Sunday, 27 December 2015

CM Sabah tatap tenang menangkis segala tohmahan

Hairan aku bila membaca entry di FB yang begitu agak marah dan emosi dalam mempertikaikan kepemimpinan tertinggi Negeri Sabah. Yang sangat menghairankan ianya bukan nya datang dari pihak pembangkang tapi datang nya dari pihak dalam parti sendiri.

Mungkin sejak pemecatan bosnya dia sudah kurang kerja seperti yang lalu-lalu, dan kini punyai banyak masa yang terluang untuk mencari cacat cela akan ketua menteri Sabah iaitu DSP Musa Hj Aman. Malang nya apa yang di cari nya tidak dapat dan ianya juga tidak dapat memburukkan CM Sabah.

Pada saya sudah-sudahlah berpolitik dan sudah-sudahlah memburukkan barang yang sememangnya tidak buruk . Ianya satu kerja yang sia-sia. Yang menghairankan lagi CM sentiasa tersenyum dan sentiasa dalam keadaan gembira walaupun dilontarkan dengan berbagai tuduhan liar. CM sentiasa bertenaga dan sentiasa mendapat sokongan padu dari ahli DUN dan Ahli Parlimen yang ada di Sabah.

Mungkin benar kata pepatah orang timur,, bekerja lebih baik dari banyak cakap dan berhidmatlah untuk rakyat semasa masih ada kuasa, dan selebih nya biarlah allah yang uruskan.

DSP Musa Aman, DS Shafie berdamai !!

Saya agak tertarik untuk mengulas akan tulisan rakan blogger  yang sering menyerang Ketua Menteri Sabah. Pada asasnya tulisan yang dibuatnya hanya berbentuk andaian dan kadang-kadang begitu emosi untuk mencari di mana kesilapan dan kekurangan yang di lakukan oleh YAB Berhormat ketua Menteri Sabah pada masa ini.

Kita sudah sedia maklum akan DSSA ketua Bahagian Semporna meranggkap Naib Presiden Umno yang baru-baru ini telah di rehatkan dari jawatan kerajaan Malaysia. Sejak dari peristiwa itu perbagai serangan yang di lakukan keatas Ketua Menteri Sabah yang selalunya berdiam diri dan tidak melayaan akan provokasi seperti ini. 

Apakah lagi yang kurang yang CM sabah tidak buat di Sabah dan apakah lagi yang perlu CM lakukan untuk kesejahteraan Negeri Sabah. Kalau kita lihat di Parlimen Semporna Selama DSSA menjadi Ahli Parlimen apakah kemajuan yang kita boleh lihat dan kita boleh nikmati. Adakah sepanjang beliau menjadi menteri kanan jalan masuk kesemporna telah di  naik taraf, adakah sepanjang beliau menjadi menteri kanan isu sampah di Semporna dapat di selesaikan dan adakah Pekan Semporna mempunyai Hotel 5 bintang maklum saja ianya selalu dikunjungi oleh pelancung yang menjadikan semporna transit untuk pelancung kepulau-pulau yang berada di sekitarnya. 

Semua yang berlaku adalah ketentuan dari allah, kita sebagai umat islam sudah semestinya menerima akan qada dan qadar yang sudah di tentukan ilahi. Peristiwa yang berlaku pasti ada pengajaran di sebaliknya. Saya tidak menafikan akan bantuan yang datuk Shafiew telah buat kepada rakyat Semporna tapi hakikatnya perpaduan dan keutamaan parti amat penting dalam menjamin UMNO terus menjadi parti pemerintah di Malaysia.

Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri setelah beberapa kali tidak di berikan peluang semasa zaman Tengku Abd Rahman, Tun Abdullah menjadi perdana Menteri setelah beberapa kali terpinggir dari menjadi Menteri Kabinet Malaysia dan Najib menjadi perdana Menteri Malaysia setelah dengan begitu sabar dan taat kepada ketuanya.

Mungkin di masa akan datang giliran DSSA pula sebab tiada yang mustahil dalam Umno. Adalah di harapkan DSSA sentiasa bermuhasabah diri dalam mencari titik-titik perpaduan dalam umno Sabah dan adalah di harapkan juga DSMA sentiasa berkerja kuat dalam memastikan keselamatan, keharmonian dan sewntiasa mengujudkan peluang-peluang pekerjaan dan peluang perniagaan kepada  anak-anak Sabah bagi membolehkan ekonomi Sabah terus berkembang dan membuatkan anak-anak Sabah tidak berhijrah kesemenanjung semata-mata ingin mencari pekerjaan.

Sunday, 29 November 2015

Ribuan penduduk menyambut kedatangan DSP Musa Aman di Semporna


Sambutan yang sangat meriah telah di berikan oleh masyarakat Semporna kepada DSP Musa Hj Aman  sempena lawatan nya ke Semporna pada hari ini. Ini menunjukka semangat perpaduan sangat tinggi telah di tunjukkan oleh orang-orang Semporna pada kepemimpinan tertinggi Negeri Sabah.

Pelbagai peristiwa yang melanda akhir-akhir ini tetapi ianya tidak sedikitpun menggoyangkan sokongan daripada rakyat dan pemimpin setempat yang ada di daerah Semporna. Malahan ianya menguatkan lagi semangat perpaduan semangat setiakawan dan semangat sesama BN di Negeri Sabah ini.

Kedatangan Ketua Menteri Sabah kali ke Bumi Semporna ialah untuk majlis  Penyerahan Geran Komunal Mount Rock dan Nagos serta pecah Tanah Kompleks Sukan Daerah semporna.

Diantara pemimpin setempat yang turut hadir dan turut memberikan sokongsn yang padu pada ketua menteri sabah pada hari ini ialah YB Yahya Hussin, DSP Nasir Tun Sakaran, Datuk Tawfig Titingan, Datuk Jaujan, Datuk Yusof Apdal, Datuk Nilwan Kabang dan pengerusi penganjur iaitu YB Datuk Ramli Marhaban.

