Anduk...... tercatitlah satu lembaran sejarah untuk Politik negeri Sabah di mana seorang kaki lompat atau sesuai di panggil kanak yang memang sinonim dengan beberapa pemimpin yang begitu ber iyah-iyah untuk menjadi ketua Bahagian Umno tetapi tidak medapat sokongan dari ahli Umno setempat.
Yang saya dengar sewaktu PRU 13 yang baru lalu, beliau ni adalah calon PKR untuk satu kerusi DUN di kawasan tersebut tetapi diambang Pemilihan beliau telah tarik diri dan menyebabkan orang-orang PKR sangat marah pada waktu itu.
Kini setelah hampir 3 tahun, naluri katak yang ada pada dirinya akhirnya dia pamirkan lagi dengan pengumuman keluar dari Umno Sandakan. Dikatakan 600 orang ahli keluar Umno, satu soalan dari saya, berapa orang kah dari 600 ahli yang kononnya keluar Parti mengisi borang keluar Parti?
Jika ada yang mengisi borang Parti nyatakan lah dan hantar segera ke pejabat Umno Pusat atau pun Sandakan agar mudah di kenal pasti mereka-mereka yang menjadi duri dalam daging selama ini.
Kalau sudah jadi pembangkang jangan pula lompat lagi ya,, sebab kalau lompat lagi kemungkinan akan jatuh ke dalam lobang yang dalam dan penuh buaya.
Mungkin penduduk batu sapi boleh menilai sendiri akan pendirian orang seperti ini, sentiasa melompat untuk cari kepentingan diri sendiri.. terigat akan kata-kata pengundi BAtu sapi semasa PRU 13 lalu.. "telampaunya ini calon, kita setangah mati kempen , hujung-hujung dia yang lari, kami mau pigi mana lah!!

No comments:
Post a Comment