Thursday, 14 July 2016

Maju kah Semporna selama 25 tahun di bawah Pentadbiran Shafie Apdal?






Secara peribadinya saya merasa agak lucu bila membaca akan tulisan-tulisan yang di buat oleh penyokong setia yang tidak seberapa itu terhadap DSSA yang banyak tersiar di facebook dan sebagainya. Rata-rata memuji akan keberanian nya konon untuk mengundurkan diri secara terhormat dari Umno yang pernah di sertainya hampir 30 tahun.

Dari seorang ahli biasa sehinggakan menjadi Naib Presiden Umno iaitu jawatan Paling kanan dalam pertubuhan ini. Pernah menjawat pelbagai Jawatan di dalam kerajaan Malaysia dan mempunyai pengalaman yang sangat banyak di dalam tata cara pemerintahan Malaysia.

Baru-baru ini beliau telah mengumumkan secara rasminya keluar dari Umno dan di saksikan oleh ribuan yang kononnya adalah penyokong yang sangat tegar kepada DSSA dan bersama-sama di majlis itu ialah beberapa orang pemimpin dan bekas pemimpin yang sememangnya tiada jawatan ataupun sudah di buang dari parti yang sama-sama menyokong akan pengunduran tersebut.

Di dalam ucapannya, beliau menyatakan kekesalan kerana beliau di gantung tanpa siasatan dilakukan terhadap dakwaan yang di buat terhadapnya.  Setahu saya , jika di dalam sesebuah syarikat jika seseorang  memakukan kesalahan yang belum di buktikan, syarikat tersebut akan menggantung sementara bagi memudahkan siasatan dijalankan . Dan jika didapati tidak bersalah pekerja tersebut akan dipanggil bekerja semula dan begitu juga jika di dapati bersalah maka tindakan disiplin akan di ambil samada menurunkan pangkat ataupun memberhentikan pekerja tersebut. Begitu juga dengan kes DSSA beliau di gantung  sementara untuk memudahkan lembaga disiplin parti menjalankan siasatan. Tak tahulah jika DSSA tahu akan kesalahan yang dia sudah lakukan dan mengambil keputusan keluar sebelum lembaga disiplin parti membuat siasatan dan keputusan.

Beliau juga menimbulkan isu pembangunan yang tidak sekata diantara Bandar dan kawasan luar Bandar di dalam ucapan nya. Untuk makluman DSSA telah menjawat pelbagai jawatan di dalam UMNO dan di dalam kerajaan Malaysia. Jika anda pernah datang ke Pekan Semporna, penilaian anda apakah sumbangan yang telah di buat oleh beliau semasa menjadi Ahli Parlimen Semporna selama 25 tahun. Jalan sempit, kemudahan asas dan kebersihan di semporna berada di tahap yang sangat memalukan apa lagi Semporna sentiasa di kunjungi oleh pelancung dalam dan luar Negara. Nasib saja Semporna memiliki pulau Sipadan yang diiktiraf salah satu yang tercantik di dunia menyebabkan pelancung datang kalau tidak Semporna akan sunyi dan kegiatan ekonomi penduduk setempat pastinya tidak akan berkembang.

Selama hampir 25 tahun menjadi Ahli Parlimen semporna apalagi yang beliau sudah bawa ke Semporna. Tidak dapat di nafikan sememangnya sesiapa yang rapat atau lebih tepat di panggil kroni kepadanya sudah pastinya akan kaya mendadak kerana apa yang dapat saya perhatikan ramai yang sudah jadi jutawan malahan mampu untuk berkahwin bukan saja dua malahan ada yang tiga dan empat orang bini, sememangnya ianya merupakan sunaah dan kalau mampu dari segi kewangan ianya bukan lah satu kesalahan undang-undang. Tetapi adakah ini dinamakan pemimpin yang adil? Kroni di bantu dan rakyat marhaien hanya di berikan dedak seperti yang di ucapkan pada perjumpaan tersebut !!.

Masih ramai yang masih memerlukan bantuan di Semporna, kenapa dalam 25 tahun memegang kuasa mereka-mereka ini tidak di bantu dan kini setelah tak ada kuasa barulah mahu membantu jika di berikan kuasa politik kelak? Teringat saya pada perjumpaan tersebut ada beberapa orang tua yang mengharapkan ada pemberian duit raya pada hari tersebut seperti yang sering dilakukan sebelum nya, mereka datang dari jauh semata-mata ingin mendapatkan bantuan, bukan semata-mata mau keluar Umno.

Apapun inilah nilai yang ada kepada DSSA, inilah gaya kepemimpinan yang ada pada beliau yang sentiasa mengutamakan kroni daripada orang ramai ataupun rakyat marhaien. Lihat saja rakyat marhaien di Semporna dan lihat saja apa kemajuan yang telah dia bawa keSemporna selama 25 tahun punyai kuasa.

Teringat pepatah mengatakan, jika ingin melihat tahap kebersihan seseorang nilai saja pada tandas rumah nya, dan jika ingin menilai tahap kepemimpinan dan kehebatan seseorang dalam memimpin lihat saja kemajuan yang telah beliau bawa selama 25 tahun menjawat Jawatan sebagai Ahli Parlimen Semporna.

Anda nilailah sendiri Semporna di tahap mana yang pernah di Wakili oleh menteri Kanan Umno. Semasa punyai Jawatan pun kawasan nya mundur, kalau dah tak ada jawatan tak tahulah nak cakap apa. Seharusnya pemimpin yang sebegini tidak di berikan peluang untuk menjadi ahli kepada sesuatu masyarakat kerana ternyata apa yang telah dia buat di Parlimen Semporna tiada apa yang boleh di banggakan dan di agungkan oleh orang-orang Semporna.



No comments:

"Kalau Menang atas tiket pembangkang, nanti saya lumpat pigi Umno"

Hari ini saya terdengar beberapa urang Mantan Urang kuat UMNO Sabah dan kini sudah mengumumkan untuk menyertai Parti Pembangkang.  Pada ...