Dewan yang ada tidak dapat menanpung kehadiran yang begitu tinggi dari penduduk Semporna sehinggakan ada yang hanya mendengar ucapan dari luar dewan sahaja. Ini menunjukkan semangat serta keutuhan UMNO adalah berada ditahap yang sangat tinggi dan umum mengetahui UMNO Semporna dan UMNO Sabah adalah yang sangat terbaik di Malaysia dari segi perpaduan dan persefahaman di antara ahli dan ketua nya.





Friday, 27 November 2015

DUN Sabah luluskan usul larangan N. Izzah jejakkan kaki ke Bumi Sabah ?


Walaupun berlainan ideologi politik tapi demi memastikan keadaan Sabah sentiasa aman dan damai kesepakatan telah di capai melalui undian di DUN Sabah kelmarin. Diantara Usul yang di cadangkan dan telah di buat undian ialah:

1. ESCOMM di pertingkatkan
2. Nurul Izzah dan Tian Chua di larang menjejakkan kaki di bumi Sabah kerana bertemu dgn Musuh Negara Jacel Kiram di Manila
3. Siasatan dilakukan terhadap Nurul Izzah dan Tian Chua dan diambil tindakan undang2 .
4. Mana-mana pihak yg bersekongkol dgn pengganas Kiram yg menceroboh Sabah diharamkan masuk ke Sabah

Hasil undi Belah Bagi untuk meluluskan Usul2 diatas seperti berikut:
Meyokong  47
Tidak Menyokong 0
Berkecuali 3
Cuma masih ada lagi pihak yang was-was ataupun malu-malu kucing di dalam pengudian kelmarin dan masih bersifat ataupun memilih dalam keadaan berkecuali. Tiga ADUN yang berkecuali itu pula ialah mereka-mereka yang sering melaungkan Hak-hak Sabah konon tapi dalam hal keselamatan sebegini mereka mengambil keputusan yang berkecuali!!.

Adakah mereka-mereka ini sanggup mengadaikan keselamatan Negeri Sabah demi kesinambungan politik mereka ataupun hanya bersuara untuk kepentingan diri masing-masing?.

Kepada yang berkenaan , rakyat Sabah akan tetap mengingati apa yang sahabat baik mu telah lakukan kepada kami di Sabah, ianya sudah terpahat di hati sanubari kami  dan ketahuilah kami sudah memahami arah tuju politik ataupun tujuan sebanar mereka menceburkan diri dalam politik. Ianya tiada lain dan tidak bukan hanyalah untuk memcapai matlamat ingin menjadi pemimpin tertinggi Malaysia yang tak mungkin akan kesampaian sehingga sanggup menggadaikankan keselamatan dan kehormatan anak-anak negeri Sabah.

Wednesday, 25 November 2015

"Tiada maaf bagimu" di atas pengkhianatan yang telah kau lakukan ke atas Penduduk Sabah Nurul Izzah



Andainya di katakan pengkhianat negara mungkin ada segelintir penyokong yang tak akan senang duduk dek kepanasan dengan gelagat si  Nurul Izah. Diantara ramai-ramai orang yang ada di dalam dunia ini kenapa  dia pergi berjumpa dengan orang yang telah merobekkan hati penduduk Sabah. Masih terbayang lagi di benak pikiran kami akan perasaan takut yang melanda sewaktu pencerobohan Tanduo oleh pihak yang Mak Janda pergi mengadu.

Teringat lagi beberapa orang perajurit Negara yang telah di perlakukan sedemikian rupa sehinggakan ada yang di kerat-kerat seumpama binatang. Mungkinkah si Mak Janda ini sudah bersifat seperti si penceroboh ini sanggup melakukan apa saja perkara demi memuaskan hati ataupun ingin mencapai impian ayahnya yang sedang di penjarakan kerana di sabitkan dengan kesalahan meliwat oleh Mahkamah.


Akhirnya kerana ingin kan kuasa yang rata-rata rakyat Malaysia tidak berikan dia sanggup pergi berjumpa dengan orang yang telah menghancurkan hati rakyat Sabah. Pada saya dan rata-rata rakyat Sabah " Tiada maaf bagimu di atas penghianatan ini"

Sunday, 1 November 2015

JAWAPAN KEPADA 9 SOALAN UMNO SEMPORNA, SHAFIE SUDAH TIDAK RELEVAN ?



1. Adakah bersuara demi kepentingan rakyat kini bukan lagi keutamaan kepada parti?
Sebelum saya menjawab soalan itu, marilah kita menyedarkan UMNO Semporna bahawa kepentingan rakyat itu hendaklah dilihat dari sudut makro dan mikro, internal dan external. Apabila anda mengkritik syarikat 1MDB bukanlah bermakna itulah satu-satunya suara rakyat. 

Satu contoh mudah kepentingan rakyat ialah, adakah UMNO Semporna sepanjang menjadi menteri kanan berjaya menaik taraf jalanraya Tawau-Semporna supaya lebih lebar, lebih rata dan lebih selamat. Atau adakah jalanraya itu kekal seperti tahun 1980an jua?

Janganlah apabila sudah tidak mempunyai kedudukan di dalam kerajaan maka semua kelihatan buruk salah sahaja, tetapi semasa berada di dalam kerajaan semuanya betul belaka.

UMNO Semporna patut membuka mata bagaimana idea DS Najib melancarkan Lebuhraya Pan-Borneo meliputi Semporna Tanpa Tol ! Itulah kepentingan rakyat yang tidak dilihat oleh UMNO Semporna tetapi dilihat oleh pemimpin atasan.


