Saya tertarik ingin memberikan sedikit komentar setelah membaca komentar dari rakan blogger. Dalam tulisan tersebut dia menyatakan Muhyuddin mendapat sokongan dari Istana Johor, mendapat sokongan padu dari Tun Mahathir dan berbagai lagi. Adakah ini petanda rakyat Johor memberikan sokongan padu kepada Muhyiddin dan adakah pula Shafie tidak mendapat sokongan dari orang-orang Sabah sendiri.?
Teringat saya ketika Shafie mula-mula sekali menjejakkan kaki ke lapangan terbang Tawau semasa ianya sudah tidak bergelar Menteri KKLW. Dia di sambut oleh ratusan penyokong yang setia kepada nya. Ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata ingin memberikan sokongan moral kepadanya. Bayangkan saja berapa orang Sabah yang telah di "jutawankan" oleh nya dan bayangkan saja berapa orang yang telah "di ijazahkannya" melalui MARA dan beberapa kementerian di bawah kawalan nya ketika menjadi Menteri.
Ini semua tidak dapat di lupa kepada mereka yang telah di bantu , ini semua tidak akan melunturkan sokongan kepada beliau dan yang paling menarik sekali ada yang sampai menitiskan air mata semasa perjumpaan bukan kerana bermuka-muka tetapi atas rasa terharu dengan pemimpin yang benar-benar banyak membantu.
Kita kembali kepada UMNO Sabah, pengerusi UMNO Sabah adalah YAB Musa Aman merangkap Ketua Menteri Sabah. Umum mengetahui akan UMNO Sabah yang sentiasa menyokong akan kepemimpinan tertinggi negara. Jika anda masih ingat UMNO Sabah pun memberikan pendirian yang taat kepada Presiden Parti semasa kepemimpinan Pak Lah, tiada pun kenyataan yang tidak menyokong kepemimpinan Pak Lah walaupun ianya di "gasak" hebat oleh kumpulan Mahathir.
Ini menunjukkan dengan jelas UMNO Sabah di bawah kepemimpinan Musa aman sentiasa patuh dan akur dengan presiden Parti. Bukan taat pada Najib tetapi taat dan setia kepada pemimpin tertinggi Parti. Mungkin jika di takdirkan Shafie menjadi presiden parti di akan datang UMNO sabah dan Musa tatap akan memberikan sokongan 100 % kepada nya.
Dibawah pentadbiran Musa Aman kesetiaan dan ketaatan amat penting dalam mengekalkan keharmonian dan kekuatan dalaman parti. Inya juga akan membuatkan ahli dan pemimpin yang ada semangkin bersatupadu dan kearah jalan yang benar dan sentiasa memberikan kebaikan kepada parti dan ahli nya.
Jika di takdirkan Musa dan Shafie dapat bergabung sudah pastinya UMNO Sabah akan menjadi satu badan yang kuat dan tidak mungkin dapat di gugat oleh parti lain. Ianya juga akan menjadi contoh yang baik kepada genesi yang mendatang.
Dan dari kami , kami sentiasa menyokong dan membantu semua pemimpin yang ada di Sabah dan tiada yang terkecuali asalkan ianya datang nya dari UMNO dan komponan BN yang lain.
Shafie tetap di sayangi sebagai Naib Presiden UMNO dan Musa tetap di sanjungi sebagai Ketua Menteri dan pengerusi perhubungan UMNO oleh waga Sabah.

No comments:
Post a Comment