Tuesday, 22 August 2017

"Kalau Menang atas tiket pembangkang, nanti saya lumpat pigi Umno"

Hari ini saya terdengar beberapa urang Mantan Urang kuat UMNO Sabah dan kini sudah mengumumkan untuk menyertai Parti Pembangkang. 

Pada perbualan itu yang bertembat di sebuah cafe hotel lima bintang di Ibu Negeri sabah mereka  yang terdiri dari lima orang sahabat berbincang akan pilihanraya DUN Sabah yang bakal menjelma tidak lama lagi. Sudah semestinya kelima-lima mereka ingin tercalon atas tiket parti pembangkang kerana mereka adalah penaja bagi Dun masing-masing.

Menurut dari perbualan mereka yang saya dengar kesemua mereka masih ragu-ragu kerana peratu \s menang yang saya dengar dari mereka hanyalah 65-35 iaitu 65 % BN bakal menang dan hanya 35 % hanya berpihak kepada mereka kerana BN masih menguasai di DUN yang mereka bakal bertanding.

Menurut salah seorang yang berbadan agal gempal dan berkulit agak cerak dia berkeyakinan untuk menang di atas faktor dia adalah mantan bekal pemimpin tertinggi di tempatnya dan mengenali hampir semua pengundi dengan penuh yakin di cakap tatap menang.

Apa yang mengelikan hati saya , disamping begitu bersemangat untuk bertanding, tiba-tiba pula ada yang bacakap, kalau kita manag bro, kita masuk saja Umno balik , tantu kita kanak terima kerana menang kerusi DUN.

Ha.ha.ha, rupanya ada yang masuk parti pembangkang dan bertanding di DUN  atas tiket pembangkang sudah barniat akan masuk Umno  dan menjual kerusi tersebut kepada UMNO.*********+)+_(&).

Belum menang, belum batanding dan belun tantu jadi Calon sudah ada niat mau lompat ka UMNO, kasian juga, rupanya UMNO sangat dimanati cuma ramai yang indak ada paluang utk jadi calon Umno dan ada yang ambil kaputusan ke parti pembangkang semata-mata untuk jadi calon. KAsian juga kan.

Kalau ramai lah bakal calon dan bakal YB yang sebegini alamat hancur lah perpaduan dan kemakmuran yg kerajaan Barisan Nasional bena selama ini, dan pada saya mereka-mereka yang sebegini harus di tolak mentah-mentah dan jangan di undi kerana tiada niat untuk membantu rakyat dan semuanya atas kepentingan peribadi saja. Matai pagundi kalau bagini jo

"Kalau Menang atas tiket pembangkang, nanti saya lumpat pigi Umno"

Hari ini saya terdengar beberapa urang Mantan Urang kuat UMNO Sabah dan kini sudah mengumumkan untuk menyertai Parti pembangkang.

Pada perbualan itu yang bertembat di sebuah cafe hotel lima bintang di Ibu Negeri sabah mereka  yang terdiri dari lima orang sahabat berbincang akan pilihanraya DUN Sabah yang bakal menjelma tidak lama lagi. Sudah semestinya kelima-lima mereka ingin tercalon atas tiket parti pembangkang kerana mereka adalah penaja bagi Dun masing-masing.

Menurut dari perbualan mereka yang saya dengar kesemua mereka masih ragu-ragu kerana peratu \s menang yang saya dengar dari mereka hanyalah 65-35 iaitu 65 % BN bakal menang dan hanya 35 % hanya berpihak kepada mereka kerana BN masih menguasai di DUN yang mereka bakal bertanding.

Menurut salah seorang yang berbadan agal gempal dan berkulit agak cerak dia berkeyakinan untuk menang di atas faktor dia adalah mantan bekal pemimpin tertinggi di tempatnya dan mengenali hampir semua pengundi dengan penuh yakin di cakap tatap menang.

Apa yang mengelikan hati saya , disamping begitu bersemangat untuk bertanding, tiba-tiba pula ada yang bacakap, kalau kita manag bro, kita masuk saja Umno balik , tantu kita kanak terima kerana menang kerusi DUN.

Ha.ha.ha, rupanya ada yang masuk parti pembangkang dan bertanding di DUN  atas tiket pembangkang sudah barniat akan masuk Umno  dan menjual kerusi tersebut kepada UMNO.*********+)+_(&).

Belum menang, belum batanding dan belun tantu jadi Calon sudah ada niat mau lompat ka UMNO, kasian juga, rupanya UMNO sangat dimanati cuma ramai yang indak ada paluang utk jadi calon Umno dan ada yang ambil kaputusan ke parti pembangkang semata-mata untuk jadi calon. KAsian juga kan.

Kalau ramai lah bakal calon dan bakal YB yang sebegini alamat hancur lah perpaduan dan kemakmuran yg kerajaan Barisan Nasional bena selama ini, dan pada saya mereka-mereka yang sebegini harus di tolak mentah-mentah dan jangan di undi kerana tiada niat untuk membantu rakyat dan semuanya atas kepentingan peribadi saja. Matai pagundi kalau bagini jo

Monday, 12 June 2017

Sabah NEGERI PERTAMA MEMILIKI syarikat pemain utama dalam Industri Carigali & Pengeluaran Minyak (E&P) di Malaysia.




Sarawak memang lebih dahulu menemukan telaga minyaknya, TAPI BUKAN DALAM HAL PENUBUHAN SYARIKAT E&P SENDIRI.

Sebaliknya Sabah merupakan NEGERI PERTAMA yang MEMILIKI syarikat pemain utama dalam Industri Carigali & Pengeluaran Minyak (E&P) di Malaysia.

Semuanya hasil KESEPAKATAN yang jitu antara Kerajaan Negeri di bawah YAB DSP Musa Hj Aman, dengan Kerajaan Persekutuan pimpinan YAB DS Mohd Najib Tun Hj Abd Razak.

So, kepada pembangkang yang TER-over excited tu, maaf diucapkan. Cuba lagi tahun depan, dan silalah cari modal lain yang berasingan... Heheh!

Saturday, 13 May 2017

KEPROFESIONALAN MARA MENGURUS ISU SANGAT LEMAH DI MATA UMUM



Baru2 ini pihak MARA telah memanggil TS Anuar Musa untuk mendengar penjelasan beliau. Itupun MARA memanggilnya dalam jarak tempoh yang agak lama selepas Datuk Yaakob mengadakan sidang media menggantung jawatan TS Anuar sebagai Pengerusi MARA.

Dari situ sahaja rakyat melihat motif itu bersifat politik. TS Anuar sgt gentleman, dia datang mengadap MARA, tetapi sy mendapat tahu kedatangan TS Anuar tidak digunakan sebaiknya untuk menyelesaikan masalah. Pihak MARA lebih banyak berdiam diri.