2. Adakah syarikat 1MDB menjadi institusi yang lebih penting, berkuasa dan lebih besar pengaruhnya berbanding UMNO?
Syarikat 1MDB adalah syarikat yang disokong dan dibantu oleh Kerajaan. Syarikat 1MDB bukan syarikat UMNO Sdn. Bhd. 

Dari segi undang-undang, UMNO tidak boleh mencipta peluang (to create opportunities) di dalam perniagaan/pekerjaan kerana UMNO bukan sebuah syarikat. Namun begitu, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan seperti Petronas, Tabung Haji, Felda, Sime Darby dan sebagainya termasuklah 1MDB ditubuhkan supaya kerajaan berjaya mencipta peluang, pekerjaan dan kejayaan khususnya untuk Bumiputera.  

Barangkali kerana sudah terlalu lama berjauhan dengan kepimpinan parti dan kerajaan maka UMNO Semporna ketinggalan zaman dan tidak mengetahui  perkembangan terkini di dalam kerajaan.

Sedangkan Tony Pua yang banyak mengkritik 1MDB pun sudah seminggu mengaku kalah tidak berani berlawan debat dengan Arul Kanda. Apakan lagi Rafizi Ramli sudah sekian lama menutup mulut. Itu menunjukkan pengkritik-pengkritik tegar 1MDB di luar kerajaan sudah mati kutu. Baca semula di sini

Maka, 1MDB sudah pasti mempunyai peranan secara directdan indirect dalam kapasitinya yang tersediri yang diberikan peluang oleh kerajaan untuk merealisasikan impian kepada Bumiputera yang masih jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi.

Tiap-tiap pemimpin mempunyai gagasan besar, 1MDB merupakan satu gagasan. 
 

3. Adakah 1MDB ini milik Umno?
Soalan yang sama ialah adakah UMNO Semporna milik seorang sahaja?

Jawapannya ialah syarikat 1MDB adalah milik rakyat Malaysia, milik negara Malaysia, milik kita semua. Jika 1MDB milik UMNO sahaja, sudah pasti tiada biasiswa 1MDB untuk bangsa lain juga. Kerjasama JAKIM dan 1MDB juga diwujudkan dalam mencakna pendidikan Islam melalui geran tahunan pendidikan. 

Perhatikan kepimpinan Lim Guan Eng yang tidak pernah mendedahkan polisi rahsia DAP dan kerajaan Pulau Pinang. Polisi pembangunan tanah, perniagaan antarabangsa, pembangunan ekonomi dan sebagainya tidak pernah didedahkan secara umum.


4. Adakah dengan menyokong 1MDB ini dapat menguatkan parti Umno?
Syarikat 1MDB adalah untuk negara Malaysia, bahasa mudahnya untuk rakyat Malaysia. Terdapat dua jawapan kepada soalan ini. 

Pertama, syarikat 1MDB telah terlalu dipolitikkan dengan pelbagai dokumen doctorated, tuduhan tanpa fakta kata Dr. Tan Seng Giaw (Timbalan Pengerusi PAC), dan segala serangan-serangan politik itu telah memberikan kesan negatif kepada UMNO dan kerajaan kerana tipikal kepada rakyat sukakan berita-berita yang sensasi. Kesedaran dan kebenaran hanya timbul di kemudian hari. Cuba baca semula di sini

Jawapan kedua, laporan ekonomi menunjukkan syarikat 1MDB semakin berjaya mengurangkan jumlah pinjamannya/hutang perniagaannya daripada RM42 Bilion kepada RM37 Bilion (Ogos, 2015). Manakala, rundingan Edra akan melangsaikan sekurang-kurangnya RM16 Bilion hingga RM20Bilion (dijangka Oktober/November 2015). Sementara IPIC akan menyelesaikan pula sekurang-kurangnya RM11 Bilion hingga RM12 Bilion (rujuk jawapan dalam parlimen kepada wakil PAS/Temerloh).

Sebaliknya, aset-aset tenaga 1MDB di Pakistan, Bangladesh, Abu Dhabi dan Mesir tidak tersentuh. Kerana itulah, syarikat 1MDB dan kerajaan yakin isu hutang 1MDB akan dapat dirasionalisasikan dan diselesaikan dalam tempoh 6 bulan.

Singapura, masih tersenarai penghutang terbanyak di dalam dunia(top ten) sejak bertahun lamanya. 


5. Adakah melalui penyingkiran, penggantungan dan pemecatan pemimpin dan bekas pemimpin Umno dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti?
Jawapannya mudah, kita kembali kepada sejarah UMNO itu sendiri. Semasa Tun Dr. Mahathir memecat dan menyingkirkan DS Anwar Ibrahim adakah UMNO tewas dalam PRU 1990, 2004, 2008 dan 2013? 

Banyak lagi contoh jika anda rajin menelaah sejarah UMNO antaranya peristiwa Tunku Abd. Rahman memecat Tun Dr. Mahathir (1969), perletakan jawatan Dato' Onn Jaafar (1951). UMNO kekal mendepani cabaran. 

Serupa dengan PAS, apabila berlakunya perpecahan kepada AMANAH, PAS boleh mendepani cabaran dengan tenang kerana pengalaman lama telah mematangkan PAS. Begitulah juga UMNO.
Saya yakin jika esok UMNO Semporna diketuai oleh orang lain, UMNO tetap akan menang di Semporna walau siapa pun calon. Sebabnya mudah, rakyat Semporna tidak melihat kepada seseorang individu tetapi melihat kepada parti yang boleh memberi naungan kepada mereka pada masa hadapan. 


6. Adakah pemimpin serta Setiausaha Agong UMNO sedar majoriti ahli parti dan rakyat percaya bahawa pemimpin yang kononnya dikhabarkan sedang dipantau itu menyuarakan sesuatu isu yang sememangnya dekat dengan hati rakyat?
Apabila anda mengkritik syarikat 1MDB bukanlah bermakna itulah satu-satunya suara rakyat. 

