Saturday, 13 February 2016

Penjaga gol Pasukan Sabah Rhinos belum dapat gaji kah?

Video penuh disini



Ternyata peminat-peminat tegar amat kecewa dengan mutu permainan yang di tunjukkan oleh pemain-pemain Sabah. Tewas dengan keputusan 4 - 1 oleh pasukan yang hanya berstatus UITM "FC".

Kalau di dengar dari dailog dalam video di atas ada penyokong yang datang khas dari Sabah semata-mata ingin melihat sendiri serta memberikan sokongan yang padu pada pasukan Sabah. Bukan juga kemenangan yang di impikan ataupun di inginkan oleh penyokong tetapi adalah di harapkan pemain menunjukkan semangat dan komitmen yang tinggi semasa menyarung jersi pasukan Sabah ataupun membawa bendera Negeri Sabah.

" Goal keeper kami bukan mau kasih down sama kau tapi itu hakikatnya, tolong lah bang , tolong lah bang" di Tawau ok ba kau main,, macam mana boleh lepas tadi bang"...

Ini adalah peringkat permulaan dan ianya baru dalam proses mengenali diantara satu sama lain, di dalam sukan bola sepak keserasian diantara pemain dan pengurusan sangat penting dalam memastikan pasukan bola tersebut boleh bersaing , sebagai contoh pasukan bola sepak Chelsea yang di barisi oleh pemain bintang , dek kerana tiada keserasian diantara pemain dan pengurusan menyebabkan pasukan itu tak dapat bersaing dan mempamirkan permainan yang terbaik  dan ini menyebabkan pasukan mencatatkan keputusan yang mengecewakan peminat.

Sokongan peminat amat di perlukan oleh setiap pemain dan pengurusan Pasukan Sabah dalam menjamin apa yang diimpikan akan tercapai . Sebagai pasukan yang terdiri dari pemain baru dan pengurusan baru adalah lebih adil jika mereka di berikan peluang untuk memperbaiki segala kelemahan dan di harap ianya pengalaman yang sangat berguna untuk diguna pakai pada perlawanan yang mendatang.


No comments:

"Kalau Menang atas tiket pembangkang, nanti saya lumpat pigi Umno"

Hari ini saya terdengar beberapa urang Mantan Urang kuat UMNO Sabah dan kini sudah mengumumkan untuk menyertai Parti Pembangkang.  Pada ...