Saturday, 26 September 2015

Mat Sabu, lidah berbelit umpama ular sendok?



Gerakan Harapan Baru sudahpun di lancarkan baru-baru ini.  Ianya di barisi oleh golongan yang kononnya islamic tapi di dada mereka penuh dengan kebencian dan keinginan tinggi untuk menjadi Pemimpin  di Malaysia. Pengerusinya Mat Sabu di petik berkata" GHB dilihat sebagai wadah dan entiti mengerakkan semula kerjasama politik dengan DAP.

Jika dahulu Mat Sabu yang sering melaungkan agar ahli PAS tidak menubuhkan Parti Islam lain kerana waktu itu PAS di katakan betul-betul memperjuangkan islam dalam segala hal.

Tidak sampai beberapa tahun,  dek kerana ingin menjadi ketua dan setelah tewas dalam pemilihan Timbalan Presiden PAS yang baru berlalu dia dan kuncu-kuncunya menubuhkan sebuah Parti dan dia terus menjadi Ketua.

Yang besnya dalam tempoh tak sampai beberapa hari saja kerjasama dengan DAP telah di buat dalam menjamin mereka akan menang pada PRU 14 nanti.

apa lagi yang kurang dalam PAS sehingga mereka beramai-ramai keluar setelah kalah dalam pemilihan baru-baru ini, ataupun mereka sudah bosan dengan cara pemerintahan cara islam yang PAS laksanakan selama ini, ataupun kerjasama dengan DAP akan lebih menguatkan lagi peluang mereka pada PRU 14.

Apapun mesti ada yang tidak kenan dalam PAS yang kononnya islamic dan pasti ada yang ingin di kejar oleh Mat Sabu dan rakan-rakannya sehingga sanggup mengecewakan pengundi yang memilih mereka pada PRU 13 yang baru lalu.



No comments:

"Kalau Menang atas tiket pembangkang, nanti saya lumpat pigi Umno"

Hari ini saya terdengar beberapa urang Mantan Urang kuat UMNO Sabah dan kini sudah mengumumkan untuk menyertai Parti Pembangkang.  Pada ...