Sebenarnya isu-isu rakyat Semporna sangat banyak seperti memerlukan sebuah kompleks pasaraya yang baru, sistem pembersihan dan kebersihan yang lebih moden, jalanraya yang selamat, jaminan keselamatan kepada pelancong, pemimpin yang seiring dengan kepimpinan negara supaya Bajet pembangunan dapat dibawa masuk ke kampung-kampung di Semporna.

Semua itu adalah suara rakyat. Semasa UMNO Semporna memegang kementerian-kementerian yang penting sepatutnya isu-isu itu sudah lama diselesaikan. 


7. Kuat sangatkah Umno pada hari ini hinggakan pemimpin atasan seolah-olah lupa bahawa asas perjuangan Umno adalah untuk kepentingan rakyat dan bukan kepentingan pemimpin?
Lemah sangatkah UMNO hari ini hinggakan anda memberi gambaran anda seorang sahaja menjaga kepentingan rakyat. 

Soalan berbalik, apakah KPI UMNO Semporna yang boleh dibanggakan? 


8. Adakah desakan untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang melakukan kesalahan dan penyelewangan itu selari dengan kenyataan Najib sebagai Presiden Umno?
Adakah DS Najib ada menyebutnya? Adakah DS Najib ada memberi arahan kepada sesiapa? Kenapa gundah-gulana? Kenapa menjadi caca-merba? Kenapa kelihatan ketakutan?

Pepatah Cina kuno ada menyebut, anda tidak boleh mempunyai dua mata di belakang apabila anda sudah mempunyai dua mata di hadapan! Maksudnya, anda tidak sepatutnya mengeji kepimpinan DS Najib dan pada masa yang sama anda masih mengharapkan simpati DS Najib !


9. Dalam konteks Sabah pula, apakah mesej yang ingin disampaikan kepada rakyat negeri itu jika Mohd Shafie disingkirkan kerana menyatakan kebimbangan terhadap parti?
Mesej yang ingin disampaikan kepada rakyat Sabah ialah program pembangunan di negeri Sabah lebih penting daripada isu kepentingan diri sendiri. Jangan lupa, Ketua Menteri Sabah kini sudah bercakap mengenai keperluan LRT/MRT seperti di Semenanjung. Ianya boleh direalisasikan dengan bantuan kerajaan pusat daripada segi kewangan, kepakaran dan teknologi.

Pembangunan di Sabah sejak era USNO, BERJAYA dan PBS mengalami pelbagai bentuk. Namun begitu, sejak kemasukan UMNO pada tahun 1990 negeri Sabah mengalami pembangunan yang cepat dan pantas. Anda boleh mengambil sekeping gambar apa sahaja (jalanraya, sekolah, hospital, masjid dan sebagainya) pada tahun 1963, 1976, 1985, 1994 dan tahun 2015. Anda boleh membandingkan gambar-gambar itu untuk melihat perubahannya.

Kesimpulan
Sebagai rakyat Sabah, saya sangat bersedih kerana DS Shafie satu-satunya mantan pemimpin USNO yang penting semasa kemasukan UMNO ke Sabah. Allahyarham Tun Datu Mustapha sudah tiada, Tun Sakaran Dandai sudah bersara, hanya DS Shafie satu-satunya generasi pemimpin USNO yang masih berdiri di dalam UMNO.

Dahulu (1990) semasa UMNO hendak masuk ke Sabah, kita bercakap mengenai perpindahan daripada kapal kecil (USNO) kepada kapal yang lebih besar (UMNO). Soalan saya kepada DS Shafie, mengapa mahu kembali kepada kapal yang kecil? Kepada pembaca, adakah DS Shafie sudah tidak relevan lagi di dalam UMNO?

Sumber
Selamat Membaca.
Selamat Berhari Minggu.

Sunday, 25 October 2015

Kak Wan dah nyanyok !!! ?

Dari group reporter: Semalam reporters asked "Kak Wan what do you think PM Najib's announcement on making the Pan Borneo bebas toll?"

She Answered: "Tu laa saya tak pernah dengar pulak sebelum ni nak naik train kena toll!"

Then Reporter kata..."Bukan train la Kak Wan, Pan Borneo tu highway kat Sarawak n Sabah nuhh."

Then Reporter kata..."Bukan train la Kak Wan, Pan Borneo tu highway kat Sarawak n Sabah nuhh."

Then Reporter kata..."Bukan train la Kak Wan, Pan Borneo tu highway kat Sarawak n Sabah nuhh."

Then she cover2 cakap it was an initiative to pancing undi org Sarawak.

And at that moment Reporter  was 100% convinced that Kak Wan ni pekak ayaq & Nyanyuk!!

And at that moment Reporter  was 100% convinced that Kak Wan ni pekak ayaq & Nyanyuk!

And at that moment Reporter  was 100% convinced that Kak Wan ni pekak ayaq & Nyanyuk!

Apa yg dia dengar dalam bajet tu aku pun tak tau !.

Monday, 5 October 2015

Ceramah Mahathir di Tawau hanya 1500 yg hadir sedangkan Najib 50 K?


Tahukah anda saya baru sahaja balik dari menghadiri dan mendengar akan inti pati ucapan dari Mantan Perdana Menteri Selama 22 tahun memerintah Malaysia. Sebelum  dan semasa menunggu kehadiran YA Tun perasaan saya agak berkobar-kobar kerana belum pernah melihat TUN secara dekat dan "Live". IAnya di tambah lagi dengan kehadiran ramai hadirin yang saya nampak kebanyakkan nya orang  dari luar Tawau.

