Saturday, 8 August 2015

Kukuhkan Parti Dengan Penambahan Keahlian Dan Daftar Pengundi – Puteri Kedah

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Mesyuarat perwakilan UMNO bahagian yang berlangsung kini mampu menjadi medan terbaik kepada ahli untuk mencambah minda serta mencerna pemikiran dalam memikirkan strategi terbaik bagi memperkukuh dan memperkuatkan parti, ujar Penolong Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO Negeri Kedah, Rosliza Hassan.
Di dalam mendepani cabaran politik di negara ini yang semakin mencabar dengan pelbagai fitnah dan dakyah yang dibawa oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, beliau mengharapkan mesyuarat tersebut mampu menyatupadukan ahli-ahli parti bagi menangani unsur-unsur negatif meresapi parti.
“Apa yang saya lihat, situasi politik hari ini bukan sahaja cabaran yg perlu ditangani oleh UMNO tetapi juga parti politik yg lain.
UMNO10_261114_PUTERI
“Memang ada sesetengah pihak yang tidak suka melihat parti kita kuat, yang tidak suka melihat kita bersatu padu, tetapi atas semangat solidariti saya percaya ahli-ahli parti mampu bersikap matang dengan mementingkan kekuatan parti terutama bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.
“Selain itu, kita juga perlu mempromosikan parti kita adalah yang terbaik, yang terbaik memberi khidmat kepada rakyat, yang sentiasa membuat dasar demi kepentingan rakyat sama ada untuk jangka pendek mahupun jangka panjang,” katanya kepada UMNO-Online.
Menurut Ketua Puteri UMNO Bahagian Kubang Pasu itu lagi, tidak salah ahli-ahli menyuarakan pandangan dan berlaku perbezaan pendapat sesama sendiri, namun tidak perlu senada dengan pembangkang yang memang diketahui umum sering menggambarkan sisi negatif UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Tempoh bersidang Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian bermula sejak 27 Julai lalu hingga 31 Ogos ini.
Tetapi menurutnya, segala usaha ke arah pengukuhan parti perlulah seiring dengan gerakan menambah keahlian, penubuhan cawangan baru dan daftar pengundi.
Bagi memastikan kelangsungan parti untuk masa hadapan juga, adalah menjadi satu cabaran kepada pemimpin-pemimpin golongan muda menarik seramai mungkin pengundi yang memihak kepada BN, tambahnya lagi.
“Justeru itu, semua jentera parti tanpa mengira peringkat perlulah bersama-sama menggembleng tenaga mempergiatkan usaha menarik seramai mungkin untuk menjadi ahli dan seterusnya menjadi pengundi kita.
“Pada ruang yang ada ini, semua pihak mampu membincangkan kaedah yang terbaik bagi menggalakkan pendaftaran ahli menjadi pemilih serta mendaftar pengundi baru terutama golongan muda,” ujarnya lagi.
Menurutnya lagi, pilihan raya adalah sistem yang akhirnya angka menjadi penentu dan disebabkan itu usaha penambahan pengundi adalah amat penting dan perlu menjadi fokus kepada jentera parti.
“Tidak guna mempunyai ramai ahli jika tidak mengundi, tidak guna kita gah mempunyai ahli yang paling ramai jika akhirnya ketika hari mengundi, hanya menjadi pemerhati dan tukang sorak tetapi tidak mengundi,” katanya. – Media UMNO.
Sumber : disini

Sabah diiktiraf dalam Pengurusan kewangan terbaik di bawah Musa Aman

Seorang pemimpin yang hanya mengandalkan kecerdasan intelektual semata akan menjadi pincang dalam perjalanan kepemimpinannya. Seorang pemimpin juga harus menyeimbangkan kecerdasan emosional dan kecerdasan spiritualnya. Demikian juga sebaliknya. Tiga kecerdasan ini harus seimbang satu dan yang lainnnya saling membantu.

Demikian juga dengan kepemimpinan tertinggi Negeri Sabah yang ada kini. Perbagai pihak dan perbagai Jabatan yang terbabit telah memberikan pujian pada kerajaan negeri kerana takbir urus dan pengurusan sistem kewangan yang terbaik. 

