Saturday, 11 June 2016
CM Sabah Umum Pembayaran Khas Kewangan 2016 (RM 500).
KENYATAAN Y.A.B. DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, KETUA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN NEGERI SABAH BERHUBUNG DENGAN BAYARAN KHAS KEWANGAN 2016 KEPADA ANGGOTA PERKHIDMATAN NEGERI SABAH.
1. Sejajar dengan keputusan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Sabah memutuskan untuk memberi Bayaran Khas Kewangan 2016 sebanyak RM500.00 kepada Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.
2. Keputusan Kerajaan Negeri memberi Bayaran Khas Kewangan kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Sabah adalah bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negeri. Pemberian ini juga sebagai langkah untuk meringankan beban dan membantu dalam menghadapi persediaan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini.
3. Implikasi kewangan untuk pemberian Bayaran Khas Kewangan ini kepada seramai 17,574 orang Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Sabah adalah sebanyak RM8,786,000.00. Pembayaran akan dibuat serentak (bersama) dengan gaji bulan Jun 2016.
Thursday, 9 June 2016
CERITA SEBENAR DI SEBALIK FITNAH PEMBALAKAN DI BALUNG
Saya ingin memberikan sedikit penerangan tentang apa yang sedang hangat di perkatakan di page "Anti Fitnah Sabah" berkenaan dengan pembalakan yang sedang berlaku di dearah Balung Tawau. Meskipun tempat ini begitu asing bagi bagi saya tapi saya mempunyai sumber yang pasti dan saya perolehi sendiri dari seorang yang mempunyai Jawatan dalam Kampung tersebut.
![]() |
| Sumber gambar: Page Anti Fitnah Sabah |
Tidak dinafikan sememangnya ada pembalakan yang sedang di lakukan kawasan ini dan ianya bukanlah berlaku di Kampung balung Kokos ataupun koperasi balung Kokos Berhad. Untuk pengetahuan umum Kampung Balung kokos hanya menjadi laluan utama untuk mengeluarkan kayu-kayu balak untuk di hantar ke kilang-kilang yang berkenaan.
Mengenai kerisauan yang dihadapi oleh penduduk pula ianya hanyalah retorik dan permainan daripada golongan yang sememangnya benci akan kerajaan yang ada kini.
Menurut info yang saya terima segala dokumen yang di perlukan untuk melakukan pembalakan sememangnya ada dan sah disisi undang-undang negeri Sabah.
Menurut seorang yang memberikan info ini berkata " Koperasi Balung Kokos Berhad sudahpun meluluskan penggunaan jalan dan perjalanan lori balak keluar dan masuk akan di selia sepenuhnya oleh RELA kampung berkenaan bagi mengawal lalu lintas serta keselamatan penguna-pengguna jalan raya Kampung Balung Kokos"
"Pemaju Mukim, Ketua Kampung dan JKKK pun sebulat suara memberikan kebenaran untuk lori-lori balak melalui jalan dan ianya bukanlah satu masalah yang rumit bagi penduduk Kampung", tambahnya lagi.
Kalaulah ada kebimbangan kenapa tak buat laporan polis dan mendakwa mereka yang dikatakan penceroboh bagi mengaut hasil hutan kawasan Balung. Kenapa mengaitkan nama Ketua Menteri Sabah, dan kalau ada masa cuba cek di Yayasan Sabah kerana pembalakan seperti ini mendapat kelulusan dan sudah pastinya bukan keputusan peribadi CM Sabah.
Yayasan Sabah pun satu Badan koperat yang banyak memberikan khidmat sosial kepada penduduk Sabah termasuk bantuan persekolahan, bantuan rumah untuk orang miskin,peluang pekerjaan dan banyak lagi. Sudah pastinya badan ini memerlukan dana dan pendapatan untuk membuat khidmat sosial kepada segenap lapisan anak-anak Sabah.
Kami Sebagai rakyat Sabah sentiasa memberikan sepenuh kepercayaan kepada pemimpin yang telah kami pilih pada pilihanraya ke 13 tempoh hari. Apa keputusan yang mereka ambil untuk Penduduk Sabah bukan lah lahir dari keputusan peribadi mereka tapi adalah keputusan dari rakyat jelata yang telah memilih dan memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada pemimpin yang telah di pilih.
Untuk bacaan dan rujukan lanjut sila rujuk pautan ini
Subscribe to:
Comments (Atom)
"Kalau Menang atas tiket pembangkang, nanti saya lumpat pigi Umno"
Hari ini saya terdengar beberapa urang Mantan Urang kuat UMNO Sabah dan kini sudah mengumumkan untuk menyertai Parti Pembangkang. Pada ...
-
Sarawak memang lebih dahulu menemukan telaga minyaknya, TAPI BUKAN DALAM HAL PENUBUHAN SYARIKAT E&P SENDIRI. Sebaliknya Sabah mer...
-
Insiden Low Yat: Gambar Cina Hampir Mampus Dikerjakan Melayu Yang Berani ! Anak-anak Melayu mesti berhsati-hati dengan Kongsi Gelap Cina...
-
Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tangga Batu disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Musa Aman yang jug...

