Friday, 11 September 2015

Pilih PAS Atau DAP Tegas Ram Karpal Kepada Azmin

azminramkarpal
Mo,Kuala Lumpur ,10/9/2015 – Ahli Parlimen DAP meminta Menteri Besar Selangor, Azmin Ali menyatakan pendirian sama ada Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bekerjasama dengan PAS jika pakatan Pembangkang baru diwujudkan.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh berkata, Azmin perlu membuat pilihan sama ada bekerjasama dengan DAP atau PAS kerana hubungan kedua-dua parti itu tidak lagi sehaluan.
“Azmin perlu pilih untuk bekerja dengan yang mana satu pada masa akan datang, kerana tidak lagi realistik untuk pakatan antara DAP dengan PAS,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas berlaku ‘perang’ di media sosial antara Azmin dengan Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching berikutan kesediaan Azmin untuk bekerjsama dengan PAS.
Ramkarpal berkata, kenyataan Azmin itu tidak tepat kerana ketegangan dalam Pakatan Rakyat yang membawa kepada perpecahan pakatan rakyat berpunca daripada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata, tindakan Hadi bukan sahaja mencetuskan kontroversi dengan DAP tetapi juga dengan ahli-ahli partinya sendiri yang bertindak membentuk Parti Amanah Negara (PAN).- RakyatNews

No comments:

"Kalau Menang atas tiket pembangkang, nanti saya lumpat pigi Umno"

Hari ini saya terdengar beberapa urang Mantan Urang kuat UMNO Sabah dan kini sudah mengumumkan untuk menyertai Parti Pembangkang.  Pada ...