Dalam pada itu, saya melihat TS Anuar konsisten dalam tindakan dan percakapannya. Dia tidak berubah-ubah.

Dari luar, saya dan ramai rakyat melihat MARA tidak jujur dalam kes TS Anuar Musa. Saya mendapat tahu pegawai MARA yang mahu menjawab isu2 MARA kepada rakyat telah dihalang oleh pihak tertentu dalam MARA. Saya telah mendapat 3 salinan surat daripada pegawai tersebut dan ternyata ianya penjelasan yang sangat baik.

Saya mendapati motif tuduhan ke atas TS Anuar tidak jelas dan berbau politik. Apabila TS Anuar minta dibuat forensic account ke atas MARA anda tidak mahu. Kelihatan MARA berusaha untuk melibatkan TS Anuar supaya dibuktikan bersalah. Sedangkan penjelasan sudah diberikan, TRW dan TRW Berhad adalah tidak sama, RM200,000 dan bukannya RM600,000, bukannya keputusan Lembaga Pengarah tetapi secara pentadbiran menggunakan bajet komersial CSR bukannya Dana Tabung Pendidikan MARA, yang terlibat hanya PMB sebuah badan pelaburan MARA Berhad bukannya batang tubuh MARA.

Saya dah lama fed-up dengan MARA sebenarnya. Anda boleh lihat orang-orang politik MARA yang bermewah-mewah di Australia berkereta besar yang tidakk mereka mampu membelinya, anda boleh lihat pelajar2 MARA di oversea dikontang-kanting dibiarkan tanpa bantuan semasa berdepan masalah, tidak dimonitor, MARA kelihatan malas mungkin kerana satu dua orang sahaja pegawai MARA menjaga satu negara itu. Perkara2 seperti ini patut dilihat, bukannya byk berpolitik!

Sekarang kelihatan MARA nampak byk berpolitik, TS Anuar sudah dipanggil tetapi MARA membiarkan masa berlalu nampak MARA seolah mereka buat bodoh. Adakah MARA fikir rakyat buat make do no dan tidak melihat isu ini?

Saya tidak nampak TS Anuar melakukan kesalahan. Saya nampak DS Shafie Apdal, Datuk Lan Ilani yang bermewah-mewah di luar negara mengguna Wang MARA yang bersalah tetapi MARA tidak pula ambil tindakan? Adakah kerana Datuk Yaakob, Datuk Lan Ilani dan Datuk Shafie satu negeri maka mereka diamkannya!

Saya melihat MARA yang menyiasat TS Anuar tidak ikhlas dan hanya bertujuan memalukan TS Anuar.

Cikgu Jon. KK

Thursday, 11 May 2017

SURAT TERBUKA KEPADA TUN DR MAHATHIR: “SOMETHING HE CAN’T VOUCH”


Mahathir Mohammad: Something He can’t Vouch
The Malay should take a measure of precaution, the DAP will be stronger than ever after Tun Mahathir made a rebuttal that the DAP is not a Chinese chauvinist political party, but the MCA is.
In his blog, Che Det.com., Mahathir says; It is quite strange that the Malays are readily accepted the MCA in which its membership consists of 100% Chinese and obviously having close ties with the Communist Party of China.
He said, at one time, the MCA demanded the government to create a second Deputy Prime Minister post for the MCA member which was not an issue to the Malay.
Mahathir claimed that the DAP, unlike the MCA, open its memberships to all races, Its membership comprises of different races, therefore it is not a Chinese chauvinist party as claimed by many of its opponents.
There is some truth in his argument, but in the context of Malaysian politics, Mahathir’s reasoning has still remained doubtful.
The UMNO and the MCA were born together in the thick of political darkness. After Malaya gained Independence both parties compromised to stand by the constitution and uphold the reign of the Malay ruler. The request of the second deputy prime minister after so long serving the country is not a big issue. The MCA can ask anything as long as it doesn’t touch the sensitivity of race and Malay belief system.
The MCA has a relationship with the defunct Moa’s regime is immaterial.  The people Republic of China had changed its political course during the reign of Deng Zio Peng. The China open economic policy becomes a stage for the global market. And the country is not anymore a threat to Malaysia. Along similar lines, the same goes to the DAP, the Chief Minister of Penang is said to have a relationship with the Israel.
The truth is, no one will deny that the MCA leaders had teamed up their effort during the country’s economic downturn, all leaders were putting all of their energy to ensure that the citizenry were not in abject poverty. That’s what history has shown us. The MCA obeyed the constitution, compromised by agreeing with the Malay on increasing Malay economic quota up to 30%. The Malay has been coming along so well, in education, economy and other social importance and religious matter without harboring a feeling of hatred towards UMNO.
The MCA seems well adopted and has honored the constitution and lived on under the Malay premiership. MCA’s social conservative ideology is in line with the UMNO in which both are maintaining their principle to protect their interest within the realm of compromise. Never in a million year, the MCA will sabotage the government for not full-filling their request.
Perhaps, Mahathir would agree to this. The word asking or requesting and demanding are two distinctive words, Asking denotes someone is more polite asking a favor, expecting approval or disapproval, this relationship only occurs in the MCA/UMNO. And the word ‘demanding’ means that the person is trying to get something by force. Protest, street demonstration is a form of demanding over one’s dissatisfaction which is not always congruent with the rulers and normally it will yield political tension. The participation of the DAP and other opposition parties in the Bersih’s demonstration proves that the DAP’s behavior is outside the norm of compromise.
For a generation the concept of Malay rights has been chiseled in the Malay psyche. The UMNO political rival is the DAP. Liberal democracy or secularism is the number one enemy of the Malays and Islam because the concept will unplug the privileges that are enjoyed by the Malay at all levels. And Islam will be banished.
In reminiscence of the 1969 general election, the Malays are still blaming the DAP for igniting racial sentiment during a political campaign in the 69 general election against the federal government.
The concept of Malay right  that had been operating  in Malaysia since Independence had been disputed. The DAP campaigned against Bumiputra privileges outlined by article 153 of the constitution, made major gains in the election and this had haunted the minds of Malaysians.
The establishment of the DAP is not at all based on the agreement of race. But it existed only to advance the liberal democratic concept as to disseminate the concept of equal society due to privileges given to the Malays.
The DAP is said to be inspired by the PAP style of government, which is historically is hated by the Malay organization. It was led by Devan Nair and several others who at one time were the PAP members who inspired to establish a political mood of Singapore in Malaysia. Yet the party registration was rejected by ROS. Only after the name of the new party changed its name to the DAP and Devan Nair was the Secretary General of the party.
Looking back at the political history of the establishment of the DAP during Tunku, and  the political crisis between the PAP led by  Lee Kuan Yew with Perikatan – it is scary. The crisis was bogged down to racial and political ideology.
Even though we have not seen the same precedent in today’s DAP political approach, but suffice to say that the ideology of social democratic and secularism is a big threat to UMNO and the Malay people in general. We could also say, the DAP must have been successful to some extent shipping their ideology into the Malay mind. Apparently, up until today the political orientation of the DAP remains the same.
The Malay perceived the Singapore’s model of government is DAP’s choice, How will it run the country?  Hypothetically, the Malay rights and the power of the King and Sultan will be deleted. And Malaysia will be a republic just like Singapore.
Mahathir understood well the process of politics in Malaysia. He is well informed that what will happen if the DAP is in power and the democratic social secularist system is being exercised in Malaysia- the pride of Malay religion-Islam and Malay special privileges will be deleted.
As to convince that the Malay privileges would stay, he poses quantitative measure, stating that it would be impossible for Lim Kit Siang to be the prime Minister if the Pakatan Harapan win the election. The DAP has lesser seats than its member of constituent shares.
Again Mahathir’s rationalizes, even though if the pack win the election, it is not been feasible that the king, the sultan and the article 153 in the constitution will be abolished.  The DAP has lesser power over another member of the constituent. Since the Malay member of the component is bigger in number compared to the DAP than the Malay  party  would solve most of the policies regarding the Malay interest.
The mathematical level of thought is not the only determinant factor that can be accepted as true in all given of the state of political business. Quantitative measures such as value and beliefs can give great effects in such a given situation.
Even though, the Malay is dominant in the pack, dominant in the number of seats,  but could it be possible the contradictory values they have might not consolidate the value and beliefs that each individual has.
Liberal and secular mind is not in the scruples of an individual so called Muslim. The Pakatan Harapan consists of Malay party members whose Malay values  and Islam is stronger in their heart mostly those defunct UMNO and PAS members. They hate UMNO but not their religion and their identity.
Ironically, All parties agree to place the past behind them pretending that each of them can be equally safe as non Muslim. And yet in the public, they speak on the importance of race and religion and the words of promise are vibrating through their lips calling to vote them.
Compromise is the foundation of the liberal concept and the UMNO practices without sacrificing its belief system and values. In the Pakatan Harapan, will the member of the party is willing to compromise on its political principle in order to stay united? Does the member agree to  compromise in renewing the constitution for the purpose of obtaining the equal status and share among races?
No magic – the party, the DAP that has long been stigmatized  as a Chinese chauvinist party is being readily accepted by the Malays. Malays and Muslims in particular, whose bias ingrained in the wit for years might change their position overnight. Mahathir is asking the  Malay voters to take a chance on something he can’t vouch. (Putrajaya Insider)
http://merdeka-online.com/home/surat-terbuka-kepada-tun-dr-mahathir-something-he-cant-vouch/