"SABAH sejak tahun 2004 telah mendapat pujian daripada Ketua Audit Negara daripada segi pengurusan kewangan. Oleh sebab itu, Ketua Menteri yang juga Menteri Kewangan mengingatkan para ketua-ketua jabatan agar berbelanja sesuai dengan kemampuan dan sesuai dengan perancangan. "


"Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman merupakan antara negeri yang mempunyai rekod pengurusan kewangan yang cemerlang, kata Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang hari ini.
Katanya, pengurusan kewangan negeri semakin meningkat sejak beberapa tahun lepas berikutan kepekaan jabatan dan agensi kerajaan negeri terhadap tuntutan dasar tadbir urus kewangan."

"KOTA KINABALU, 9 April (Bernama) -- Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin memuji kerajaan negeri kerana berjaya melakukan yang terbaik dalam bidang pengurusan kewangan dan pentadbiran sepanjang tahun 2014 bagi mengukuhkan kedudukan kewangan negeri itu.

Juhar berkata di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman kerajaan negeri berjaya mempelbagaikan sumber ekonomi secara konsisten sehingga menjadikan Sabah terus makmur, maju dan mendapat pujian komuniti antarabangsa."

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mahu Kementerian Kewangan terus mengekalkan rekod dan prestasi terbaik dalam pengurusan kewangan.
Beliau yang juga Menteri Kewangan negeri menegaskan, usaha itu penting agar kementerian berkenaan menjadi contoh terbaik kepada jabatan dan agensi lain untuk menambahbaik pengurusan kewangan masing-masing.

Dengan kerjasama yang erat diatara kakitangan, pengurusan  dan Ketua menteri Sabah semua bukan mustahil untuk di capai, dengan kesepakatan yang erat diantara komponen parti dalam Barisan Nasional Sabah semuanya dapat di capai dengan semangat kesatuan yang tinggi. Adalah diharapkan kerajaan Sabah menesuskan kecemerlangan ini dalam menuju Wawasan 2020 yang menjelang tiba.

Syabas

Thursday, 6 August 2015

Musa Aman Ketepikan Jawatan Tertinggi Parti, Tumpu sepenuhnya Untuk Sabah

     
Mungkin ramai diantara kita sudah lupa akan senario pemilihan UMNO di tahun 2013 yang baru lalu. Mungkin juga ada yang masih ingat akan pembaharuan yang di bawa oleh UMNO pada waktu itu. Jikalau dahulu hanya perwakilan di peringkat bahagian yang terpilih ataupun menang dalam pertandingan akan boleh memilih ataupun mengundi pemimpin yang mereka rasakan layak untuk memimpin.

Di pemilihan 2013 segalanya sudah berubah dengan inisiatif kepemimpinan parti yang ingin menambah baik sistem dan  ketelusan dalam pemilihan parti. Kali ini wakil dari cawangan sendiri yang mengundi untuk kepemimpinan tertinggi parti. Ini juga dapat mrngelakkan politik wang yang selama ini di katakan melanda pada setiap pemilihan parti.

Apa yang saya ingin utarakan disini ialah keghairahan sesetengah pemimpin yang ingin menjawat jawatan tertinggi parti. Ada yang sanggup memegang beberapa jawatan demi untuk meneruskan kelangsungan hayat dalam berpolitik.

Saya ingin memberikan satu contoh di mana beliau ini tidak lah mementingkan jawatan semata-mata. Beliau yang saya maksudkan ialah YAB  DSP Musa Hj Aman. Untuk makluman , semasa pemilihan lalu beliau mendapat pencalonan di hampir kesemua cawangan dan di hampir kesemua bahagian yang ada di Sabah. Malahan di Semenanjung Malaysia pun sudah bersedia untuk mengundi dan mengangkat beliau di kerusi tertinggi Umno.

Tapi atas rasa kebertanggunjawaban yang tinggi kepada rakyat Sabah dan di atas rasa kecintaan yang tinggi kepada tanggungjawab dan amanah yang rakyat Sabah telah berikan beliau telah menolak pencalonan bagi Jawatan Ahli Majlis tertinggi Parti dan yang paling mengejutkan pencalonan untuk kerusi Naib Presiden Umno Malaysia pun beliau tolak demi untuk menumpukan sepenuhnya dalam mentadbir negeri Sabah.

Kalau dilihat dari segi maklumbalas dan sokongan pada waktu itu Musa berpeluang sangat tinggi untuk menang dan duduk di kerusi "Senior" dalam parti tapi semua itu di ketepikan . Bukan nya takut ataupun tidak meyakini kemampuan diri tetapi atas rasa tanggungjawab yang tinggi dan atas rasa kerjasama yang jitu beliau melepaskan segalanya demi memberikan kerjasama kepada semua pihak.

