Saturday, 16 January 2016

Sokongan Padu Penyokong Bangkitkan Semangat Pasukan Sabahrhinos


Bila bercerita akan bola sepak  sudah pastinya kita akan teringatkan zaman kegemilangan Pasukan Sabah di era 90'an. Sudah pastinya kita akan teringatkan Suharmin Yusuf dan  Jaya Kasim yang mewakili pasukan Sabah dan PAsukan Malaysia yang meniti di setiap bibir peminat tegar pasukan bola sepak Negeri Sabah.

Ianya tinggal hanya kenangan kerana kita mengetahui akan keadaan dan situasi pasukan Sabah kini amat menyedihkan. Denga n prestasi yang agak membimbangkan pasukan Sabah dilihat begitu longlai dan  terumbang ambing dan seakan tiada arah yang jelas dalam arus bola sepak Malaysia.

Kini musim 2016-2017 menjelma lagi dan setahu saya pengurusan baharu sudah pun di lantik. Pemain yang suatu ketika dahulu pernah mengharumkan nama Negeri Sabah dan Malaysia telah pun turut sama membantu dalam merancakkan dan meningkatkan mutu permainan pasukan Sabah. Mereka ialah Hasan Sani dan James Wong. Tidak dinafikan mereka-mereka ini mempunyai kemahiran dari segi tektikal kerana mereka mempunyai pengalaman luas dalam sukan bola sepak.


Tidak dapat di nafikan setiap pasukan hendakkan keputusan yang terbaik dalam setiap perlawanan dan setiap penyokong juga berkehendakkan kemenangan dalam apa jua keadaan. Dalam menuju kearah itu terdapat berbagai kekangan dan halangan untuk berjaya. Sebagai contoh pasukan Manchester United yang suatu ketika dahulu begitu gah di persada EPL dan peringkat dunia kini terkulai dengan beberapa isu dalaman yang membelengu dan kita lihat bagaimana pasukan Chelsea yang mempunyai barisan pemain dan pengurus dari bintang bintang dunia yang terbaik tapi tak dapat bersaing dek kerana masalah dalaman pasukan.

Pasukan Sabah telahpun berwajah baru dari pengurusan dan sebahagian pemainnya. Untuk menjadi satu pasukan bola sepak yang di segani dan dapat bersaing di liga tempatan terdapat beberapa kekangan dalam menuju ke arah itu, di antaranya ialah:

1)   Sokongan padu dari peminat tempatan ataupun "sabahan" sudah pastinya akan memberikan semangat yang tinggi untuk pemain memberikan mutu permainan yang terbaik dalam memastikan pasukan Sabah menag dalam setia permainan, sebagai contoh peminat pasukan kelantan yang sentiasa memenuhi stadium dalam setiap perlawanan yang pasukan mereka sertai

2)   Sumber kewangan memaikan peranan yang penting dalam meningkatkan mutu permainan pemain dalam setiap pasukan. Segbagai contoh , pasukan JDT yang dulunya selalu berada di tempat yang tercorot dan kini setelah mendapat suntikan dana ianya telah menjadi pasukan yang terhebat di Liga Malaysia dalam masa yang begitu singkat.

3)    Kerjasama diantara pengurusan sangat penting dalam memastikan pasukan akan berada dalam keadaan yang bersedia dalam setiap perlawanan. sebagai contoh pasukan Chelsea walapun di barisi bintang-bintang dunia tepai ianya tidak menjamin kejayaan  kerana  hububgab diantara pengurusan yang tidak baik.

4)   Kebajikan pemain hendaklah sentiasa di jaga. Pembayaran gaji dan elaun hendaklah di bayar pada waktu yang tetap sebab rata-rata pemain mengharapkan gaji  dari bola sepak untuk menyarah keluarga dan belanja seharian.

5)   Disiplin dari pemain sangat penting dalam menjamin pasukan boleh bersaing. Seperti yang dapat kita lihat pada pengalaman yang lalu ada pemain yang besar kepala dan menganggap diri mereka sebagai bintang dan tiada disiplin dan ini juga menyumbang kepada kegagalan pasukan dalam membentuk satu pasukan yang mantap. Mungkin kita pernah terbaca akan disiplin yang di tunjukkan oleh Ronaldo, Messi dan sebagainya. Kalau pemain bertaraf dunia begitu profesional dan berdisiplin dalam kerjaya mereka kenanpa pemain temn\patan tidak?

Yang di harapkan oleh setiap peminat dan penyokong tegar Pasukan Sabah ialah menang, menang, menang dan menang lagi  dalam setiap perlawanan. Dalam menuju kearah itu kerjasama yang tinggi  dan pengorbanan hendaklah ada di kalangan penyokong, pemain dan pengurusan dalam memastikan pasukan Sabah menjadi pasukan yang di geruni dan pasukan juara di bawah pengurusan yang baru.