Tiada Komen L

Monday, 3 April 2017

[Video] Kisah Benar Di Sebalik Pembunuhan Karektor Tan Sri Annuar Musa Oleh MARA




Kami telah bertemu ramai tokoh. Salah satu sebabnya adalah kami mahu mendengar sendiri dari mulut tuan punya diri apa sebenarnya yang berlaku dan kenapa berlaku? Semalam kami bertemu sendiri dengan Tan Sri Annuar Musa (TSAM). Sebelum ini kami tidak pernah bertemu, beliau mungkin pernah membaca rencana saya di dada akhbar, tetapi saya tidak pernah menemui beliau 4 mata. Dalam pertemuan semalam, kami bertanya bermacam-macam. Saya mahu kongsikan dengan anda.
Pertama, saya mendapati orang ramai banyak tertipu oleh cerita dalam internet, dan tidak menerima info details. Sebab itu juga saya mahu membantu orang ramai memberitahu perkara yang saya temui ini. Sama seperti isu Aramco melabur di Pengerang, sebenarnya Aramco tidak melabur di keseluruhan projek Pengerang pun, tetapi satu bahagian sahaja daripada banyak bahagian lain. (Rujuk penerangan Datuk Rahman Dahlan di parlimen yang diterima oleh wakil-wakil rakyat DAP juga).
Kedua, penggunaan ayat ‘MARA di bawah TSAM terlibat meluluskan tajaan kepada The Red Warrior. Sdn Bhd. adalah tidak tepat’. Ia satu tipu helah terancang. Tahukah anda, sehingga ke hari ini TSAM tidak pernah dipanggil untuk memberi penjelasan. Kesilapan besar Audit Dalaman MARA ialah menyamakan TWR seperti yang dinyatakan dalam kertas yang meluluskan tajaan itu, yang sebenarnya merujuk kepada nama timangan pasukan negeri dan bukan nama syarikat.
Sebenarnya hal permohonan tajaan oleh syarikat milik KAFA iaitu TRW Sdn Bhd diluluskan secara pentadbiran bukan diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah MARA. Paling mengejutkan ialah kelulusan itu tidak dimaklumkan kepada TSAM pun semasa mereka tandatangan kontrak itu 4 bulan selepas bajet pemasaran meluluskannya untuk bajet 2016. Tetapi Audit Dalaman melapor kononnya TSAM terlibat meluluskan tajaan kepada syarikat berkenaan. Fakta seperti ini pembaca tidak ketahui. Saya mendapati TSAM dimangsakan secara tidak adil.
Datuk Dr Yusof Yaacob
Ketiga, keputusan menggantung TSAM juga tidak dilaksanakan walaupun pengerusi mesyuarat, Datuk Dr Yusof Yaacob telah mengumumkan penggantungan. Sebaliknya TSAM menerima surat dari YB Menteri KKLW lebih dari seminggu kemudian tetapi isu surat itu hanya memaklumkan TSAM hanya “direhatkan” dari tugas rasmi sehingga ke tarikh yang akan diberitahu. Ianya dibuat di bawah kuasa Menteri dan bukannya kuasa Ahli Majlis MARA. Isunya, kenapa ada dua perbezaan tindakan? Kenapa keputusan kelihatan caca-merba dan tidak proper?
MAXIMUM DAMAGE
Sebelum keputusan Menteri KKLW, ahli Majlis MARA telah mengumum di depan media bahawa SPRM telah bertindak pada hari yang sama keputusan mesyuarat menggantung TSAM! Perkara ini sangat pelik, kerana orang ramai akan bertanya kenapa ahli Majlis MARA dan SPRM bertindak serentak! Ianya adalah satu perancangan jelas untuk menamatkan karier politik dan bolasepak TSAM secara gelojoh dan kelam-kabut.
Saya bertanya TSAM adakah beliau ada bertemu PM untuk menjelaskan isu ini. Saya sangat terkejut kerana TSAM tidak terkinja-kinja mencari PM, sebaliknya TSAM hanya bertemu PM selepas lebih sebulan isu tersebut meletup, itu pun kebetulan ada mesyuarat BN di Seri Perdana.
Dalam pertemuan itu, TSAM sangat terkejut apabila diberitahu ada pihak tertentu menyampaikan pelbagai info kepada PM kononnya TSAM melakukan bermacam salahlaku dalam MARA seperti mengubah minit mesyuarat majlis, memanipulasi laporan penilaian tanah dan sebagainya. Malangnya tuduhan itu tidak dibuktikan.