Semangat kepemimpinan begini lah yang kita mahukan, tidak tamak dalam jawatan dan sentiasa memberikan peluang kepada rakan politik yang lain. Jika semangat sebegini ada pada setiap pemimpin yang ada di Malaysia nescaya tiada hasad dengki dan sifat cantas-mencatas dalam parti. Ianya juga akan meguatkan parti dalam segenap aspek dan tindakan.

Syabas CM Sabah.




Monday, 3 August 2015

Shafie Tetap Setia Bersama UMNO

SEMPORNA, 3 Ogos – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata beliau akan tetap setia bersama parti keramat itu walaupun digugurkan daripada Kabinet, Selasa lepas.
Walaupun tidak memegang sebarang jawatan dalam Kabinet, katanya beliau akan terus menjalankan
tanggungjawab demi parti, rakyat dan negara.
“Banyak fitnah disebarkan selepas saya digugurkan sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, sampai ada mengatakan saya akan menyertai Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO). Ia adalah fitnah yang tidak berasas kerana saya akan tetap berdiri teguh dan setia bersama UMNO.
“Saya merupakan salah seorang pengasas UMNO di Sabah dan saya meminta semua anggota UMNO terus menyokong parti keramat ini. Oleh itu kita perlu sama-sama bersatu untuk memperkasakan UMNO,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada lebih 20,000 orang yang menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di perkarangan kediamannya di sini, hari ini.
Mohd Shafie, yang juga Ketua UMNO Bahagian Semporna, berkata beliau akan terus memberi tumpuan kepada jawatannya dalam parti serta berjuang memperkasakan parti itu.
“Bukan pangkat atau jawatan yang diutamakan, tetapi sebaliknya perkhidmatan kepada rakyat yang kita perlu utamakan.
“Pengguguran daripada Kabinet tidak menghilangkan fokus saya untuk terus berkhidmat dan bersuara untuk seluruh rakyat di negara ini,” kata Mohd Shafie.
Pada masa sama, beliau yang juga Pengerusi Biro Keahlian Baru dan Daftar Pemilih UMNO meminta semua anggota parti mendaulatkan parti dengan menghormati pucuk pimpinan.
Selain itu, beliau meminta semua anggota UMNO terus bersatu padu dan jangan melakukan sebarang tindakan yang boleh merosakkan parti.
Mengulas mengenai majlis itu, beliau berkata sokongan padu rakyat khususnya di Sabah memberi perangsang dan semangat untuk terus berjuang membela nasib rakyat.
Pada majlis itu, ribuan penyokong datang dari beberapa daerah di Sabah termasuk para penyokongnya daripada Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Malaysia (KDM Malaysia) yang mula berkumpul di perkarangan kediamannya seawal pukul 8 pagi.
Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden KDM Malaysia, Datuk Peter Anthony, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang, Datuk Seri Nasir Sakaran dan ADUN Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong.Rujukan lanjut disini

Calon PKR Masuk Dap, Politik Tikam Belakang Dalam Pakatan Pembangkang

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Bekas Pegawai Khas Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman menyifatkan tindakan Pakar Undang-Undang yang juga merupakan calon PKR semasa pilihan raya, Dr Abdul Aziz Bari menyertai Dap adalah satu tamparan hebat kepada parti itu.
pas retak
Jelas beliau sebagai individu yang diberi ruang oleh PKR untuk bertapak dalam dunia politik, sudah pasti tindakan Aziz ini memberikan mesej yang cukup jelas bukan sahaja kepada parti itu tetapi juga kepada rakyat untuk berfikir.
Tambahnya lagi, dua maksud tersirat dan tersurat yang boleh dirangkumkan adalah PKR adalah sebuah parti yang lemah dan Dap pula memang sebuah parti yang kejam dan melampau sehingga sanggup menikam belakang rakan sendiri.
“Walaupun Dap bersikap kejam dengan ‘mencuri’ ahli PKR yang berpotensi tinggi namun saya pasti PKR tidak akan berani untuk menempelak Dap.
“Aziz pula mungkin sedar kariernya tidak akan ke mana sekiranya masih terus bersama PKR maka dia mula beralih arah untuk naik ke tahap yang lebih tinggi dalam dunia politik.
“Disebabkan wujudknya budaya cantas mencatas yang teruk dalam PKR maka Aziz terlebih dahulu angkat kaki,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah Rahimi, orang sehebat Tan Sri Khalid Ibrahim juga boleh tumbang dalam permainan politik dalaman PKR, apatahlagi Aziz Bari. Dek kerana inilah, mungkin menyebabkan Aziz menyertai dan mengkhianati PKR.
Dap pula kata beliau memang ternanti-nanti penyertaan daripada orang Melayu demi mendapatkan sokongan Melayu maka Dap sedikitpun tidak kisah sekiranya terpaksa menggigit rakan sendiri untuk kepentingan parti mereka.
“Ini semua adalah untuk mengaburi mata orang Melayu daripada sifat chauvinist Dap. Malah tindakan Aziz ini juga secara langsung membuktikan perjuangan parti itu jauh berbeza walaupun mempunyai matlamat yang sama.
“Apa yang pasti, PKR akan terus menikus walau teruk dipijak Dap kerana mereka bimbang akan menerima nasib yang sama seperti Pas sekiranya melawan cakap ‘bos’,” katanya lagi.
Oleh itu ujar Rahimi, rakyat harus sedar dan memikirkan kembali adakah parti Dap mahupun PKR layak untuk diberi mandat menerajui negara. – MediaUMNO

