Secara
peribadinya saya merasa agak lucu bila membaca akan tulisan-tulisan yang di
buat oleh penyokong setia yang tidak seberapa itu terhadap DSSA yang banyak
tersiar di facebook dan sebagainya. Rata-rata memuji akan keberanian nya konon
untuk mengundurkan diri secara terhormat dari Umno yang pernah di sertainya
hampir 30 tahun.
Dari
seorang ahli biasa sehinggakan menjadi Naib Presiden Umno iaitu jawatan Paling
kanan dalam pertubuhan ini. Pernah menjawat pelbagai Jawatan di dalam kerajaan
Malaysia dan mempunyai pengalaman yang sangat banyak di dalam tata cara
pemerintahan Malaysia.
Baru-baru
ini beliau telah mengumumkan secara rasminya keluar dari Umno dan di saksikan
oleh ribuan yang kononnya adalah penyokong yang sangat tegar kepada DSSA dan
bersama-sama di majlis itu ialah beberapa orang pemimpin dan bekas pemimpin
yang sememangnya tiada jawatan ataupun sudah di buang dari parti yang sama-sama
menyokong akan pengunduran tersebut.
Di
dalam ucapannya, beliau menyatakan kekesalan kerana beliau di gantung tanpa
siasatan dilakukan terhadap dakwaan yang di buat terhadapnya. Setahu saya , jika di dalam sesebuah syarikat
jika seseorang memakukan kesalahan yang
belum di buktikan, syarikat tersebut akan menggantung sementara bagi memudahkan
siasatan dijalankan . Dan jika didapati tidak bersalah pekerja tersebut akan
dipanggil bekerja semula dan begitu juga jika di dapati bersalah maka tindakan
disiplin akan di ambil samada menurunkan pangkat ataupun memberhentikan pekerja
tersebut. Begitu juga dengan kes DSSA beliau di gantung sementara untuk memudahkan lembaga disiplin
parti menjalankan siasatan. Tak tahulah jika DSSA tahu akan kesalahan yang dia
sudah lakukan dan mengambil keputusan keluar sebelum lembaga disiplin parti
membuat siasatan dan keputusan.
Beliau
juga menimbulkan isu pembangunan yang tidak sekata diantara Bandar dan kawasan
luar Bandar di dalam ucapan nya. Untuk makluman DSSA telah menjawat pelbagai
jawatan di dalam UMNO dan di dalam kerajaan Malaysia. Jika anda pernah datang
ke Pekan Semporna, penilaian anda apakah sumbangan yang telah di buat oleh
beliau semasa menjadi Ahli Parlimen Semporna selama 25 tahun. Jalan sempit,
kemudahan asas dan kebersihan di semporna berada di tahap yang sangat memalukan
apa lagi Semporna sentiasa di kunjungi oleh pelancung dalam dan luar Negara.
Nasib saja Semporna memiliki pulau Sipadan yang diiktiraf salah satu yang
tercantik di dunia menyebabkan pelancung datang kalau tidak Semporna akan sunyi
dan kegiatan ekonomi penduduk setempat pastinya tidak akan berkembang.
Selama
hampir 25 tahun menjadi Ahli Parlimen semporna apalagi yang beliau sudah bawa
ke Semporna. Tidak dapat di nafikan sememangnya sesiapa yang rapat atau lebih
tepat di panggil kroni kepadanya sudah pastinya akan kaya mendadak kerana apa
yang dapat saya perhatikan ramai yang sudah jadi jutawan malahan mampu untuk
berkahwin bukan saja dua malahan ada yang tiga dan empat orang bini,
sememangnya ianya merupakan sunaah dan kalau mampu dari segi kewangan ianya
bukan lah satu kesalahan undang-undang. Tetapi adakah ini dinamakan pemimpin
yang adil? Kroni di bantu dan rakyat marhaien hanya di berikan dedak seperti
yang di ucapkan pada perjumpaan tersebut !!.
Masih
ramai yang masih memerlukan bantuan di Semporna, kenapa dalam 25 tahun memegang
kuasa mereka-mereka ini tidak di bantu dan kini setelah tak ada kuasa barulah
mahu membantu jika di berikan kuasa politik kelak? Teringat saya pada
perjumpaan tersebut ada beberapa orang tua yang mengharapkan ada pemberian duit
raya pada hari tersebut seperti yang sering dilakukan sebelum nya, mereka
datang dari jauh semata-mata ingin mendapatkan bantuan, bukan semata-mata mau
keluar Umno.
Apapun
inilah nilai yang ada kepada DSSA, inilah gaya kepemimpinan yang ada pada
beliau yang sentiasa mengutamakan kroni daripada orang ramai ataupun rakyat
marhaien. Lihat saja rakyat marhaien di Semporna dan lihat saja apa kemajuan
yang telah dia bawa keSemporna selama 25 tahun punyai kuasa.
Teringat
pepatah mengatakan, jika ingin melihat tahap kebersihan seseorang nilai saja
pada tandas rumah nya, dan jika ingin menilai tahap kepemimpinan dan kehebatan
seseorang dalam memimpin lihat saja kemajuan yang telah beliau bawa selama 25
tahun menjawat Jawatan sebagai Ahli Parlimen Semporna.
Anda
nilailah sendiri Semporna di tahap mana yang pernah di Wakili oleh menteri
Kanan Umno. Semasa punyai Jawatan pun kawasan nya mundur, kalau dah tak ada
jawatan tak tahulah nak cakap apa. Seharusnya pemimpin yang sebegini tidak di
berikan peluang untuk menjadi ahli kepada sesuatu masyarakat kerana ternyata
apa yang telah dia buat di Parlimen Semporna tiada apa yang boleh di banggakan
dan di agungkan oleh orang-orang Semporna.