Sunday, 27 December 2015

DSP Musa Aman, DS Shafie berdamai !!

Saya agak tertarik untuk mengulas akan tulisan rakan blogger  yang sering menyerang Ketua Menteri Sabah. Pada asasnya tulisan yang dibuatnya hanya berbentuk andaian dan kadang-kadang begitu emosi untuk mencari di mana kesilapan dan kekurangan yang di lakukan oleh YAB Berhormat ketua Menteri Sabah pada masa ini.

Kita sudah sedia maklum akan DSSA ketua Bahagian Semporna meranggkap Naib Presiden Umno yang baru-baru ini telah di rehatkan dari jawatan kerajaan Malaysia. Sejak dari peristiwa itu perbagai serangan yang di lakukan keatas Ketua Menteri Sabah yang selalunya berdiam diri dan tidak melayaan akan provokasi seperti ini. 

Apakah lagi yang kurang yang CM sabah tidak buat di Sabah dan apakah lagi yang perlu CM lakukan untuk kesejahteraan Negeri Sabah. Kalau kita lihat di Parlimen Semporna Selama DSSA menjadi Ahli Parlimen apakah kemajuan yang kita boleh lihat dan kita boleh nikmati. Adakah sepanjang beliau menjadi menteri kanan jalan masuk kesemporna telah di  naik taraf, adakah sepanjang beliau menjadi menteri kanan isu sampah di Semporna dapat di selesaikan dan adakah Pekan Semporna mempunyai Hotel 5 bintang maklum saja ianya selalu dikunjungi oleh pelancung yang menjadikan semporna transit untuk pelancung kepulau-pulau yang berada di sekitarnya. 

Semua yang berlaku adalah ketentuan dari allah, kita sebagai umat islam sudah semestinya menerima akan qada dan qadar yang sudah di tentukan ilahi. Peristiwa yang berlaku pasti ada pengajaran di sebaliknya. Saya tidak menafikan akan bantuan yang datuk Shafiew telah buat kepada rakyat Semporna tapi hakikatnya perpaduan dan keutamaan parti amat penting dalam menjamin UMNO terus menjadi parti pemerintah di Malaysia.

Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri setelah beberapa kali tidak di berikan peluang semasa zaman Tengku Abd Rahman, Tun Abdullah menjadi perdana Menteri setelah beberapa kali terpinggir dari menjadi Menteri Kabinet Malaysia dan Najib menjadi perdana Menteri Malaysia setelah dengan begitu sabar dan taat kepada ketuanya.

Mungkin di masa akan datang giliran DSSA pula sebab tiada yang mustahil dalam Umno. Adalah di harapkan DSSA sentiasa bermuhasabah diri dalam mencari titik-titik perpaduan dalam umno Sabah dan adalah di harapkan juga DSMA sentiasa berkerja kuat dalam memastikan keselamatan, keharmonian dan sewntiasa mengujudkan peluang-peluang pekerjaan dan peluang perniagaan kepada  anak-anak Sabah bagi membolehkan ekonomi Sabah terus berkembang dan membuatkan anak-anak Sabah tidak berhijrah kesemenanjung semata-mata ingin mencari pekerjaan.

No comments:

"Kalau Menang atas tiket pembangkang, nanti saya lumpat pigi Umno"

Hari ini saya terdengar beberapa urang Mantan Urang kuat UMNO Sabah dan kini sudah mengumumkan untuk menyertai Parti Pembangkang.  Pada ...