Hairan aku bila membaca entry di FB yang begitu agak marah dan emosi dalam mempertikaikan kepemimpinan tertinggi Negeri Sabah. Yang sangat menghairankan ianya bukan nya datang dari pihak pembangkang tapi datang nya dari pihak dalam parti sendiri.
Mungkin sejak pemecatan bosnya dia sudah kurang kerja seperti yang lalu-lalu, dan kini punyai banyak masa yang terluang untuk mencari cacat cela akan ketua menteri Sabah iaitu DSP Musa Hj Aman. Malang nya apa yang di cari nya tidak dapat dan ianya juga tidak dapat memburukkan CM Sabah.
Pada saya sudah-sudahlah berpolitik dan sudah-sudahlah memburukkan barang yang sememangnya tidak buruk . Ianya satu kerja yang sia-sia. Yang menghairankan lagi CM sentiasa tersenyum dan sentiasa dalam keadaan gembira walaupun dilontarkan dengan berbagai tuduhan liar. CM sentiasa bertenaga dan sentiasa mendapat sokongan padu dari ahli DUN dan Ahli Parlimen yang ada di Sabah.
Mungkin benar kata pepatah orang timur,, bekerja lebih baik dari banyak cakap dan berhidmatlah untuk rakyat semasa masih ada kuasa, dan selebih nya biarlah allah yang uruskan.

No comments:
Post a Comment