Tahukah anda, di awal ucapan TUN, dia berterimakasih kerana yang hadir menurutnya ada yang dari Kota Kinabalu, Labuan dan dari sekitar daerah yang ada selalin dari Tawau sendiri. Suaranya agak sedikit tersangkut-sangkut mungkin saja Tun agak kepenatan menaiki jet peribadi yang munkin milik sendiri ataupun di pinjam dari rakan-rakan nya.

Tahukah anda diawal ucapannya juga dia mengumumkan bahawa makan dan minum tidak disediakan dan bas-bas pun tiada di sediakan tetapi apa yang saya nampak banyak bas-bas yang tertera permitnya datangnya dari luar Tawau. Dia juga menyatakan ini kali kedua dia datang ke Tawau, bukan nya dia tidak sudi tetapi tiada jemputan dari Umno Tawau dan Umno Negeri. Terdengar aku bisik-bisik di belakang ku berbunyi " dulu jadi PM selama 22 tahun baru sekali saja menjejakkan kaki ke Tawau , itu pun berapa kali kanak tunda, sekarang dah tak ada jawatan pandai pulak cakap tak ada jemputan".

Tahukah anda di awal ucapan TUN, dia menyatakan kedatangan Najib baru-baru ini dan menarik pengunjung seramai  50 k hanyalah ciptaan semata-mata, tetapi menurut pemerhatian saya pada hari Najib datang hampir 40K-50K pengunjung yang hadir. Ini membuktikan bahawa fakta dan  angka yang TUN ucapkan adalah salah.

Tahukah anda , menurut ucapan dari Tun tadi  Najib menyatakan padanya yang berbunyi, kita tak payah turun padang jumpa rakyat kita bagi saja duit 500 ringgit kalau tak cukup kita bagi 1000 pasti mereka akan undi Umno dan BN. Kalau mengikut dari pemikiranku yang waras tak mungkin Najib akan emgucapkan sedemikian  sebab dalam waktu yang sesingkat ini hampir 10 kali Najib sudah turun Tawau dan Sabah. " Kalau ketua bahagian kita bayar saja satu milion" itu sharil yang cakap" bukan saya menurut Tun. Yang saya tahu pemberian RM 500 ringgit adalah di mulakan oleh Tun Abdullah melalui BRIM dengan tujuan untuk membantu rakyat yang memerlukan bagi mengurangkan beban hanga minyak di Malaysia yang tidak menentu.

Tahukah anda menurut Tun, Najib tunduk kepada Singapura sehingga membatalkan pembinaan Jambatan bengkok. Apalah juga istimewa nya jambatan bengkok sehinggakan dimana-mana sahaja ianya diucapkan dimana-mana sahaja . Kenapa tidak Tun ungkitkan akan pembinaan jambatan Semporna ke Pulau Bum-Bum  bukan kah itu lebih penting untuk orang Semporna khas nya.

Tahukan anda ada banyak lagi yang di ucapkan oleh Tun, tapi semuanya isu-isu berulang dan sudah di tahu kesahihan nya. Tahu kah anda rakyat akan dapat menilai jika Tun sealau diundang ke majlis sebegini dan rakyat juga akan dapat menentukan siapa yang bersalah.

tahukah anda Tun sudah agak keletihan, berilah dia peluang yang sebaik nya agar dia merasa senang dan puas.




Mantan PM Malaysia, kedatangannya hanya di urus oleh bekas Calon Star yang kalah di Sebatik PRU 13 !!


Tahu kah anda  Tawau bakal dikunjungi oleh seorang yang pernah menjadi Pemimpin nombor 1 Malaysia dan di khabarkan akan tiba pada pukul 12-1 tengahari di lapangan terbang Tawau.

Tahukah anda , selama menjadi pemimpin Nombor 1 dalam Malaysia hanya sekali dia menjejakkan kaki ke bumi peladang Tawau. Seingat saya waktu itu saya masih berada di sekolah rendah dan ter[aksa berbaris dan memegang bendera kecil dalam hujan semata-mata hendak melihat pemimpin yang disayangi ramai secara dekat dan "live".

Tahukah anda setelah hampir 20 tahun dia dijadualkan bakal menjejakkan kaki sekali lagi ke Daerah Tawau yang mungkin dia fikir ianya terletak dalam peta Indonesia kerana Tawau sangat asing baginya. Dia di jadualkan bakal memberikan ceramah di depan audion/penonton yang hanya dalam beberapa ratus orang sahaja.  Iyanya akan di adakan di sebuah hotel yang sangat terkemukan dan kalau dalam keadaan penonton berdiri ianya dapat menampung dalam lingkungan 2000 oang dan kalau dalam keadaan duduk ianya dapat menampung jumpalah hadiri 800-1000 orang?

Tahukah anda, selalunya dalam acara sebegini ataupun kedatangan mantan pemimpin tertinggi negara, ianya selalu di atur oleh orang-orang besar ataupun bekas pemimpin besar dalam kerajaan Malaysia, tapi sejarah baru akan tercipta hari ini, kedatangan Mantan Perdana Menteri yang sukarela melepaskan jawatan nya hanyalah diuruskan oleh bekas calon pembangkang pada PRU 13 yang baru lalu. Paling menarik lagi ianya diuruskan oleh bekas calon STAR kawasan sebatik dan yang paling bersejarah dia kalah dalam pemilihan tersebut. Paling menarik lagi konon nya acara ini diatur bagi menyelamatkan UMNO yang dikatakan kini kian lemah. Setahu saya yang lemah hanyalah di selangor, penang dan Kelantan sedanagkan di Sabah Barisan Nasional menang dengan Mejoriti yang tinggi.

Tahu kah anda PM yang ada sekarang di pilih oleh beliau dengan hati yang sangat tenang tanpa sebarang gangguan atau[u pengaruh dari mana-mana pihak waktu itu tapi kini keadaan dah sangat berubah.