Sokongan padu dari pemimpin Sabah buat Musa Aman

Kalau di lihat dari segi sambutan di rumah terbuka Bahagian Libaran kelmarin, sudah tentunya ianya menampakkan sokongan yang tak berbelah bagi dari segenap penduduk yang ada di sekitar sandakan. Mana tidaknya hampir 5000 orang tidak melepaskan peluang untuk datang memeriahkan dan mengambil kesempatan untuk bersalam-salaman dan bersua muaka dengan CM Sabah.

Kalau di lihat dari segi sambutan oleh ketua-ketua UMNO dan ahli Parti Komponan Barisan Nasiaonal yang ada di Sabah, hampir semua datang untuk memeriahkan sambutan "open house" tersebut. Apakah ini petanda ataupun penanda aras yang menunjukkan kesepakatan dan kesatuan Barisan Nasional Sabah, ataupun ini tanda sokongan dari semua pihak akan kepemimpinan tertinggi kerajaan Sabah?

Dengan keadaan politik semasa dan dengan rombakan kabinet yang berlaku pada masa ini, ianya tidak memberikan impak yang negatif kepada politik Sabah, Malahan jika di lihat dari segi kehadiran dan sokongan moral kelmarin jelas terpancar dan terlihat ahli-ahli semangkin bersatu, ketua-ketua semangkin merapatkan barisan dan memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada barisan tertinggi negeri Sabah.

Ini menunjukkan dengan jelas Sabah bukanlah mengutamakan pemimpin tertentu, ini juga menunjukkan Ahli dan kepemimpinan tertinggi tidak memgutamakan individu tertentu dalam menentukan hala tuju dan kemajuan negeri Sabah. Kepemimpinan Sabah mengutamakan perpaduan, toleransi dan semangat kerjasama dalam memajukan negeri Sabah dalam segala bidang.

Dalam erti kata lain Sabah sentiasa diutamakan dalam segala hal oleh kerajaan perseketuan, ini dapat dilihat dengan perlantikan dua orang pemimpin Sabah berstatus Menteri perseketuan. Ini merupakan penghormatan tertinggi bagi rakyat Sabah, ini juga merupakan pengiktirafan kepada kesetiaan dan kesungguhan rakyat Sabah dalam menentukan hala politik negara.

Mengungkap ucapan dari Ketua menteri Sabah pada hari tersebut berbunyi" Kita dikktiraf sebagai deposit tetap dalam UMNO untuk menyumbang kepada kekuatan UMNO di negara ini biarpun kita merupakan anak bongsu dalam UMNO.
“Ini tidak menjadikan UMNO Sabah takbur, sebaliknya penting kepada kita untuk terus bekerja dan bekerjasama rapat dengan pucuk pimpinan bagi memantapkan perjuangan parti dan membela ahli serta rakyat,” katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Libaran di sini, hari ini."
Adalah di harapkan UMNO Sabah dan Barisan Nasional Sabah akan terus mengekalkan dan mengeratkan lagi semangat kesatuan dan  kerjasama yang tinggi bagi memastikan Sabah sentiasa terkedepan dalam pembangunan dan  ekonomi penduduknya.