INTEGRITI
Ramai tidak mengetahui bahawa mesyuarat khas untuk menggantung TSAM telah dirancang awal berikutan satu krisis dalaman yang berlarutan sejak beberapa bulan sebelumnya. Dua minggu sebelum itu, TSAM sudah pun diugut. Ianya berkisar sekitar masalah kuasa dan kepentingan pihak tertentu dalam MARA. Ada yang merasakan TSAM cuba menjadi lebih besar dari Menteri dan mereka merasakan TSAM penghalang kepada beberapa rancangan mereka.
Ini berkaitan ketegasan TSAM tidak bekerjasama dalam cadangan projek pembelian aset dan cadangan penstrukturan MARA oleh pihak tertentu. Situasi ini diambil peluang oleh ahli Majlis tertentu yang kecewa kerana hajat mereka terhalang dengan ketegasan TSAM. Mereka menuduh TSAM tidak mendengar arahan Menteri  dan membelakangkan Menteri.
Hal ini menjadi semakin ketara setelah TSAM melakukan rombakan beberapa jawatankuasa Majlis pada akhir tahun 2016 di mana ahli Majlis terpaksa ditukarkan tugas dari satu Jawatankuasa ke Jawatankuasa lain. Ini turut melibatkan ahli Majlis tertentu dan beliau membuat aduan kepada Menteri. Setiausaha Majlis memberitahu TSAM mengenai ketidakpuasan hati ahli Majlis tertentu. Sejak dari itu itulah ahli Majlis berkenaan melakukan pelbagai tuduhan untuk membuang TSAM sebagai Pengerusi MARA.
Pada bulan Januari 2017, berlaku kebocoran dokumen dalaman MARA mengenai tajaan pasukan bolasepak oleh sebuah anak syarkat MARA dalam satu posting di Facebook HS. Posting itu bersifat fitnah, tetapi ahli Majlis berkenaan sanat gembira dan dalam group whatsapp ahli Majlis MARA di mana beliau mempertikaikan beberapa perkara walaupun penjelasan diberikan oleh TSAM sendiri.
TSAM memutuskan untuk memanggil mesyuarat khas ahli Majlis pada 17/1/17 bagi membolehkan penjelasan dibuat. Malangnya semua mereka memberi alasan sibuk dan tidak dapat hadir. Seterusnya TSAM memberikan 3 tarikh lain, itu juga mereka tidak diendahkan.
Pada 21/2/17, TSAM menerima ugutan dalam group whatsapp ahli Majlis MARA bahawa ahli Majlis tertentu mahu menulis surat kepada PM dan Menteri supaya TSAM disiasat berkaitan isu tajaan pasukan bolasepak Kelantan. Hingga saat ini TSAM tidak pernah dipanggil untuk memberi sebarang penjelasan sama ada oleh Majlis MARA atau Audit Dalaman MARA. Sebaliknya TSAM terus dihukum secara pentadbiran berdasarkan persepsi dan publisiti buruk oleh media yang telah dirancang.
Ramai tidak pun mengetahui punca krisis dalaman MARA adalah dari keengganan TSAM memberi kerjasama kepada perancangan beberapa individu tertentu terutama mereka yang berhasrat menggunakan kedudukan mereka untuk memperkayakan diri menerusi MARA.
TANAH
Bermula dengan isu memajukan sebidang tanah milik MARA di Jalan Conlay di segi tiga emas KL dengan GDV hampir RM2 Bilion. Kedua, isu cadangan membeli tanah di Bangi. Ketiga, isu meroboh dan memajukan semula Plaza Anggerik Mall hampir RM800 juta di atas tanah MARA di Shah Alam yang turut melibatkan ahli Majlis tertentu.
Beberapa kali TSAM menegurnya dalam mesyuarat Majlis. Beliau juga beberapa kali menemui TSAM dengan menjual nama pihak atasan untuk meyakinkan TSAM supaya menyegerakan kelulusan namun TSAM tetap dengan Ketegasan bahawa segala-galanya wajib mengikut prosedur dan peraturan MARA dan mesti dikendalikan secara berintegriti dengan mendahulukan kepentingan MARA.
Setelah jelas keterlibatan ahli Majlis tertentu dalam perniagaan peribadi melibatkan MARA serta beberapa percubaan mengatur projek dgn membelakangkan Majlis, maka TSAM merasakan rombakan JK Majlis MARA yang dilakukan akhir tahun lalu sebagai satu langkah wajar walaupun menimbulkan kekecewaan yang amat sangat kepada pihak tertentu dan menjadi punca ketidakpuasan hati kerana menghalang rancangan yang diatur olehnya. Kepada TSAM, integriti MARA lebih penting dari terus membiarkan MARA menjadi tunggangan untuk memperkayakan mana-mana individu.
Selain itu, TSAM juga kurang bersetuju dengan syor memindahkan aset MARA kepada MARA Corporation dan percubaan melibatkan nama PM dan Menteri dalam struktur baru syarikat induk (holding company). TSAM tidak bersetuju dan TSAM mahu ia dikaji dengan mendalam!
TSAM menegaskan sepanjang hampir 4 tahun di MARA, TSAM tidak pernah dan tidak akan berkompromi soal integriti dan amanah rakyat walaupun TSAM cuba difitnah dan isingkirkan dengan pelbagai cara. Berulang kali soal integriti TSAM sebut dalam Mesyuarat Majlis. Beberapa kali TSAM mengingatkan dengan menggunakan istilah “serigala yang cuba mengambil kesempatan” dari agensi kerajaan secara tamak haloba dengan memperalatkan orang dalam.
Sebagai contoh, dalam isu pembelian aset di Australia, adalah jelas adanya kelemahan berpunca dari dalaman MARA. Oleh sebab itulah, TSAM dan Majlis membuat keputusan supaya susulan kepada laporan Audit Dalam dibuat MARA perlu melantik pihak Auditor luar dan bebas, Price Waterhouse Cooper untuk melakukan audit lebih detail termasuk audit forensik jika perlu supaya MARA mendapat maklumat dan pandangan yang tepat untuk mengatasi kelemahannya. Malangnya, hingga hari ini keputusan itu tidak dilaksanakan.
Kegagalan melaksanakan tadbir urus yang baik bukan saja dilihat dari urusan pembelian aset luar negara, tapi banyak projek dalam negara yang gagal dilaksanakan dengan sempurna termasuk usaha memajukan tanah MARA di Jalan Semarak, tanah Jalan Chan Sow Lin, tanah di Kota Kinabalu yang semuanya telah melebihi 5 tahun dan gagal disiapkan. Beberapa projek pembinaan MRSM dan IPMA telah bertahun-tahun tergendala dengan kos semakin berganda seolah menjadi satu perkara biasa.
Terkini, fasa awal pembangunan Asia Aerospace City di Subang dengan kos ratusan juta ringgit mejadi projek gajah putih. TSAM telah menegur berkali-kali hal ini tetapi tidak disenangi. Punca utama adalah kerana kepentingan pihak tertentu dilayani dan ia melibatkan orang dalam. Justeru di era TSAM, TSAM mengambil sikap untuk lebih teliti dan bertekad tidak membiarkan amalan lama ini berterusan.
TENDER
Malangnya dalam MARA, Pengerusi MARA dan Majlis tiada sebarang kuasa dalam JK tender dan perolehan di mana JK tender A dipengerusikan oleh KSU dan JK tender B oleh Ketua Pengarah. Sepanjang hampir 4 tahun TSAM menjadi pengerusi dan ahli Majlis MARA, TSAM tidak terlibat dengan sebarang tender atau perolehan malah tidak pernah dimaklumkan tentang apa pun keputusan JK tender sama ada JK tender A atau JK tender B.
Namun kedengaran rungutan dan dakwaan campurtangan pegawai tertentu dalam urusan tender dan pernah juga berlaku keputusan tender dibaiki selepas keputusan di buat. Pernah wujud semacam kartel di mana orang yang sama membolot beberapa tender dengan mengguna nama syarikat berlainan. Semua ini telah TSAM tegur secara terbuka beberapa kali termasuk dalam mesyuarat Majlis.
Pengerusi MARA secara individu tiada sebarang kuasa. Punca kuasa hanyalah Majlis MARA yang TSAM pengerusikan seperti termaktub dengan jelas dalam akta MARA. Kuasa Majlis pula ada yang bersifat mutlak dan ada yang bersifat tertakluk pada kuasa menteri dan menteri kewangan. Ini juga perlu dihormati. MARA perlu diurus oleh Majlis dan bukan semua perkara harus di micro managed oleh individu atau kementerian. Perkara ini sering menimbulkan konflik soal kuasa terutama bila terpaksa menangguh atau memperbetulkan arahan bagi mempastikan peraturan diikuti.
 
