Monday, 3 August 2015

Sokongan padu dari pemimpin Sabah buat Musa Aman

Kalau di lihat dari segi sambutan di rumah terbuka Bahagian Libaran kelmarin, sudah tentunya ianya menampakkan sokongan yang tak berbelah bagi dari segenap penduduk yang ada di sekitar sandakan. Mana tidaknya hampir 5000 orang tidak melepaskan peluang untuk datang memeriahkan dan mengambil kesempatan untuk bersalam-salaman dan bersua muaka dengan CM Sabah.

Kalau di lihat dari segi sambutan oleh ketua-ketua UMNO dan ahli Parti Komponan Barisan Nasiaonal yang ada di Sabah, hampir semua datang untuk memeriahkan sambutan "open house" tersebut. Apakah ini petanda ataupun penanda aras yang menunjukkan kesepakatan dan kesatuan Barisan Nasional Sabah, ataupun ini tanda sokongan dari semua pihak akan kepemimpinan tertinggi kerajaan Sabah?

Dengan keadaan politik semasa dan dengan rombakan kabinet yang berlaku pada masa ini, ianya tidak memberikan impak yang negatif kepada politik Sabah, Malahan jika di lihat dari segi kehadiran dan sokongan moral kelmarin jelas terpancar dan terlihat ahli-ahli semangkin bersatu, ketua-ketua semangkin merapatkan barisan dan memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada barisan tertinggi negeri Sabah.

Ini menunjukkan dengan jelas Sabah bukanlah mengutamakan pemimpin tertentu, ini juga menunjukkan Ahli dan kepemimpinan tertinggi tidak memgutamakan individu tertentu dalam menentukan hala tuju dan kemajuan negeri Sabah. Kepemimpinan Sabah mengutamakan perpaduan, toleransi dan semangat kerjasama dalam memajukan negeri Sabah dalam segala bidang.

Dalam erti kata lain Sabah sentiasa diutamakan dalam segala hal oleh kerajaan perseketuan, ini dapat dilihat dengan perlantikan dua orang pemimpin Sabah berstatus Menteri perseketuan. Ini merupakan penghormatan tertinggi bagi rakyat Sabah, ini juga merupakan pengiktirafan kepada kesetiaan dan kesungguhan rakyat Sabah dalam menentukan hala politik negara.

Mengungkap ucapan dari Ketua menteri Sabah pada hari tersebut berbunyi" Kita dikktiraf sebagai deposit tetap dalam UMNO untuk menyumbang kepada kekuatan UMNO di negara ini biarpun kita merupakan anak bongsu dalam UMNO.
“Ini tidak menjadikan UMNO Sabah takbur, sebaliknya penting kepada kita untuk terus bekerja dan bekerjasama rapat dengan pucuk pimpinan bagi memantapkan perjuangan parti dan membela ahli serta rakyat,” katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Libaran di sini, hari ini."
Adalah di harapkan UMNO Sabah dan Barisan Nasional Sabah akan terus mengekalkan dan mengeratkan lagi semangat kesatuan dan  kerjasama yang tinggi bagi memastikan Sabah sentiasa terkedepan dalam pembangunan dan  ekonomi penduduknya.

No comments:

"Kalau Menang atas tiket pembangkang, nanti saya lumpat pigi Umno"

Hari ini saya terdengar beberapa urang Mantan Urang kuat UMNO Sabah dan kini sudah mengumumkan untuk menyertai Parti Pembangkang.  Pada ...