Saturday, 13 May 2017
KEPROFESIONALAN MARA MENGURUS ISU SANGAT LEMAH DI MATA UMUM
Baru2 ini pihak MARA telah memanggil TS Anuar Musa untuk mendengar penjelasan beliau. Itupun MARA memanggilnya dalam jarak tempoh yang agak lama selepas Datuk Yaakob mengadakan sidang media menggantung jawatan TS Anuar sebagai Pengerusi MARA.
Dari situ sahaja rakyat melihat motif itu bersifat politik. TS Anuar sgt gentleman, dia datang mengadap MARA, tetapi sy mendapat tahu kedatangan TS Anuar tidak digunakan sebaiknya untuk menyelesaikan masalah. Pihak MARA lebih banyak berdiam diri.
Dalam pada itu, saya melihat TS Anuar konsisten dalam tindakan dan percakapannya. Dia tidak berubah-ubah.
Dari luar, saya dan ramai rakyat melihat MARA tidak jujur dalam kes TS Anuar Musa. Saya mendapat tahu pegawai MARA yang mahu menjawab isu2 MARA kepada rakyat telah dihalang oleh pihak tertentu dalam MARA. Saya telah mendapat 3 salinan surat daripada pegawai tersebut dan ternyata ianya penjelasan yang sangat baik.
Saya mendapati motif tuduhan ke atas TS Anuar tidak jelas dan berbau politik. Apabila TS Anuar minta dibuat forensic account ke atas MARA anda tidak mahu. Kelihatan MARA berusaha untuk melibatkan TS Anuar supaya dibuktikan bersalah. Sedangkan penjelasan sudah diberikan, TRW dan TRW Berhad adalah tidak sama, RM200,000 dan bukannya RM600,000, bukannya keputusan Lembaga Pengarah tetapi secara pentadbiran menggunakan bajet komersial CSR bukannya Dana Tabung Pendidikan MARA, yang terlibat hanya PMB sebuah badan pelaburan MARA Berhad bukannya batang tubuh MARA.
Saya dah lama fed-up dengan MARA sebenarnya. Anda boleh lihat orang-orang politik MARA yang bermewah-mewah di Australia berkereta besar yang tidakk mereka mampu membelinya, anda boleh lihat pelajar2 MARA di oversea dikontang-kanting dibiarkan tanpa bantuan semasa berdepan masalah, tidak dimonitor, MARA kelihatan malas mungkin kerana satu dua orang sahaja pegawai MARA menjaga satu negara itu. Perkara2 seperti ini patut dilihat, bukannya byk berpolitik!
Sekarang kelihatan MARA nampak byk berpolitik, TS Anuar sudah dipanggil tetapi MARA membiarkan masa berlalu nampak MARA seolah mereka buat bodoh. Adakah MARA fikir rakyat buat make do no dan tidak melihat isu ini?
Saya tidak nampak TS Anuar melakukan kesalahan. Saya nampak DS Shafie Apdal, Datuk Lan Ilani yang bermewah-mewah di luar negara mengguna Wang MARA yang bersalah tetapi MARA tidak pula ambil tindakan? Adakah kerana Datuk Yaakob, Datuk Lan Ilani dan Datuk Shafie satu negeri maka mereka diamkannya!
Saya melihat MARA yang menyiasat TS Anuar tidak ikhlas dan hanya bertujuan memalukan TS Anuar.
Cikgu Jon. KK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
"Kalau Menang atas tiket pembangkang, nanti saya lumpat pigi Umno"
Hari ini saya terdengar beberapa urang Mantan Urang kuat UMNO Sabah dan kini sudah mengumumkan untuk menyertai Parti Pembangkang. Pada ...
-
Sarawak memang lebih dahulu menemukan telaga minyaknya, TAPI BUKAN DALAM HAL PENUBUHAN SYARIKAT E&P SENDIRI. Sebaliknya Sabah mer...
-
Insiden Low Yat: Gambar Cina Hampir Mampus Dikerjakan Melayu Yang Berani ! Anak-anak Melayu mesti berhsati-hati dengan Kongsi Gelap Cina...
-
Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tangga Batu disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Musa Aman yang jug...

No comments:
Post a Comment