UEC
Hal UEC juga ramai orang tidak jelas apa yang dinyatakan oleh TSAM. Pendirian TSAM mengenai UNIKL dan UEC adalah jelas. Dasar kerajaan membenarkan IPT Swasta dan Kolej Perguruan Swasta menerima sijil UEC dipertahankan. UNIKL harus menerima kemasukan pelbagai sijil lulusan dalam dan luar negara. UNIKL perlu bersifat multiracial dan global in nature. Ia tidak membabitkan atau menjejaskan exclusivity tajaan MARA untuk pelajar Melayu dan bumiputera di UNIKL.
Sebagai bekas Menteri KKLWB dan bekas pegawai kanan badan berkanun, Pengerusi Fama, Kada dan Mara, TSAM sangat memahami peraturan peraturan ini. Justeru ketegasan TSAM dalam perkara tertentu bukan sengaja diada-adakan untuk ingkar atau mahu menjadi lebih besar dari sesiapa tetapi sebagai seorang pemimpin parti TSAM bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas secara beramanah dan berprinsip. Agensi yang diamanahkan tidak boleh menjadi tempat memperkayakan diri sendiri atau sebagai loncatan politik peribadi.
Justeru apabila timbul syor dengan alasan ingin menjaga integriti atau untuk menjaga keyakinan rakyat terhadap MARA, TSAM tidak teragak-agak menyokongnya dan berharap ianya sesuatu bersifat bona fide Iaitu berniat jujur dan bukan secara terpilih. TSAM gembira apabila benchmark integriti MARA diangkat ke satu tahap yang lebih tinggi di mana tuduhan yang viral di media sosial sekalipun harus membawa ke penggantungan tugas serta merta sebelum siasatan dalaman dilakukan.
Difahamkan dengan merehatkan TSAM, kini sedang giat dibuat beberapa keputusan yang selama ini terhalang oleh TSAM. Pengerusi sementara dilantik dalam keadaan TSAM masih lagi pengerusi. TSAM mengikuti setiap perkembangan dalam MARA.
Sehubungan dengan itu TSAM merasakan siasatan dalaman perlu terus dilakukan atas percubaan melibatkan diri oleh mana-mana pihak di MARA dalam perniagaan yang berkaitan dengan MARA.
Begitu juga ahli Majlis yang ada kepentingan perniagaan dengan MARA harus mengistiharkannya dan eloklah berundur dari menjadi ahli Majlis MARA.
Contohnya sisatan perlu dilakukan kenapa soal tajaan pelajar UNIKL/IPMA masih lewat hingga setahun sedangkan majlis MARA sudah membuat arahan dan keputusan mengenainya berkali-kali termasuk untuk menggunakan pinjaman dari dana endowment sebanyak RM500 juta supaya masalah pelajar segera diatasi.
Siasatan dalaman juga harus dilakukan kepada projek yang kelewatan dan bermasalah.
Begitu juga siasatan tentang kenapa keputusan majlis supaya ada external and independent auditor dilantik berkaitan pembelian aset luar negara  tapi tidak di laksanakan. Campurtangan dalam urusan tender jika benar berlaku mesti dihentikan.
Perbelanjaan ratusan juta untuk Asia Aerospace City yang kini tidak berfungsi terutama pembinaan hanger pesawat yang tidak dapat digunakan perlu di audit, perlaksanaan AEC seterusnya perlu kajian viabiliti yang terperinci, supaya projek dilaksanakan bukan untuk memenuhi kepentingan kontraktor yang mendapat projek tapi benar-benar satu keperluan menyempurnakan peranan MARA sebagai sebuah agensi amanah, khususnya memajukan kaum bumiputera.
Sebab itu isu tajaan pasukan bolasepak yang dilakukan berdasarkan pertimbangan komersil menurut peraturan serta menggunakan bajet branding dan marketing sedia ada, tapi sebaliknya TSAM dituduh memaksa  menggunakan dana penajaan pelajar MARA, ianya ternyata satu fitnah.
TSAM tidak pun terlibat dalam meluluskan tajaan tersebut yang dibuat berasaskan merit dan pertimbangan komersial yang diurus secara pentadbiran saja. Dana pelajaran langsung tidak terlibat.
TSAM berharap integriti MARA terus menjadi agenda utama dan amalan menjadikan mara umpama pusat skim cepat kaya ditamatkan. Amalan menggunakan MARA untuk politik peribadi semata-mata juga harus diberhentikan oleh semua pihak. Peranan asas MARA mesti diutamakan, prestasi serta kepentingan agenda penubuhannya.
Pendirian TSAM dalam menjalankan tugas sebagai Pengerusi MARA mungkin tidak disenangi pihak tertentu namun TSAM tetap memastikan soal integriti dan amanah tetap menjadi perkara yang tidak dikompromikan sama sekali walau apa pun tekanan cuba dikenakan terhadap TSAM.
Parlimen diberitahu SPRM sudah selesai menyiasat kes TSAM. Parlimen juga diberitahu pihak yang membuat tuduhan tidak perlu dipanggil. TSAM berserah sepenuhnya kepada pihak penyiasat, TSAM tiada apa yang mahu disembunyikan.
Urusan bolasepak hanyalah urusan sukarela TSAM tanpa sebarang kepentingan peribadi. Paling penting, TSAM tidak terlibat dalam meluluskan tajaan tajaan tersebut. (J)
TAMAT.