Sunday, 2 August 2015

Bekerja dan bekerjasama rapat dengan UMNO pusat- Musa Aman

 Sekali lagi sejarah tercatat di Parlimen Libaran di mana Masyuarat bahagian kali yang ke 12  telah di adakan dengan jayanya.  Kehadiran hampir semua pemimpin Umno Negeri Sabah menunjukkan kemantapan dan keutuhan  perpaduan Umno Sabah di bawah kepemimpinan YAB  DSP  Musa Aman.



Tidak syak lagi Umno Sabah akan terus utuh  dan terus bersatu hati dalam  bersama-sama mennempuh segala dugaan dan ritangan dalam mentadbir Sabah menuju ke Sebuah Negeri yang maju dalam segala bidang.



Isu-isu yang kedengaran dan terjadi kini bukan lah penghalang kepada Umno Sabah untuk terus berusaha dalam membantu rakyat malahan ianya merupakan peransang dan pembakar semangat untuk CM Sabah berusaha keras dalam meajukan ekonomi dan sosial Negeri Sabah.
Di samping menghadiri masyuarat perwakilan Bahagian Umno  Libaran , rumah terbuka sempena dengan hari raya juga di adakan. Sambutan yang sangat baik dari penduduk sekitar Sandakan. Adalah di anggarkan sekitar 5000 tetamu yang hadir bagi memeriahkan acara sambutan tersebut.


Antara ulasan dan ucapan semasa majlis tersebut ialah:

Kesetiaan dan keikhlasan kepada parti dan pemimpin sentiasa menjadi pegangan UMNO Sabah, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Musa Aman.
Beliau yang juga Ketua Menteri Sabah berkata peraturan dan perlembagaan parti sentiasa dipatuhi dalam menunaikan amanah pucuk pimpinan parti dan amalan itu jelas terbukti menjadikan UMNO Sabah mantap dan kuat.
“Kita dikktiraf sebagai deposit tetap dalam UMNO untuk menyumbang kepada kekuatan UMNO di negara ini biarpun kita merupakan anak bongsu dalam UMNO.
“Ini tidak menjadikan UMNO Sabah takbur, sebaliknya penting kepada kita untuk terus bekerja dan bekerjasama rapat dengan pucuk pimpinan bagi memantapkan perjuangan parti dan membela ahli serta rakyat,” katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Libaran di sini, hari ini.
Hadir sama, Menteri Komunikasi dan Mutimedia Senator Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak selaku Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah.
Sebab itu, Musa yang juga Ketua UMNO Bahagian Libaran berkata beliau sentiasa menekankan mesej kepada semua pemimpin dan anggota UMNO Sabah untuk terus mengamalkan kesepaduan, kesepakatan, kesetiaan dan keikhlasan dalam perjuangan parti.
Katanya ia menjadi azimat dan pegangan dalam perjuangan UMNO dari dahulu hingga sekarang, seterusnya menjadi kekuatan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah.


Kesetiaan Dan Keikhlasan Jadi Pegangan UMNO Sabah – Musa Aman

SANDAKAN, 2 Ogos – Kesetiaan dan keikhlasan kepada parti dan pemimpin sentiasa menjadi pegangan UMNO Sabah, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Musa Aman.
Beliau yang juga Ketua Menteri Sabah berkata peraturan dan perlembagaan parti sentiasa dipatuhi dalam menunaikan amanah pucuk pimpinan parti dan amalan itu jelas terbukti menjadikan UMNO Sabah mantap dan kuat.
“Kita dikktiraf sebagai deposit tetap dalam UMNO untuk menyumbang kepada kekuatan UMNO di negara ini biarpun kita merupakan anak bongsu dalam UMNO.
“Ini tidak menjadikan UMNO Sabah takbur, sebaliknya penting kepada kita untuk terus bekerja dan bekerjasama rapat dengan pucuk pimpinan bagi memantapkan perjuangan parti dan membela ahli serta rakyat,” katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Libaran di sini, hari ini.
Hadir sama, Menteri Komunikasi dan Mutimedia Senator Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak selaku Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah.
Sebab itu, Musa yang juga Ketua UMNO Bahagian Libaran berkata beliau sentiasa menekankan mesej kepada semua pemimpin dan anggota UMNO Sabah untuk terus mengamalkan kesepaduan, kesepakatan, kesetiaan dan keikhlasan dalam perjuangan parti.
Katanya ia menjadi azimat dan pegangan dalam perjuangan UMNO dari dahulu hingga sekarang, seterusnya menjadi kekuatan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah.
Menurutnya apabila pucuk pimpinan cuba diganggu-gugat, awal-awal lagi UMNO Sabah tetap berdiri teguh bersama-sama pucuk pimpinan.
“Dengan kesetiaan dan keikhlasan, pucuk pimpinan menghargai perjuangan kita dan menjadi faktor kepada pelantikan pemimpin UMNO Sabah dalam jawatan kanan dalam Kabinet Persekutuan.
“Ia bukan cakap-cakap kosong tetapi adalah kenyataan dan terbaharu pelantikan Salleh untuk jawatan penting dalam Kabinet Persekutuan,” katanya.
Musa berkata UMNO Sabah berjuang pada landasan yang betul termasuk sentiasa turun untuk berjumpa anggota parti dan rakyat di peringkat akar umbi bagi mengetahui masalah serta bantuan yang diperlukan mereka.
Beliau berkata semua wakil rakyat UMNO dan BN di Sabah sentiasa diingatkan tentang tanggungjawab dan amanah yang diberikan untuk berkhidmat dan membela nasib rakyat.

