Thursday, 10 September 2015

Pembangkang Sabah hanya mampu jadi batu api dan tak mampu buat kerja

Walau dalam apa keadaan sekalipun UMNO Sabah sentiasa menyokong kepemimpinan tertinggi  Malaysia. Ini di buktikan dengan kesetiaan yang di tunjukkan kepada Perdana Menteri Yang ada kini iaitu Datuk Sri Najib Razak daripada DSP Musa Aman. 

Jika pembangkan ingin melebarkan atau pun menawan Sabah pada PRU 14 akan datang bermakna mereka sedang bermimpi di subuh hari kerana ianya hanyalah seperti angan-angan mat Jenin yang sentiasa berangan-angan dan terus berangan.

Setelah dua penggal pembangkang ada di Sabah apakah yang mereka lakukan untuk rakyat negeri Sabah, apakah pembangunan yang mereka sudah sediakan di Sabah. Setahu saya satu pondok Bas pun mereka tak mampu sediakan untuk rakyat di Kawasan yang mereka menangi.

Kewujudan pembangkang hanyalah ibarat pembatu api sesama rakyat yang ada di Sabah, sedangkan mereka tak mampu melakukan apa- apa kecuali janji dan terus berjanji.

Oleh yang demikian marilah kita rakan sesama penduduk Sabah bersatu hati dan terus menyokong kepemimpinan tertinggi negeri Sabah. Memang terdapat sedikit sedikit ketirisan tapi ianya dapat di atasi jika kita sentiasa bersatu padu dalam membangunkan negeri Sabah.

Maaflah Parti Pembangkang, bermimpilah kamu kerana kamu tidak mampu untuk menawan Sabah kecuali dalam mimpi.


No comments:

"Kalau Menang atas tiket pembangkang, nanti saya lumpat pigi Umno"

Hari ini saya terdengar beberapa urang Mantan Urang kuat UMNO Sabah dan kini sudah mengumumkan untuk menyertai Parti Pembangkang.  Pada ...