Wednesday, 29 July 2015

DSP MUSA , "BERSATU SEGALA BANGSA SENTOSA, SABAH NEGERI MERDEKA"

Saya adalah anak kelahiran Sabah yang sering memerhati akan perkembangan terkini keadaan politik negeri Sabah. Walaupun agak sedikit memihak kepada parti memerintaH yang sedia ada kini ,tetapi saya juga tidak lepas dari melontarkaN atau membincangkan perkara-perkara yang mungkin tidak terlihat oleh kepemimpinan tertinggi negeri.

Sejak Ketua Menteri Sabah yang ada kini iaitu DSP Musa Hj Aman mengetuai kepemimpinan tertinggi negeri boleh di katakan terlalu banyak kemajuan dari segi pasarana dan  ekonomi telah di laksanan. Tidak perlu saya senaraikan secara "detail" di sini kerana umum mengetahui apa yang telah di bawa oleh beliau dalam mentadbir negeri Sabah.

Apa yang penting bagi saya Ketua Menteri yang ada sekarang sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat dari segi ekonomi dan keperluan harian rakyat seperti kemudahan asas dan sebagai nya. Sehingga sekarang kita mungkin nampak telah banyak perubahan telah di ada semenjak kepemimpinan beliau.

Di samping berusaha untuk mengukuhkan ekonomi rakyat yang ada di Sabah cara kepemimpinan yang di cetuskan telah mengeratkan perpaduan kaum yang ada . Umum mengetahui terdapat puluhan etnik dan suku yang ada di Sabah dan ini merupakan cabaran yang sangat berat kepada pemimpin untuk terus mengekalkan perpaduan dan momentum yang sedia ada kini.

Terserah kepada rakyat yang bijaksana untuk menilai apakah yang telah di sediakan dan akan di buat oleh Ketua Menteri Sabah dalam terus memastikan Sabah sentiasa maju, harmoni dan berdaya saing dalam apa jua bidang yang di ceburi.

Sabah Negeri Merdeka.

No comments:

"Kalau Menang atas tiket pembangkang, nanti saya lumpat pigi Umno"

Hari ini saya terdengar beberapa urang Mantan Urang kuat UMNO Sabah dan kini sudah mengumumkan untuk menyertai Parti Pembangkang.  Pada ...