Apa pun kita tunggu saja kehadiran nya ke Tawau yang pernah mencatat sejarah di mana semasa kehadiran PM baru-baru ini ianya dapat menarik pengunjung sehingga 40K  dan pada perjumpaan kali ini engan Mantan PM dapt menarik sekurang-kurangnya seribu pendengar!!

Jangan saja ada yang membaling telur baru, jangan saja ada yang bertanyakan soalan sehinggakan menggaanggu kesihatan mantan PM Malaysia selama 22 tahun.

Saya syorkan selepas saja ceramah ini selesai , penganjur dapat membawa mantan PM ke restoran Sri Titingan menikmati hidangan makanan laut yang sanga murah dan sedap.

Tahukah anda semasa menilis saya berada di dalam bas Tung Ma dalam perjalanan dari KK ke Tawau semata-mata ingin melihat dan mendengar apakah amanah yang akan Mantan PM umukan.

Sunday, 4 October 2015

JANGAN PERCAYA DAP FITNAH KE ATAS ISLAM , JANGAN PERCAYA DAP

Artikel oleh seorang jemaah haji tahun ini:

Ok. Sekarang saya dah pulang,  paling kurang sudah 48 jam tadi (baru selamat sampai Malaysia),  dan melihat kepada komen-komen isu di Mina oleh orang awam secara umum. Maaf cakap, tapi salah sangka orang kita berkenaan isu rempuhan di Mana benar-benar jauh menyimpang dan ia semuanya mencipta 2 impressi 1) mematahkan semangat orang untuk pergi menunaikan haji (dengan memburukkan Saudi), 2) menyebarkan kebencian di kalangan sesama Muslim. 

Biar saya ceritakan kronologi peristiwa yang berlaku.

1. Bermula dengan insiden kren yang menjadi tajuk utama media asing seperti BBC, Economist dan Times of India, semuanya mengkritik pembesaran Masjidil Haram yang memakan kos US 60 billion. Point dari saya ialah negara mana yang boleh mengagak dan bersedia untuk insiden seperti tsunami, hujan kilat, banjir besar, dan ribut taufan? Saya adalah antara saksi utama semasa kren itu tumbang, dan percaya atau tak ia adalah kategori Takdir Tuhan. Semuanya berlaku dalam sekelip mata dan menyapu habis semua yang ada didepan nya. Kren yang tumbang itu adalah yang kedua terbesar di dunia dan di pasang di luar kawasan Masjidil Haram namun ia tidak dapat menahan kekuatan angin yang kuat dan juga tenaga elektrik yang kuat dari kilat yang menyambar,dan anda pasti terkejut melihat kren kedua terbesar itu tumbang ibarat sekeping kertas melayang di udara. Memandangkan saya katakan ia adalah Takdir Tuhan, jemaah yang bersolat tidak berhenti dari solat mereka, begitu juga jemaah yang sedang melakukan tawaf, dan saya salah seorang dari mereka. Kerajaan Saudi pula tidak mahu situasi panik berlaku dan pintu terus ditutup dalam masa setengah jam dan cepat cepat membersihkan mayat mayat dan mangsa mangsa yang tercede. Pihak berkuasa tidak mengaktifkan sistem kecemasan agar jemaah tetap meneruskan ibadah mereka.

2. Insiden di Mina. Pengurusan di Mina kali ini adalah lebih baik. Lebih dari 100 ribu askar dan volunteers ditempatkan di banyak kawasan. Beribu tangki air minuman sejuk dan tandas disediakan dengan jarak beberapa meter diantaranya. Untuk mengatasi suhu panas, pihak berkuasa telah meletakkan alat pancuran air di setiap tiang lampu di sepanjang jalan, beribu kemudahan bergerak air, jus jus, dan air sejuk dalam lori disediakan untuk kegunaan para jemaah. Operasi keretapi dan bas bas telah disediakan untuk mengangkut orang. Yang paling penting pihak berkuasa telah meletakkan pemeriksaan ketat untuk memantau kemasukan haram bagi mengelakkan kesesakan. Walau bagaimanapun,  Takdir Tuhan tetap akan berlaku jika itu telah ditulis. Cuaca mula semakin panas dari suhu 37 kepada 48. Pada malam pertama di Mina,  ada kejadian angin ribut disertakan dengan kilat. Tapi kali ini angin yang datang membawa haba panas dan air sangat sejuk. Subhanallah. Pada keesokan harinya para jemaah menyaksikan hari paling panas di Arafah.  Semua alat penghawa dingin menjadi liabiliti kerana ia menyedut masuk udara panas, dan akhirnya para jemaah merasa sangat letih dan kehausan. Perjalanan dari Arafah ke Mina sedang menanti. Saya sendiri menyaksikan kesan dari cuaca panas itu dengan melihat ribuan orang yang pengsan. Dan bas 5 bintang kami, mengalami kerosakan gear pada waktu malam dan terpaksa berhenti. Kami terpaksa berjalan.pada hari rusuhan sebanyak 3 juta jemaah berjalan dalam laluan segala namun tidak seperti tahun lepas, udara panas pada kali ini tidak mengira masa. Dengan pengalaman dua hari dalam suasana panas dan keletihan, adalah sukar untuk menuju ke tempat Jamarat. Saya percaya rusuhan berlaku adalah disebabkan oleh suasana panas melampau, rasa lemas dan para jemaah mula hilang kesabaran disebabkan kepanasan. Semuanya berlaku. Pihak pihak yang membuat konspirasi seperti jemaah Iran yang menjadi punca rusuhan, atau kononnya ada konvoi putera raja, atau kerana kesalahan askar; hanya ingin memberi salah faham kepada seluruh umat Islam dan membantu Non Muslim untuk menyerang kita kembali. Saya percaya cara pihak berkuasa Saudi menyediakan kemudahan untuk para jemaah tidak dapat ditandingi oleh mana mana negara lain walaupun US. Cuba bayangkan kenapa kerajaan Saudi ingin melakukan projek pembesaran Masjidil Haram sehingga mencecah angka US 60 billion? Loji kuasa yang disediakan untuk menjana elektrik di Masjidil Haram adalah 18000 mw, tenaga elektrik yang jauh lebih besar yang dijana untuk seluruh Pakistan. 

