Sunday, 2 August 2015

Bekerja dan bekerjasama rapat dengan UMNO pusat- Musa Aman

 Sekali lagi sejarah tercatat di Parlimen Libaran di mana Masyuarat bahagian kali yang ke 12  telah di adakan dengan jayanya.  Kehadiran hampir semua pemimpin Umno Negeri Sabah menunjukkan kemantapan dan keutuhan  perpaduan Umno Sabah di bawah kepemimpinan YAB  DSP  Musa Aman.



Tidak syak lagi Umno Sabah akan terus utuh  dan terus bersatu hati dalam  bersama-sama mennempuh segala dugaan dan ritangan dalam mentadbir Sabah menuju ke Sebuah Negeri yang maju dalam segala bidang.



Isu-isu yang kedengaran dan terjadi kini bukan lah penghalang kepada Umno Sabah untuk terus berusaha dalam membantu rakyat malahan ianya merupakan peransang dan pembakar semangat untuk CM Sabah berusaha keras dalam meajukan ekonomi dan sosial Negeri Sabah.
Di samping menghadiri masyuarat perwakilan Bahagian Umno  Libaran , rumah terbuka sempena dengan hari raya juga di adakan. Sambutan yang sangat baik dari penduduk sekitar Sandakan. Adalah di anggarkan sekitar 5000 tetamu yang hadir bagi memeriahkan acara sambutan tersebut.


Antara ulasan dan ucapan semasa majlis tersebut ialah:

Kesetiaan dan keikhlasan kepada parti dan pemimpin sentiasa menjadi pegangan UMNO Sabah, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Musa Aman.
Beliau yang juga Ketua Menteri Sabah berkata peraturan dan perlembagaan parti sentiasa dipatuhi dalam menunaikan amanah pucuk pimpinan parti dan amalan itu jelas terbukti menjadikan UMNO Sabah mantap dan kuat.
“Kita dikktiraf sebagai deposit tetap dalam UMNO untuk menyumbang kepada kekuatan UMNO di negara ini biarpun kita merupakan anak bongsu dalam UMNO.
“Ini tidak menjadikan UMNO Sabah takbur, sebaliknya penting kepada kita untuk terus bekerja dan bekerjasama rapat dengan pucuk pimpinan bagi memantapkan perjuangan parti dan membela ahli serta rakyat,” katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Libaran di sini, hari ini.
Hadir sama, Menteri Komunikasi dan Mutimedia Senator Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak selaku Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah.
Sebab itu, Musa yang juga Ketua UMNO Bahagian Libaran berkata beliau sentiasa menekankan mesej kepada semua pemimpin dan anggota UMNO Sabah untuk terus mengamalkan kesepaduan, kesepakatan, kesetiaan dan keikhlasan dalam perjuangan parti.
Katanya ia menjadi azimat dan pegangan dalam perjuangan UMNO dari dahulu hingga sekarang, seterusnya menjadi kekuatan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah.


No comments:

"Kalau Menang atas tiket pembangkang, nanti saya lumpat pigi Umno"

Hari ini saya terdengar beberapa urang Mantan Urang kuat UMNO Sabah dan kini sudah mengumumkan untuk menyertai Parti Pembangkang.  Pada ...