di peringkat Malaysia kerana Malaysia sememangnya terlalu luas dan agak susah untuk seorang Menteri sepertinya untuk melakukan sesuatu yang semua rakyat Malaysia dapat ingati dan lihat secara nyata.
1) Apa kah kemajuan yang telah dia bawa ke Semporna? Cuba anda berkunjung ke daerah Semporna, ianya tidak ubah seperti pekan yang di tadbir oleh pembangkang sedangkan pada ketika itu ianya di tadbir oleh seorang yang bertaraf naib Presiden Umno dan seorang Menteri Perseketuan. keadaan majlis perbandaran tidak teratur dan tiada pembangunan yang nyata dapat di lihat di semporna.
2) Kini beliau muncul dengan slogan "Sabah for Sabahan" yang kononnya mampu membawa Sabah keperingkat yang terbaik tetapi malangnya rakyat sudah dapat melihat dan menilai akan kemampuan beliau dalam mentadbir .
Kalau mau dilihat mutu dan kebolehan beliau dalam mentadbir datang saja ke semporna dan anda nilai lah sendiri. Nasib baik saja semporna punyai Pulau yang tercantik di dunia meembuatkan pelancung datang untuk melihat keindahan bumi ciptaan tuhan, selain dari itu tiada keistimewaan yang ada di semporna selain dari melihatnya penduduknya yang rata-rata sangat-sangat memerlukan bantuan dan sangat memerlukan kemajuan.
Jawatan Naib Presiden Umno sudah beliau duduki, Jawatan Menteri Kanan Perseketuan sudah beliau jawat, tetapi semua jawatan itu tidak berjaya membawa rakyat yang ada di Bahagiannya untuk sama dengan bahagian lain yang lebih maju dari Semporna.
Ini menunjukkan Shafie tidak mempunyai daya kepemimpianan yang baik untuk majukan rakyat dan shafie Apdal tidak mempunyai naluri untuk membantu rakyat jalata yang memerlukan bantuan, tidak di nafikan ada yang menjadi jutawaan tetapi itu adalah orang terdekat beliau saja dan yang lain anda datang lah sendiri dan lihat keadaan yang menyayat hati di Semporna.
Kalau beliaulah jadi Ketua Menteri Sabah, akan bertambah miskinlah orang-orang Sabah dan akan bertambah kayalah orang yang rapat dengan beliau. Slogan Sabah for Sabahan sebenarnya hanya untuk menarik perhatian dan ianya tidak akan kemana dengan corak dan gaya pemerintahan dan kepimpinan yang dia ada.
Sabah makmur tanpa Shafie .
Subscribe to:
Comments (Atom)
"Kalau Menang atas tiket pembangkang, nanti saya lumpat pigi Umno"
Hari ini saya terdengar beberapa urang Mantan Urang kuat UMNO Sabah dan kini sudah mengumumkan untuk menyertai Parti Pembangkang. Pada ...
-
Sarawak memang lebih dahulu menemukan telaga minyaknya, TAPI BUKAN DALAM HAL PENUBUHAN SYARIKAT E&P SENDIRI. Sebaliknya Sabah mer...
-
Insiden Low Yat: Gambar Cina Hampir Mampus Dikerjakan Melayu Yang Berani ! Anak-anak Melayu mesti berhsati-hati dengan Kongsi Gelap Cina...
-
Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tangga Batu disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Musa Aman yang jug...