Saya menyeru seluruh umat Islam untuk melihat isu ini sebagai Takdir Tuhan. Keimanan saya menyatakan Allah sedang menguji seluruh umat Islam samaada mereka akan takut untuk mengerjakan haji di masa akan datang, atau mereka akan tetap melaksanakan rukun Islam yang kelima itu. Dalam masa yang sama media asing yang cemburu dengan kita akan berterusan cuba untuk.membentuk pemahaman kita melalui fakta fakta yang salah dan tiada asas, agar terbentuk perbezaan di antara kita sesama Muslim. Maka keputusan adalah di tangan kita (samaada mahu percaya berita dari mereka, atau mahu mengambil fakta dari media kita sendiri).

Nota: Di Malaysia DAP adalah musuh Islam di belakang tabir. DAP belanja banyak wang sponsor parti Dan NGO Islam yang terpedaya.  Kat sini

Friday, 2 October 2015

Orang Penang tak cukup tidur gara-gara laungan azan ?

Ada Ke Sesiapa Mati Tak Cukup Tidur Kerana Pembesar Suara Di Pulau Pinang??!!
TOLERANSI antara agama di negara ini nampaknya semakin hilang sejak DAP mula dapat pengaruh hasil bantuan parti-parti politik macam PKR dan PAS (kini diteruskan oleh Amanah).
Mula-mula dulu cover juga, sekarang dah tak boleh nak selindung-selindung lagi dah. Demi nak bendung kemarahan orang cina kerana arahan untuk bunuh anjing jalanan akibat penyakit anjing gila, DAP macam jadikan aktiviti keagamaan di surau/masjid sebagai mangsanya.
Semua aktiviti agama di masjid/surau yang menggunakan pembesar suara kini dah nak diharamkan oleh DAP di Pulau Pinang termasuk bacaan Al-Quran. Memang Majlis Fatwa negeri yang putuskan, tapi orang-orang yang menganggotai majlis ini masih orang yang sama, kecuali beberapa orang yang dilantik atas kapasiti politik oleh kerajaan negeri.
Kenapa dulu takde masalah, sekarang ada masalah?
Logiknya disini, Islam dah wujud sejak beratus-ratus kalau tak beribu-ribu tahun di negara kita ni. Pembesar suara untuk kegunaan aktiviti agama di masjid dan surau pulak dah berpuluh-puluh tahun digunakan tanpa sebarang masalah.
Nak masuk 60 tahun negara kita merdeka, dah nak masuk beratus tahun nenek moyang bangsa-bangsa lain berhijrah ke negara ini, belum ada kes sesiapa mati tak cukup tidur kerana bacaan Al-Quran di surau dan masjid.
Tak tahulah kalau di Pulau Pinang sekarang sudah ada kes, ada ke? Kalau ada, siapa, boleh namakan satu? Islam adalah agama persekutuan, dijamin oleh perlembagaan, suka tak suka itulah keadaannya.
Nak kira gangguan, macam-macam gangguan oleh amalan agama lain yang boleh kita sebut tapi atas nama toleransi, kita serap semua ‘gangguan’ tersebut, tak jadikan masalah pun. Itu yang kita amalkan sejak dulu, itulah yang kita amalkan hari ini. Toleransi itu kata kuncinya.
DAP ternyata gagal menghayati toleransi ini. DAP ternyata tak boleh menguruskan toleransi antara agama dan kaum di negara ini kerana memang sukar bagi parti yang dibarisi hampir keseluruhan orang Kristian berketurunan cina ini nak menjamin keadilan untuk semua kaum, bangsa dan agama.
Hanya BN sahaja yang boleh.
Pun begitu persoalannya apa selepas ini? Apa lagi yang nak diharamkan untuk jaga keselesaan dan hak asasi manusia sesetengah orang?
Sumber: Mykmu.net
-Tok Guru.

Saturday, 26 September 2015

Mat Sabu, lidah berbelit umpama ular sendok?



Gerakan Harapan Baru sudahpun di lancarkan baru-baru ini.  Ianya di barisi oleh golongan yang kononnya islamic tapi di dada mereka penuh dengan kebencian dan keinginan tinggi untuk menjadi Pemimpin  di Malaysia. Pengerusinya Mat Sabu di petik berkata" GHB dilihat sebagai wadah dan entiti mengerakkan semula kerjasama politik dengan DAP.

Jika dahulu Mat Sabu yang sering melaungkan agar ahli PAS tidak menubuhkan Parti Islam lain kerana waktu itu PAS di katakan betul-betul memperjuangkan islam dalam segala hal.

Tidak sampai beberapa tahun,  dek kerana ingin menjadi ketua dan setelah tewas dalam pemilihan Timbalan Presiden PAS yang baru berlalu dia dan kuncu-kuncunya menubuhkan sebuah Parti dan dia terus menjadi Ketua.

Yang besnya dalam tempoh tak sampai beberapa hari saja kerjasama dengan DAP telah di buat dalam menjamin mereka akan menang pada PRU 14 nanti.

apa lagi yang kurang dalam PAS sehingga mereka beramai-ramai keluar setelah kalah dalam pemilihan baru-baru ini, ataupun mereka sudah bosan dengan cara pemerintahan cara islam yang PAS laksanakan selama ini, ataupun kerjasama dengan DAP akan lebih menguatkan lagi peluang mereka pada PRU 14.

Apapun mesti ada yang tidak kenan dalam PAS yang kononnya islamic dan pasti ada yang ingin di kejar oleh Mat Sabu dan rakan-rakannya sehingga sanggup mengecewakan pengundi yang memilih mereka pada PRU 13 yang baru lalu.



