Dalam apa jua keadaan pun Datuk Sri Panglima Musa Hj Aman sentiasa memberikan sokongan yang tak berbelah bagi kepada pucuk pimpinan tertinggi negara. Ini menandakan sikap kerjasama yang erat di antara Umno Negeri dan Pusat.
Perlantikan dua orang Menteri yang berasal dari Sabah baru-baru ini menandakan Sabah sentiasa di berikan perhatian utama oleh yang amat berhormat PM. Perlantikan anggota kabinet adalah kuasa penuh PM. atas dasar itu mereka yang di lantik adalah mereka yang benar-benar layak untuk menjawat jawatan tersebut.
Memang sudah sememangnya perdana menteri malantik sesiapa sahaja yang di rasakan layak dan mampu untuk memikul amanah yang di berikan memandangkan keadaan politik sekarang yang penuh dengan cabaran.
Adalah di harapkan mereka yang di lantik dapat menumpukan sepenuh perhatian dan tanggungjawab kepada rakyat agar segala dasar-dasar kerajaan ataupun segala perancangan dapat di jalankan dengan jayanya dan dapat membantu rakyat sepenuh nya.
Sekalung tahniah juga dari kami rakyat jelata di atas perlantikan tersebut dan sekalung tahniah juga kepada Ketua Perhubungan UMNO negeri YAB DSP Musa Haji Aman kerana sentiasa bekerjasama dengan pusat bagi memastikan segala agenda dapat di jalankan dengan jayanya. Doa kami semoga CM Sabah akan sentiasa tenang dan mengutamakan rakyat dari diri sendiri dalam membuat pertimbangan dalam agenda pembangunan Negeri Sabah.
Apapun adalah di harapkan semangat kerjasama yang tinggi sentiasa di amalkan diantara Parti kompenan yang ada di Sabah untuk memastikan Sabah sentiasa berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negeri-negeri yang ada di Malaysia.