Sumber : disini



Saturday, 18 March 2017

PENGIKTIRAFAN UNIFIED EXAMINATION CERTIFICATE (UEC) DAN IMPLIKASINYA TERHADAP NEGARA



Hanya gambar hiasan

UEC, Resolusi dan Undi kaum Cina

Apabila bahang pilihanraya ke-14 (PRU14) semakin terasa, suara-suara desakan  menggesa Kerajaan mengiktiraf UEC mula saling bersahutan. Platform tuntutan ini sudah boleh dijangka. Seperti diduga, resolusi Mesyuarat Agung setiap pertubuhan dan persatuan yang berasaskan kaum Cina iaitu daripada Dewan Perniagaan Cina, persatuan yang mewakili setiap jenis perniagaan kaum Cina dan parti politik yang didominasi oleh kaum Cina secara konsistennya menuntut Kerajaan mengiktiraf UEC. Resolusi tersebut hanyalah untuk menunjukkan solidariti kaum Cina yang bertujuan memberi isyarat tersirat kepada Kerajaan. Pihak yang menjadi juara dalam tuntutan ini sudah pastinya daripada pertubuhan pendesak kaum Cina iaitu Dong Zong yang kini kononnya lebih mesra BN.

Umum mengetahui Dong Zong adalah seperti tekong perahu yang menentukan kecenderungan sokongan kaum Cina dalam sesuatu pilihanraya. Tidaklah menjadi sesuatu yang menghairankan apabila undi kaum Cina dilihat seperti mempunyai kesepakatan. Dong Zong melalui puluhan persatuan malah ribuan ahli daripada gabungan persatuan tersebut mampu dikatakan mampu mencorakkan keputusan pilihanraya. Mereka juga menjadikan keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak sebagai testimoni. Cuma apa yang pelik sejak akhir-akhir ini, ahli politik berpengaruh daripada UMNO sendiri menyatakan sokongan secara terbuka terhadap pengiktirafan UEC.

Sukar difahami adakah mereka ini tidak sedar akan kesan akibat sekiranya tuntutan tersebut ditunaikan? Isu tentang pengiktirafan UEC malah hal-hal berkaitan dengan pendidikan Cina di negara ini telah dibahaskan sejak sekian lama. Ahli Parlimen veteran dalam kalangan parti Kerajaan dan pembangkang pasti lebih memahami isu ini jika mereka mengikuti perbahasan Rang Undang-Undang Pendidikan 1995 dahulu. Oleh itu, apakah sebenarnya UEC ini sehingga lebih empat dekad isu dan tuntutan yang sama terus hidup tanpa kesudahannya?

Gabungan Persatuan Dong Jiao Zong menganugerahkan UEC

Pensijilan adalah anugerah dari satu peperiksaan yang dijalankan bagi menguji mata pelajaran tertentu yang diajar dalam sesuatu sistem pendidikan. Oleh itu, pengiktirafan sesuatu sijil pada dasarnya perlu melihat kepada kurikulum yang diajar, cakupannya, kualiti tenaga pengajar dan pelbagai aspek lain yang perlu dilihat dari segi teknikalnya. Sebenarnya UEC hanyalah output daripada sistem pendidikan Cina yang dijalankan di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC). Dalam hal ini adalah sesuatu yang menjadi tanda tanya apabila Dong Zong mahupun Jiao Zong tidak pernah walaupun sekali menuntut dengan jelas kepada Kerajaan supaya sistem pendidikan yang dijalankan di SMPC diiktiraf sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan. Sebaliknya, tuntutan dan desakan mereka hanya tertumpu kepada pengiktirafan UEC sahaja. Strategi pendokong pendidikan Cina berjaya memesongkan pandangan masyarakat umum tentang perkara pokok sebenarnya.

Tahukah anda SMPC menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar utama dan dengan sengaja menafikan peruntukan perlembagaan yang menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan? Adakah masyarakat umum juga menyedari bahawa SMPC yang berjumlah 60 buah di seluruh Malaysia dari mula beroperasi hingga kini melaksanakan kurikulum yang dibina sendiri oleh Dong Zong? Sedangkan Dong Zong sendiri tidak mempunyai mandat mahupun diperuntukkan sebarang kuasa melalui peruntukan perundangan yang membolehkannya melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Seringkali Dong Zong berhujah bagi mendapatkan simpati masyarakat dengan mengatakan Kerajaan mengamalkan double standard terhadap UEC. Status UEC digambarkan sebagai sama kedudukannya dengan IGCSE,  ‘A’ Level, ‘O’ Level dan International Baccalaureate (IB). Faktanya ialah kesemua peperiksaan luar negara tersebut dikendali dan dikawal selia oleh badan yang berkredibiliti dan berautoriti dalam pendidikan di negara masing-masing. IGCSE,  ‘A’ Level dan ‘O’ Level  adalah di bawah Cambridge Universiy manakala IB dikawal selia oleh International Baccalaureate Organisation (IBO) yang berpusat di Geneva. Walaupun sering diuar-uarkan bahawa kurikulum SMPC bagi mata pelajaran Matematik dan Sains cakupannya lebih luas daripada kurikulum kebangsaan namun hakikatnya itu tidak boleh dijadikan sandaran dalam menentukan kualiti sesuatu sistem pendidikan.
Tidak seperti badan yang mempunyai autoriti dalam menggubal kurikulum seperti yang telah wujud sekian lama di Kementerian Pendidikan, pada pandangan Dong Zong bertambah besar cakupan sesuatu kurikulum bermaksud bertambah berkualitilah sesuatu sistem pendidikan itu. Dalam hal ini, penggubalan sesuatu kurikulum turut mengambil kira kesesuaian umur dengan kurikulum di samping keperluan kurikulum itu sendiri. Bukanlah menjadi dasar mana-mana negara di dunia ini dengan sengaja menggubal tahap kurikulum yang lebih tinggi berbanding kohort umur semata-mata untuk dikatakan berkualiti.

