KUALA LUMPUR, 8 Sept – Setiausaha UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Sazali Kamilan berkata, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah masih tidak serik-serik mahu memfitnah kepimpinan UMNO berhubung pendedahan Xavier Andre Justo bahawa Ahli Parlimen Lembah Pantai itu sanggup membayar sebanyak RM2 juta untuk mendapatkan maklumat berhubung 1MDB yang telah dicuri oleh lelaki tersebut.
Menurutnya, mungkin Nurul Izzah sudah lupa dengan tindakannya memfitnah Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin di mana akhirnya Nurul terpaksa meminta maaf, apabila mahkamah memutuskan beliau bersalah kerana memfitnah Datuk Raja Nong Chik.
“Saya rasa beliau tidak serik dan tidak pernah mengambil iktibar di atas kesilapannya sebelum ini. Bagi saya, beliau juga merupakan pengkhianat negara apabila sanggup bersekongkol orang asing untuk menjatuhkan kepimpinan negara dengan cara yang keji seperti ini.
“Selama ini beliau cuba mempotretkan dirinya sebagai seorang yang seolah-olah maksum tidak melakukan sebarang kesalahan, tetapi dengan pendedahan ini cukup untuk membuktikan bahawa beliau tidak mempunyai intergriti apabila sanggup menawarkan wang berjuta ringgit untuk membeli dokumen yang diseludup oleh penjenayah itu,”tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Tindakan Nurul itu menurut beliau lagi seumpama pepatah Melayu yang berbunyi paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.
“Selama ini dia selalu mendakwa pemimpin UMNO tidak berintergriti dan sebagainya tetapi jelas dengan apa yang dilakukannya ini beliaulah sebenarnya yang tidak mempunyai intergriti dan sanggup membeli dokumen seludup untuk merosakkan imej negara dan menjatuhkan kepimpinan negara dengan cara yang tidak sah.
“Ini juga jelas memperlihatkan bahawa beliau adalah seorang yang tidak amanah, seorang yang bersifat munafik dalam kata-katanya dan juga seorang perasuah apabila sanggup menyogok seorang penjenayah untuk menghuru harakan politik negara,”ujarnya.
Justeru itu beliau juga menyeru agar rakyat di negara ini agar tidak mempercayai segala apa juga maklumat yang disalurkan melalui media sosial khususnya yang disebarkan oleh pihak pembangkang.
“Hari ini amat merbahaya jika kita menelan bulat-bulat segala maklumat yang tersebar di media sosial yang lebih banyak tidak betul daripada perkara yang sebenar. Ini adalah perang minda untuk mewujudkan persepsi negatif terhadap kepimpinan kerajaan khususnya terhadap kepimpinan UMNO dan BN.
“Inilah permainan pembangkang yang sentiasa memanipulasikan fakta-fakta yang benar serta menyebarkan fakta-fakta yang tidak sahih dan tidak benar semata-mata untuk mempengaruhi pemikiran rakyat di negara ini,”jelasnya.
Sebelum itu, Sazali bersama Mohd Nazri Abd Rahman, Ketua Pemuda Bahagian dan Tengku Zuhri Tengku Aziz, Naib Ketua Pemuda Bahagian dan Exco Pemuda UMNO Malaysia serta beberapa ahli UMNO Bahagian Lembah Pantai membuat laporan polis dan SPRM berhubung pendedahan akhbar media arus perdana berhubung kenyataan Xavier Justo bahawa Nurul Izzah telah menawarkan sebanyak RM 2 juta untuk membeli dokumen tersebut -MediaUMNO
No comments:
Post a Comment