Friday, 25 September 2015

KETUA PEMUDA MCA JANGAN CAKAP BANYAK KALAU ADA TELOR KELUAR BN MASUK DAP

Ketua Pemuda MCA Pasir Gudang kata telah putus hubungan dengan Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional. Sebabnya PM kata bersyukur Dan berterimakasih kepada rakyat yang berhimpun menyokong Kerajaan dan sekaligus menjawab  Himpunan Rasis Bershit 4.0 yang dihadiri 90% Cina.

Inilah HAKIKATNYA MCA Youth supported Bersih4. Perbuatan Pemuda MCA itu Serupa Tindakan DAP ke atas PAS!

Adakah mereka  mendapat endorsement daripada MCA pusat? Wauw ini perbuatan Retak menunggu belah? Kalau begitu, Wajarkah MCA terus  kekal dalam BN & kabinet? Kenapa tidak boleh  dipecat Timbalan Menteri Pendidikan?  

Anih juga kan.. dalam sibuk-sibuk UMNO bergaduh, MCA dapat tambahan 1 jawatan menteri di kementerian yg penting - MITI!!!

MCA ada 7 MPs tetapi 57% orang dia jadi Menteri berbanding 88 MP UMNO hanya 22% jadi menteri. Itupun 7 MP menang dengan bantuan UMNO kerana UMNO melihat kepada persahabatan dan kesetiaan... Jika inilah wajah Pemuda MCA elok halau keluar BN! 

Alang-alang MCA Sokong Bershit 4.0 dan alang-alang majoriti ahli MCA diarahkan senyap-senyap joint Bershit 4.0... Elok keluar BN sahaja lah. Lagipun 7 kerusi MCA menang semasa PRU13 pun dengan bells kasihan ahli-ahli UMNO! Contohnya Parlimen Ayer Hitam, kawasan majoriti Melayu itu diberi kepada MCA sebagai tanda Persahabatan UMNO...tanpa UMNO agak-agak MCA boleh menang ker?

Kepada Pemuda MCA dan MCA Pasir Gudang, kalau kamu tidak mampu untuk mencari sokongan masyarakat Cina Kamu, baik tutup mulut dan jangan tunjuk perangai sebenar tidak mengenang jasa.

KIta mendesak Presiden MCA membuat kenyataan rasmi samaada menyokong atau tidak pendirian Ketua Pemuda MCA Pasir Gudang. Sekiranya tidak menyokong tindakan disiplin yang keras harus di kenakan kepada KP MCA Pasir Gudang tersebut. Sekiranya menyokong, jelaslah MCA bukan rakan kongsi yang boleh dipercayai dalam BN.

HALAU KELUAR MCA DARI BN, MUKA TAK TAHU MALU! TAK DA MARUAH !!! 

Saturday, 19 September 2015

MERAH 2.0 MENUNGGU JIKA ADA BERSHIT 5.0 !

KESIMPULAN KEDUA: ORG CINA DAP PUNCA MASALAH NEGARA HARI INI

By: J.B. Malaysia.

Sebenarnya org Melayu tidak benci kpd sesiapa, malangnya sesetengah pihak di sebelah sana mengeluarkan kata2 Dan perbuatan2 yg bertentangan dgn sikap hormat-menghormati selama ini.

Di PPinang misalnya, kampong2 Melayu dan restoran Melayu dimusnahkan, Agama Islam dihina oleh Namewee, Alvin byk lagi, Raja2 Melayu direndah2kan kemuliaannya, bahasa Melayu mereka tidak respect malah ada yg tidak tahu berbahasa Melayu, kalau ke pawagam ada org kata kena nyanyi lagu negaraku utk naikkan semangat cinta Negara tetapi mereka tidak hormati, 

Paling menaikkan kemarahan org Melayu apabila gambar Hj Hadi Dan PM dipijak, dan pelbagai ucapan berbau rasis.

Akibatnya org2 Melayu react kpd perkara2 itu...
Jadi siapa yg memulakannya?

Bukan semua Cina mcm tu, hanya mereka yg terpedaya dgn DAP yg tak sabar memerintah.. Kenapa tidak tunggu PRU14... Kerana mereka tak sabar dan mereka rasa mereka sudah kuat. Mereka fikir tiada org Melayu akan mampu berhimpun...

Apabila Melayu react semasa himpunan Merah 16 Sept, DAP sgt terkejut. Itu baru test power sedangkan Bersih sudah 4 kali.

Bulan depan Melayu PAS pula react... Maka Bersih yg dimonopoli Cina terkejut. Semalam rata2 akhbar Cina menyalahkan DAP di atas perkara yg berlaku..

Sebenarnya , masyarakat berbilang kaum hendaklah hormat-menghormati dgn tidak mengguris hati sesiapa... Nak tukar kerajaan tukarlah tapi tunggulah PRU14. Tidak Sekolah ker?

Sekarang kita mencabar Maria Chin dan Ambiga dan DAP... Adakah kamu berani buat Bersih 5 ?

Kamu sudah kena pukulan 1 TKO sahaja sudah rimas dan bimbang, sedangkan kamu sudah pukul 4 kali TKO orang Melayu !

So, lain kali jangan cabar orang Melayu dan umat Islam lagi! Kerana jika kamu nak buat Bersih 5.0 ... Orang Melayu akan muncul dengan Merah 2.0 dengan lebih ramai, kerana sekarang seluruh orang Melayu semakin bersemangat waja! 

by: James Bond Malaysia

"Kalau Menang atas tiket pembangkang, nanti saya lumpat pigi Umno"

Hari ini saya terdengar beberapa urang Mantan Urang kuat UMNO Sabah dan kini sudah mengumumkan untuk menyertai Parti Pembangkang.  Pada ...