Hakikatnya Dong Zong hanya membebankan pelajar SMPC kepada perkara yang tidak perlu. Ini kerana tahap tersebut sepatutnya dipelajari oleh pelajar dalam peringkat pendidikan seterusnya. Begitu juga dengan kandungan dan kualiti buku teks yang dihasilkan sangat meragukan. Daripada sistem pendidikan Cina di SMPC inilah yang melahirkan UEC.

Secara amnya, seperti yang dikatakan secara ringkas sebelum ini tentang kualiti kurikulumnya selain menafikan peruntukan perlembagaan tentang bahasa kebangsaan jelas menjawab kenapa Kerajaan enggan mengiktirafkannya. UEC hanyalah satu peperiksaan peringkat dalaman yang dikendali dan dikawal selia oleh hanya sebuah gabungan yang berstatus ‘persatuan’ Cina dan jauh sekali layak untuk diiktiraf sebagai peperiksaan umum di Malaysia.

Kemasukan Lepasan UEC ke universiti terkemuka dunia

Dakwaan yang menyatakan bahawa UEC dengan sendirinya diiktiraf oleh universiti terkemuka di dunia termasuklah Harvard University dan Oxford University merupakan suatu pernyataan yang keterlaluan (overstatement). Hakikatnya, pelajar lulusan UEC juga disyaratkan untuk menduduki peperiksaan kemasukan ke universiti luar negara seperti College Admission Test (CAT) dan Scholastic Assessment Test (SAT) sebelum layak diterima masuk untuk mengikuti pengajian di peringkat sarjana muda. UEC sebagai kemasukan terus (direct entry) ke universiti merupakan suatu fakta yang tidak tepat dan hanyalah sebagai satu helah untuk mengaburi pemahaman masyarakat umum. Golongan pendesak tersebut seharusnya bersikap lebih telus dan berani menyatakan perkara yang benar ini kepada masyarakat umum jika mereka benar-benar ikhlas dan tidak mempunyai agenda yang tersembunyi.

Pengiktirafan UEC dan kesannya terhadap negara

UEC dari perspektif umum memberi tanggapan bahawa hanyalah sekadar satu sijil yang boleh digunakan oleh pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Dalam konteks ini, mana mungkin boleh mendatangkan kesan besar terhadap negara. Persepsi dan perspektif sedemikian hendaklah diperbetulkan.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, UEC merupakan output daripada sistem pendidikan Cina yang dilaksanakan di 60 buah SMPC. Pengiktirafan UEC juga bermakna Kerajaan turut mengiktiraf sistem pendidikan Cina                  di SMPC. Pengiktirafan UEC dan SMPC akan mengakibatkan implikasi yang mampu mengubah lanskap pendidikan di negara ini.

Pertamanya, akan wujud dua sistem pendidikan di negara kita iaitu sistem pendidikan kebangsaan dan sistem pendidikan Cina. Secara langsungnya, hal ini akan menyebabkan berlaku situasi pengasingan kaum secara terancang yang merencat agenda perpaduan nasional. Berdasarkan trend penyertaan murid ke sekolah rendah mengikut kaum sangat jelas menunjukkan bahawa ibu bapa kaum Cina lebih cenderung menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

Pada masa yang sama, kempen-kempen yang dilakukan oleh NGO kaum India sejak kebelakangan ini telah berjaya meningkatkan penyertaan murid kaum India ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Akhirnya Sekolah Kebangsaan (SK) akan menjadi eksklusif kepada murid kaum Melayu sahaja walaupun pada hakikatnya tiada diperuntukkan oleh undang-undang kewujudan SK Melayu seperti SJKC dan SJKT.

Atas dasar itulah, terdapat rasional kenapa semua murid dari pelbagai aliran pendidikan rendah perlu mengikuti pendidikan di peringkat menengah yang sama di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).  Hanya di SMK sahajalah platform yang ada bagi menemukan semua murid pelbagai kaum untuk memupuk perpaduan. Maka, dengan pengiktirafan UEC itu nanti ibu bapa kaum Cina pastinya akan menghantar anak-anak mereka meneruskan pendidikan menengah di SMPC. Kesan daripada itu, akan berlaku pertambahan bilangan SMPC yang ketara bagi menampung keperluan pendidikan menengah semua kaum Cina. Secara prinsipnya, di negara ini kaum Cina akan mempunyai sistem pendidikan yang eksklusif untuk mereka bermula dari peringkat pendidikan prasekolah sehinggalah ke peringkat menengah. Bukan juga sesuatu yang mustahil tuntutan ini berlanjutan hingga ke peringkat pendidikan tinggi seperti yang diperjuangkan oleh Dong Zong. SMK yang dikatakan sebagai platform yang menemukan semua murid pelbagai kaum tiada lagi membawa sebarang makna. Perpaduan yang diharapkan untuk dipupuk di SMK mungkin hanya melibatkan murid Melayu dan sebilangan murid India sahaja, itupun sekiranya bernasib baik.

Lanjutan daripada ini, sijil yang diperoleh oleh murid juga adalah berasaskan kaum. Murid Cina akan memperoleh sijil UEC manakala sijil SPM hanyalah diperoleh oleh murid bukan Cina. Keadaan akan menjadi lebih buruk lagi sekiranya berlaku fenomena double-standard sekiranya sijil UEC dianggap lebih baik daripada sijil SPM dan menghadkan peluang lulusan SPM untuk melanjutkan pengajian ataupun mendapatkan pekerjaan.

Keduanya, kualiti murid yang dihasilkan oleh sistem pendidikan Cina tidak mengikut acuan  pembinaan sebuah negara bangsa yang bertunjangkan Rukunegara dan menggagalkan pembentukan Gagasan 1Malaysia yang bermatlamatkan perpaduan antara kaum. Berbanding dengan sistem pendidikan kebangsaan yang menganjurkan perpaduan kaum seiring dengan matlamat dan hala tuju negara, pengiktirafan UEC dikhuatiri akan menjejaskan matlamat dan hala tuju perpaduan yang ingin dicapai.

Seterusnya, desakan untuk mengiktiraf sijil UEC bagi kemasukan ke universiti awam (UA) menafikan hak murid yang mengikuti sistem pendidikan kebangsaan dan mencetuskan ketidakpuasan hati pihak yang terlibat serta menjejaskan keharmonian antara kaum. Situasi genting seumpama ini seharusnya dielakkan tanpa kompromi.

Disebabkan pendidikan di SMPC hanya memberi kelebihan kepada kaum Cina sahaja, maka, ianya secara tidak langsung akan menggugat dasar dan matlamat pendidikan negara untuk menyediakan pendidikan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum seperti yang dilaksanakan di SMK. Hakikatnya, SMK merupakan satu-satunya wadah dan platform terbaik bagi memupuk perpaduan nasional dalam kalangan pelajar pelbagai kaum di negara ini.