MUSA ,PEMIMPIN "HUMBLE" DAN MESRA RAKYAT

Sedikit tergelak apabila membaca status dari satu kumpulan yang begitu kemaruk ingin menjatuhkan atau mengelincirkan Ketua Menteri Yang ada sekarang iaitu YAB DSP Musa Hj Aman. MAna tidaknya ianya di buat dengan rasa kecewa dan emosi yang sangat tinggi sehinggakan lupa apa yang telah di di bawa dan di buat oleh CM Sabah untuk rakyat Sabah.ketahui selanjutnya disini.

Umum mengetahui keahlian untuk Ahli Umno untuk Sabah begitu unik sehinggakan ianya merarik minat kepada seluruh golongan dan etnik yang ada. Ianya terbuka kepada sesiapa yang berminat dan ikhlas untuk memperjuangkan apa juga kepentingan anak negeri Sabah dan kita lihat kini keahlian yang ada kini mencecah ribuan dari ahli yang bukan melayu.keahlian Umno di Sabah.

Atas dasar itu dan apa yang ada kini apa rasionalnya kumpulan ini ingin menjatuhkan pengerusi perhubungan Umno Negeri Sabah. Kenapa mereka begitu terdesak agar CM dan UMNO Sabah di singkirkan. Sedangkan mejoriti rakyat Sabah sangat memerlukan kepemimpinan yang ada kini. Ini dapat di buktikan dengan keputusan PRU 13 yang baru lalu. Mejoriti pengundi Sabah masih memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan tertinggi.

Dengan kerjasama dan semangat sepasukan yang tinggi di antara Parti kompenan BN yang ada di Sabah mana mungkin kekuatan dan kestabilan ini dapat di gugat. Dengan pembangunan dan ledakan ekonomi yang di bawa oleh yang YAB CM mana mungkin rakyat Sabah akan menukar segala yang ada kini.

Apapun biarlah pihak yang kecewa itu sentiasa kecewa dan terus kecewa dalam keinginannya untuk menguasai Sabah. Biarlah mereka terus hanyut dengan mimpi-mimpi yang tak akan kesampaian. Di pihak pengurusan tertinggi Negeri Sabah teruskan dan teruskan lah dalam membawa pembangunan untuk negeri Sabah, teruskan mengutamakan dan mendahulukan rakyat dalam membuat keputusan. Biarkan saja kumpulan yang kecewa dengan agenda mereka kerana tidak mungkin mendapat sokongan, biarlah mereka bermimpi dan terus bermimpi kerana mereka hanya mengutamakan egenda peribadi masing-masing tidak seperti Barisan Nasional yang sentiasa mengutamakan kebajikan dan keharmonian kaum yang ada di Sabah.


Bak kata pepatah " biarkan mereka dengan keindahan mimpi mereka kerana ianya hanya mampu bermimpi dan tak mungkin akan menjadi nyata" 

Biarlah mereka bahagia dan gembira di alam mimpi dan Kerajaan Sabah gembira dan bahagia di alam realiti.





"Kalau Menang atas tiket pembangkang, nanti saya lumpat pigi Umno"

Hari ini saya terdengar beberapa urang Mantan Urang kuat UMNO Sabah dan kini sudah mengumumkan untuk menyertai Parti Pembangkang.  Pada ...