Sambutan yang sangat meriah telah di berikan oleh masyarakat Semporna kepada DSP Musa Hj Aman sempena lawatan nya ke Semporna pada hari ini. Ini menunjukka semangat perpaduan sangat tinggi telah di tunjukkan oleh orang-orang Semporna pada kepemimpinan tertinggi Negeri Sabah.
Pelbagai peristiwa yang melanda akhir-akhir ini tetapi ianya tidak sedikitpun menggoyangkan sokongan daripada rakyat dan pemimpin setempat yang ada di daerah Semporna. Malahan ianya menguatkan lagi semangat perpaduan semangat setiakawan dan semangat sesama BN di Negeri Sabah ini.
Kedatangan Ketua Menteri Sabah kali ke Bumi Semporna ialah untuk majlis Penyerahan Geran Komunal Mount Rock dan Nagos serta pecah Tanah Kompleks Sukan Daerah semporna.
Diantara pemimpin setempat yang turut hadir dan turut memberikan sokongsn yang padu pada ketua menteri sabah pada hari ini ialah YB Yahya Hussin, DSP Nasir Tun Sakaran, Datuk Tawfig Titingan, Datuk Jaujan, Datuk Yusof Apdal, Datuk Nilwan Kabang dan pengerusi penganjur iaitu YB Datuk Ramli Marhaban.
Dewan yang ada tidak dapat menanpung kehadiran yang begitu tinggi dari penduduk Semporna sehinggakan ada yang hanya mendengar ucapan dari luar dewan sahaja. Ini menunjukkan semangat serta keutuhan UMNO adalah berada ditahap yang sangat tinggi dan umum mengetahui UMNO Semporna dan UMNO Sabah adalah yang sangat terbaik di Malaysia dari segi perpaduan dan persefahaman di antara ahli dan ketua nya.







No comments:
Post a Comment