Thursday, 6 August 2015

Musa Aman Ketepikan Jawatan Tertinggi Parti, Tumpu sepenuhnya Untuk Sabah

     
Mungkin ramai diantara kita sudah lupa akan senario pemilihan UMNO di tahun 2013 yang baru lalu. Mungkin juga ada yang masih ingat akan pembaharuan yang di bawa oleh UMNO pada waktu itu. Jikalau dahulu hanya perwakilan di peringkat bahagian yang terpilih ataupun menang dalam pertandingan akan boleh memilih ataupun mengundi pemimpin yang mereka rasakan layak untuk memimpin.

Di pemilihan 2013 segalanya sudah berubah dengan inisiatif kepemimpinan parti yang ingin menambah baik sistem dan  ketelusan dalam pemilihan parti. Kali ini wakil dari cawangan sendiri yang mengundi untuk kepemimpinan tertinggi parti. Ini juga dapat mrngelakkan politik wang yang selama ini di katakan melanda pada setiap pemilihan parti.

Apa yang saya ingin utarakan disini ialah keghairahan sesetengah pemimpin yang ingin menjawat jawatan tertinggi parti. Ada yang sanggup memegang beberapa jawatan demi untuk meneruskan kelangsungan hayat dalam berpolitik.

Saya ingin memberikan satu contoh di mana beliau ini tidak lah mementingkan jawatan semata-mata. Beliau yang saya maksudkan ialah YAB  DSP Musa Hj Aman. Untuk makluman , semasa pemilihan lalu beliau mendapat pencalonan di hampir kesemua cawangan dan di hampir kesemua bahagian yang ada di Sabah. Malahan di Semenanjung Malaysia pun sudah bersedia untuk mengundi dan mengangkat beliau di kerusi tertinggi Umno.

Tapi atas rasa kebertanggunjawaban yang tinggi kepada rakyat Sabah dan di atas rasa kecintaan yang tinggi kepada tanggungjawab dan amanah yang rakyat Sabah telah berikan beliau telah menolak pencalonan bagi Jawatan Ahli Majlis tertinggi Parti dan yang paling mengejutkan pencalonan untuk kerusi Naib Presiden Umno Malaysia pun beliau tolak demi untuk menumpukan sepenuhnya dalam mentadbir negeri Sabah.

Kalau dilihat dari segi maklumbalas dan sokongan pada waktu itu Musa berpeluang sangat tinggi untuk menang dan duduk di kerusi "Senior" dalam parti tapi semua itu di ketepikan . Bukan nya takut ataupun tidak meyakini kemampuan diri tetapi atas rasa tanggungjawab yang tinggi dan atas rasa kerjasama yang jitu beliau melepaskan segalanya demi memberikan kerjasama kepada semua pihak.

Semangat kepemimpinan begini lah yang kita mahukan, tidak tamak dalam jawatan dan sentiasa memberikan peluang kepada rakan politik yang lain. Jika semangat sebegini ada pada setiap pemimpin yang ada di Malaysia nescaya tiada hasad dengki dan sifat cantas-mencatas dalam parti. Ianya juga akan meguatkan parti dalam segenap aspek dan tindakan.

Syabas CM Sabah.




No comments:

"Kalau Menang atas tiket pembangkang, nanti saya lumpat pigi Umno"

Hari ini saya terdengar beberapa urang Mantan Urang kuat UMNO Sabah dan kini sudah mengumumkan untuk menyertai Parti Pembangkang.  Pada ...