Timbal balas dan langkah ke hadapan

Berdasarkan kepada hujah yang dikemukakan, ternyata bahawa sistem pendidikan kebangsaan dan sistem pendidikan Cina tidak mungkin menemui titik pertemuan. Hujah ini mungkin dianggap keterlaluan atau over-exerting, namun adalah berasas ekoran perbezaan yang ketara dalam konteks aspirasi kedua-dua sistem tersebut; pendirian pihak pendokong pendidikan Cina yang tidak langsung mahu bertolak ansur dengan meletakkan kepentingan negara di hadapan melainkan kepentingan kaum Cina itu sendiri berbanding pendirian Kerajaan yang mendahulukan kepentingan rakyat tanpa mengira kaum; dan konflik yang timbul hasil daripada pengasingan kaum yang wujud daripada kedua-dua sistem pendidikan tersebut.

Justeru, sanggupkah kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan menyedari kepentingan perpaduan kaum dalam membina jati diri dan negara bangsa merelakan situasi ini terus wujud dalam sistem pendidikan di negara ini? Tepuk dada dan tanyalah selera!


17 MAC 2017


Wednesday, 8 March 2017

13 bilion bilang DSSA untuk Sabah dan Serawak, apalah kejadian yang kita dapat tengok?




Lihat dan dengar lah sendiri apa yang DSSA cakap semasa masih berada di dalam Parti Pemerintah semasa sidang parlimen dan menjawab beberapa soalan dari pihak pembangkang pada ketika itu.

13 bilion untuk Sabah dan Sarawak dari tahun 2010-2013, itu belum lagi tahun 2014-2015 tapi mana itu peruntukan dan kalau di bagi dua untuk Sabah dan Serawak masing-masing negeri akan mendapat 6.5 bilion.

Anda fikir dan nilailah sendiri, dan anda lihat dan tengoklah sendiri apa yang ada di kampung-kampung yang ada di sekeliling anda.

Tuesday, 7 March 2017

Samua urang luar datang ke kota Marudu dangar ceramah DSSA, takajut panjual jagung .!!





Baru ni sia ada singgah berhampiran jambatan Bandau di Kota Marudu untuk mambilli jagung manis yang semimangnya murah, segar dan manis dan sentiasa mendapat parmintaan yang tinggi daripada urang-urang yang ada di sekitar Kota Marudu terutama panggammar jagung rebus manis.

Sia tanya uncol yang manjual mana urang sbelah , dia bilang dia pigi tinguk sapie apdal sabab dia ada datang kasi cerama ini hari. Dia indak bajualan ini hari sebab di sana pun ada di kasi juga jadi ini hari dia suti dari manjual.

Sia pun singgah juga di sana manatau ada bagian sambil dangar caramah, tapi sia hairan dalam ramai urang tiada yg saya kanal, samua muka macam bukan urang Kota Marudu, urang kuta marudu salalu putih-putih tapi yang hadir macam banyak urang yang sedikit hitam.

Sakali saya parhati nah, banyaknya bas singgah yang numbur pletnya dari macam-macam daerah, wanah kalau bagini bulih sasak ini kuta marudu kalau urang satu Sabah datang.

Tapi Ok lah habis juga jagung manis jualan, laku juga semua kadai makan di PAkan ini sabab salapas dengar caramah samua unrag kahausan dan kalaparan sampai habis wang kicil pakadai sabab yang makan dan minum kabanyakannya mambayar pakai duit sekeping satu ratus ringgit. Mungkin samua urang baru ambil BR1M kalik bilang itu pakadai.

Selamat datang lah ke Kota Marudu dan selamat mambilli jagung manis untuk di bawak ke daerah dan kampung masing-masing. Ingat Jagung inngat  Kota Marudu.

Tuesday, 28 February 2017

Tun Sakaran bersama Umno Semporna




Nah kau .....kalau Tun Sakaran Dandai sudah turun ke Semporna bajumpa sama urang-urangnya sudah pastinya dewan akan pull house  dan tidak dapat mamuat  dan masuk kedalam diwan. Bukan cakap tambirang lah sama ayahanda Tun ini, dari dulu lagi dia relax saja meninguk gelagat di ketua Parti PaWaS yang kononnya mendapat sokongan dari urang-urang Bajau, nah sekarang sudah kanak paccat nah terus lah mambuat parti baru dan mengajak urang-urang ikut sama dia. Siapa mau susah joo. Yang ikut itu sama DSSA hanya urang-urang yang sudah di kasih kaya, sudah di kasih kerja sama parojek semasa DSSA ada pangkat joo, nah sekarang kau tinguklah , mana sudah DSSA ingat Sampulna, mana sudah dia ingat ini pambangunan di Sampulna.


Samanjak DSSA kalual dari Umno, nah sekarang parujik mula sudah masuk, bukan apanya dahulu shafie indak mau parujik dia Cuma mau kuasa. Nah Katua Umno sakarang iaitu Datuk NAsir Tun Sakaran sudah mula sadder dan fikir kemajuan untuk Daerah Semprna dan piker bagaimana untuk selesakan urang- urang nya.


Langkah pertama yang Datuk NAsir buat  ialah memanggil ketua menteri Sabah untuk turun dan tinguk sendri apa yang ada di Sampulna, apa kemajuan yang sudah DSSA buat semasa menjawat jawatan sebagai menteri kanan dahulu, ternyata segalanya hampa,  nah dari itu atas keperihatinan DAtuk NAsir Tun Sakaran dan rakan-rakan dalam Umno yang sudah tidak terkongkong selama ketiadaan DSSA ,  MAjlis pelancaran pecah tanah Pasar Awan Sejahtera Bandar Semporna.

Ini baru langkah permulaan dan ini juga membuktikan hububgan baik di antara ADUN-ADUN dan pemimpinj peringkat tertinngi akan memenangkan semua pihak termasuk rakyat, pemimpin, pemimpin tertinngi dan semua orang. Ini menunjukkan yang pemimpin sekarang iaitu Datuk Nasir Tun Sakaran bukanlah mementingkan diri sendiri tetapi demi rakyat dia cuba sedaya upaya yang bulih agar urang Semporna mendapat kemudahan yang sepatutnya seperti Bandar-bandar yang lain.



Tulak warisan kita bersama-sama pejuang tulin Semporna iaitu yang di kasihi yang di sanjungi tidak lain dan tidak bukan iaitu Tan Sri Sakaran Bin Dandai did lama memajukan Semporna dan memartabatkan Bandar Semporna itu sendiri.

"Kalau Menang atas tiket pembangkang, nanti saya lumpat pigi Umno"

Hari ini saya terdengar beberapa urang Mantan Urang kuat UMNO Sabah dan kini sudah mengumumkan untuk menyertai Parti Pembangkang.  Pada ...