Monday, 5 October 2015

Ceramah Mahathir di Tawau hanya 1500 yg hadir sedangkan Najib 50 K?


Tahukah anda saya baru sahaja balik dari menghadiri dan mendengar akan inti pati ucapan dari Mantan Perdana Menteri Selama 22 tahun memerintah Malaysia. Sebelum  dan semasa menunggu kehadiran YA Tun perasaan saya agak berkobar-kobar kerana belum pernah melihat TUN secara dekat dan "Live". IAnya di tambah lagi dengan kehadiran ramai hadirin yang saya nampak kebanyakkan nya orang  dari luar Tawau.

Tahukah anda, di awal ucapan TUN, dia berterimakasih kerana yang hadir menurutnya ada yang dari Kota Kinabalu, Labuan dan dari sekitar daerah yang ada selalin dari Tawau sendiri. Suaranya agak sedikit tersangkut-sangkut mungkin saja Tun agak kepenatan menaiki jet peribadi yang munkin milik sendiri ataupun di pinjam dari rakan-rakan nya.

Tahukah anda diawal ucapannya juga dia mengumumkan bahawa makan dan minum tidak disediakan dan bas-bas pun tiada di sediakan tetapi apa yang saya nampak banyak bas-bas yang tertera permitnya datangnya dari luar Tawau. Dia juga menyatakan ini kali kedua dia datang ke Tawau, bukan nya dia tidak sudi tetapi tiada jemputan dari Umno Tawau dan Umno Negeri. Terdengar aku bisik-bisik di belakang ku berbunyi " dulu jadi PM selama 22 tahun baru sekali saja menjejakkan kaki ke Tawau , itu pun berapa kali kanak tunda, sekarang dah tak ada jawatan pandai pulak cakap tak ada jemputan".

Tahukah anda di awal ucapan TUN, dia menyatakan kedatangan Najib baru-baru ini dan menarik pengunjung seramai  50 k hanyalah ciptaan semata-mata, tetapi menurut pemerhatian saya pada hari Najib datang hampir 40K-50K pengunjung yang hadir. Ini membuktikan bahawa fakta dan  angka yang TUN ucapkan adalah salah.

Tahukah anda , menurut ucapan dari Tun tadi  Najib menyatakan padanya yang berbunyi, kita tak payah turun padang jumpa rakyat kita bagi saja duit 500 ringgit kalau tak cukup kita bagi 1000 pasti mereka akan undi Umno dan BN. Kalau mengikut dari pemikiranku yang waras tak mungkin Najib akan emgucapkan sedemikian  sebab dalam waktu yang sesingkat ini hampir 10 kali Najib sudah turun Tawau dan Sabah. " Kalau ketua bahagian kita bayar saja satu milion" itu sharil yang cakap" bukan saya menurut Tun. Yang saya tahu pemberian RM 500 ringgit adalah di mulakan oleh Tun Abdullah melalui BRIM dengan tujuan untuk membantu rakyat yang memerlukan bagi mengurangkan beban hanga minyak di Malaysia yang tidak menentu.

Tahukah anda menurut Tun, Najib tunduk kepada Singapura sehingga membatalkan pembinaan Jambatan bengkok. Apalah juga istimewa nya jambatan bengkok sehinggakan dimana-mana sahaja ianya diucapkan dimana-mana sahaja . Kenapa tidak Tun ungkitkan akan pembinaan jambatan Semporna ke Pulau Bum-Bum  bukan kah itu lebih penting untuk orang Semporna khas nya.

Tahukan anda ada banyak lagi yang di ucapkan oleh Tun, tapi semuanya isu-isu berulang dan sudah di tahu kesahihan nya. Tahu kah anda rakyat akan dapat menilai jika Tun sealau diundang ke majlis sebegini dan rakyat juga akan dapat menentukan siapa yang bersalah.

tahukah anda Tun sudah agak keletihan, berilah dia peluang yang sebaik nya agar dia merasa senang dan puas.




No comments:

"Kalau Menang atas tiket pembangkang, nanti saya lumpat pigi Umno"

Hari ini saya terdengar beberapa urang Mantan Urang kuat UMNO Sabah dan kini sudah mengumumkan untuk menyertai Parti Pembangkang.  Pada ...