Thursday, 14 January 2016

Berikan peluang kepada pengurusan baru #sabahrhinos untuk buktikan kemampuan

Kalau di sebutkan Rozaimi Abdul Rahman tentunya peminat-peminat fanatik bola sepak Negeri Sabah  akan rasa sangat bangga dengan kelahiran bintang baru bola sepak. Peminat juga tidak akan teragak-agak menyatakan 'saya urang Sabah' dan peminat setia pasukan bola sepak negeri Sabah.

Sebut saja Rozaimi, peminat akan terbayang akan legenda bola sepak Sabah iaitu Saudara Matlan Marjan yang suatu ketika dahulu menjadi sebutan di setiap bibir peminat bola sepak Sabah. Ianya di katakan menjadi pengganti  yang sekian lama di tunggu kemunculan nya.

Bila membaca berita-berita di media arus perdana  dapat dilihat ramai peminat yang agak kecewa kerana di khabarkan 'permata bola sepak Sabah' telah berhijrah ke salah satu pasukan yang terkaya  dari segi kewangan nya dan himpunan pemain-pemain bintang yang ada di Malaysia. Di khabarkan juga pemain pasukan yang dipilih menikmati gaji sehingga mencecah ratusan ribu setiap bulan. In ada lah satu perkembangan positif bagi sukan bola sepak dan pemain-pemain bola sepak yang ada di Malaysia.

Terdapat beberapa kebaikan dengan penghujrahan yang telah di buat oleh saudara Rozaimi diantaranya ialah:

1)   Rozaimi akan bersaing dengan deretan bintang-bintang bola sepak negara untuk menjamin tempat di kesebelasan utama pasukan.

2) Rozaimi kena sentiasa memastikan kecergasannya sentiasa berada di tahap yang maksimum dalam memastikan dia tidak duduk di bangku simpanan.

3)   Rozaimi akan mendapat pendapatan yang tinggi melalui sukan bola sepak dan ini akan mencetuskan keinginan dan menarik minat serta perhatian anak-anak Sabah  untuk menceburkan diri dalam sukan bola sepak kerana ianya menjanjikan pulangan dan pendapatan yang tinggi sekiranya segalanya di lakukan secara profesional.

4)   Walaupun Rozaimi bermain untuk Pasukan JDT tetapi di bahunya terpikul akan harapan tinggi peminat-peminat tegar yang ada di Negeri Sabah, bererti sekiranya dia bermain dengan baik serta menunjukkan disiplin yang profesional dia juga mengharumkan nama Sabah di persadah bola sepak tanah air, dan jika berlaku sebaliknya dia juga akan membawa nama Sabah dengan apa yang dia tunjukkan.

5)   Rozaimi juga kena mengutip semua pengalaman yang akan di perolehi semasa bermain untuk Pasukan JDT dan ianya nanti dapat membantu ataupun di jadikan panduan untuk pasukan Sabah menjadi Pasukan yang di segani dalam bola sepak dalam masa yang singkat.

Pasukan dan pengurusan baru bola sepak negeri Sabah kenalah mengambil positif dengan perkembangan terbaru ini dan memberikan sedikit ruang dan sokongan kepada Rozaimi. Ada ramai lagi pemain baru yang ada dan perlu di gilap untuk menjadi bintang bola sepak. Pemilihan pemain hendaklah telus dan tiada pilih kasih di peringkat kampumg daerah dan negeri.

Pemilihan pemain import di masa akan datang hendaklah di lakukan dengan penuh berhati-hati supaya tidak terjadi seperti musim lalu bila mana pemain yang merasa dirinya begitu hebat dan ternama tetapi tidak dapat membantu pasukan walaupun di bayar dengan harga yang mahal.

Sebagai pemerhati bola sepak negara saya merasakan amat perlu di berikan sokongan yang sepenuhnya pepada pengurusan baru pasukan bolah sepak negeri Sabah kerana dengan sokongan yang tak berbela bagi pastinya akan memberikan semangat yang tinggi kepada pemain, pengurusan untuk terus meberikan keputusan yang baik dalam setiap perlawanan yang di adakan.

Di dalam susah dan senang 'KITA TATAP" bersama #sabahrhinos kerana umum mengetahui semangat kekitaan dan semangat kesukanan sangat tinggi selalu di pamirkan oleh peminat-peminat bola sepak negeri Sabah.

" Sabah Tatap"




"Kalau Menang atas tiket pembangkang, nanti saya lumpat pigi Umno"

Hari ini saya terdengar beberapa urang Mantan Urang kuat UMNO Sabah dan kini sudah mengumumkan untuk menyertai Parti Pembangkang.  Pada ...